Tempat Makan Di Shah Alam: BrotherHood & Co. Seksyen 7 Shah Alam

October 03, 2015

Nah, salah satu lagi tempat makan yang korang pergi dekat Shah Alam ni. Shah Alam ni banyak betul dengan tempat makan kan. I am spoiled with choices. *Happy face* Kali ni tempat makan di Shah Alam yang aku nak review adalah Brotherhood & Co. yang terletak dekat Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam.

BrotherHood & Co.
 
Sebenarnya aku pergi makan dekat sini lama dah. Bulan Ogos hari tu lagi. Tapi aku kan super duper busy. So, lambat lah aku up pasal entri ni. Dan kemungkinan keadaan dekat kedai ni dah tak sama dengan apa yang aku cerita hari ni. Ok lah, tak mau aku bebel panjang-panjang. Ni menu yang aku dan Zul makan hari tu.

BrotherHood & Co.
Nasi Goreng Ninja H2R (RM12)
Dalam menu ni, korang akan dapat nasi goreng yang berwarna hijau berbalut dengan telur, beberapa ekor udang bersalut tepung dan sedikit vege. Pendapat aku - nasi dia agak tawar. Tak berapa nak rasa nasi goreng nye. Macam nasi putih yang dicampur dengan pewarna hijau je. Udang salut tepung dia pulak aku tak boleh terima sebab udang tu tak buang kulit. Lepas tu batter untuk salut udang tu macam yang korang nak buat untuk cekodok. Bagi aku la, tak kena. Sebab bila aku gigit, batter tu terus tercabut dari udang. Bila terpaksa makan udang kosong macam tu je, udang tu pulak tak ada rasa. Tawar je. 

BrotherHood & Co.
Spageti BMW RR (RM10)
Untuk menu ni, korang akan dihidangkan dengan spageti carbonara dan hirisan  hot dog dan nugget tempura. Sos carbonara dia okay lah walaupun tak begitu creamy. Lepas tu, nugget, hot dog dan fish ball dia lebih kurang macam kau pergi Giant dan beli barang-barang tu dan rebus sendiri, letak dalam makanan kau. Faham kan? Bagi aku tak adalah special mana pun. Huhuh.

BrotherHood & Co.
Ribena Laici (RM3.00)
The usual Ribena Laici. Rasa kalau aku cakap macam ni semua orang boleh bayangkan kan? So, okay lah. Sedap. Laici pun ada dalam 3 4 ketul macam tu. 

BrotherHood & Co.
Tembikai (RM3.50)
Dekat Brotherhood & Co. ni air jus buah dia ada 2 jenis gelas (TALL dan VENTI). Tall ni dalam bahasa Melayu nya kecil. Hahhahaha. Sebenarnya aku tak faham, so masa order tu aku pun dah macam blur-blur. Air tembikai dia pun okay je.

Apa yang aku suka pasal Brotherhood & Co.:
  • Dekorasi cantik - Serius aku cakap, kedai dia memang awesomeeee! Cantik tapi simple. Memang sedap mata memandang. Meja dan kerusi yang dieorang pakai memang sesuai dengan mood dalam kedai ni.
  • Ada performing stage - Yang ni aku tak pasti ada artis undangan ke tak sebab waktu aku pergi tu, kosong je. Cuma ada keyboard, gitar dan ape benda ntah yang ketuk-ketuk tu aku pun tak tau. Tapi, kalau ada artis perform waktu kita makan, memang best lah.
  • Menu mudah terhibur - Kalau korang pergi sini, make sure korang baca menu betul-betul. Aku jadi lambat order sebab semangat baca menu dieorang sambil gelak-gelak. Sampai Zul pun tegur banyak kali suruh order cepat.
Ni gambar bahagian depan kedai. Cantik kan? Of course lah bukan aku yang ambil gambar ni. Ni gambar yang aku ambil dari Facebook Brotherhood & Co. sendiri. Nampak style je kan? Malam-malam memang cantik kedai ni.

Ini pulak bahagian stage dekat dalam kedai. Oh ini gambar yang aku ambil. Tu tak cantik macam gambar dekat atas tu. Hehehhe.

Aneeq Asyraf
Mohon interprem anak kejap.  Gigih lah kiteorang sarungkan Aneeq cardigan ni konon-konon takut dia sejuk sebab keluar malam. Sekali panas berpeluh budak ni sebab duduk bawah lampu.

BrotherHood & Co.
Ini lah menu yang aku nak korang baca sambil terkekek-kekek tu. Baca nama menu macam biasa kan. Cuba korang baca description menu tu. Mau sejam korang baca sambil tergelak. Nampak tak yang kene highlight hitam tu? Hahahhaa, itu kene highlight sebab description dieorang bahaya sikit. Siapa yang pernah pergi sini sebelum dieorang highlight tu mesti tau kenapa.

BrotherHood & Co.
Ini pulak cermin sinki cantik yang aku cakap tu. Yang penting jangan duduk area ni. Panas sikit. Tapi tapi tapi, deko dia cantik gileeee kan. Rasa macam nak deko rumah macam ni pulak. Huhuhu.

Apa yang aku tak suka pasal Brotherhood & Co.:
  • Makanan Specials kurang umph - Disebabkan aku dan Zul 2 2 order makanan Specials dieorang dan ended up makanan kitoerang macam "mehhhh" je, so aku rekemen kalau korang nak makan dekat sini, better korang order menu biasa dieorang je. Sebab bagi aku makanan Specials dieorang lebih kurang sama je dengan rasa makanan biasa. So, apa point kau bayar mahal-mahal padahal rasa die lebih kurang sama dengan rasa makanan biasa kan?
  • Lampu panas - Kalau korang nak datang makan dekat sini, aku nak warning awal-awal je. Jangan duduk dekat meja yang paling dekat dengan tempat basuh tangan yang ada cermin cantik dan sinki cantik tu. Sebab bumbung dekat situ rendah dan dieorang pakai down light. Kawasan tu jadi panas plus tak ada kipas yang menghala ke meja tu. So, duduk lah meja lain ok.

Macam biasa, sebelum balik, mestilah kena ambil gambar dekat logo kedai untuk menandakan "Fadzi wuz ere" kan. Hehehhe.

BrotherHood & Co.

Anyway, keep it up Brotherhood & Co. Bagi aku, kedai makan ni merupakan satu alternatif murah kalau korang nak merasa lepak dekat cafe ala-ala kopitiam dengan vibes yang best dan makanan yang murah. Cuma, kalau owner kedai boleh ambil port apa yang aku komen dekat atas dan improve, aku akan sokong korang!

You Might Also Like

28 comments

  1. kat Shah Alam memang banyak kat tempat makan best..
    tapi jarang la lepak sana.. kalo ngn geng pun diorang x gemar Shah Alam.. ehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huuuu kenapa tak suke shah alam? suami saya suka sangat dengan shah alam. tak tau kenapa. sanggup keje dekat kl, rumah dekat shah alam.

      Delete
    2. shah alam tak gemar kawasan sek7 tu jer sbb jam sgt ramai student uitm sana..semak plak rasa. Saya resident shah alam dah 30 tahun di shah alam. Mmg kurang gemar sikit la gi sek7 tu. Tapi memang tak dinafikan mmg byk restoran2 & cafe best2 kat situ.

      Delete
    3. @Anan Azri
      Dulu saya duduk seksyen 7 jugak. sekarang ni dah pindah. memang busy sangat duduk situ. pack dengan student. tp memang betul pun tmpt makan dia merata-rata ada.

      Delete
  2. wow first time dengar Nasi Goreng Ninja haha....nasi hijau tue nampak best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi hijau tu not that good actually Fish :(

      Delete
  3. Hmmm... interesting place...to eat... looks pretty... but the spaghetti is that cream or aglio olio... looks a bit pale?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its cream but yeah looks pale right?

      Delete
  4. Thanks for the recommendation, i am keen to try the nasi goreng ninja. It looks tempting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It does look tempting but the taste is not that good though

      Delete
  5. The Nasi Goreng Ninja looks very interesting - definitely very creatively done :) Lovely place dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea, the color really attract many people :D

      Delete
  6. this brotherhood seem like balance between good vibe and good food with good price!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, the price wise, is definitely recommended. the place is also nice. They just need to improve their food.

      Delete
  7. Nasi Goreng Ninja nama best, maybe dorang kena improve taste wise! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. True that. If they improve their food, I would go there every week :D

      Delete
  8. homaiiiii


    harus ku terjah

    banyak rupanya tempat makan best kat shah alam...

    ReplyDelete
  9. wow, i like the name. Brotherhood :)

    makanan nampak sedap juga. Shah alam, near my house, should try it one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, you staying in shah alam? we should hang out jalan-jalan cari makan one day

      Delete
  10. i loike place mcm ni. nampak xclusive but santai. relax nak minum coffee or anything..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak memang macam exclusive tapi harga die murah

      Delete
  11. This place seems comfy and warm, the Nasi Goreng Ninja H2R looks really appetizing, would like to try that out :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I love the place. Look luxurious but the food is pretty cheap

      Delete
  12. The ninja nasi is kind of special... Too bad shah alam is pretty faraway for me..

    ReplyDelete
  13. I like the ambiance of the cafe. Food looks good too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, I love the ambiance too. Nice place to relax

      Delete

Like us on Facebook