Tips Pilih Lampin Bayi

Aneeq dah pun 7 bulan. Kejap nye masa berjalan kan. Ha, dalam 7 bulan ni lah aku asyik berkira-kira nak pakaikan Aneeq lampin apa. Sama ada lampin pakai buang yang ada macam-macam brand tu, atau lampin kain atau pun cloth diaper. Aku cuma nak yang terbaik untuk Aneeq dan untuk dapat yang terbaik tu, aku kena pandai buat pilihan. Jadi, meh aku share dengan korang tips pilih lampin bayi.

Tips Pilih Lampin Bayi

Tips Pilih Lampin Bayi 

Ini cara aku untuk pilih lampin Aneeq.

1. Dapatkan Sample 

Waktu pregnant dulu, aku pergi check up Aneeq dekat hospital yang aku nak bersalin tu, aku akan dapat sample diapers yang macam-macam jenis brand. Lepas tu aku pun rajin jugak mintak sample dari website diapers yang ada dekat Malaysia ni. Kumpul banyak-banyak lepas Aneeq keluar, aku test satu-satu pakai diapers tu semua. Tengok mana yang ok dan mana yang melecet.

2. Tengok Jenis

Diapers kan ada banyak jenis. Ada diapers pakai buang (diapers dan pants), ada lampin kain dan ada cloth diapers. Awal-awal Aneeq lahir tu, aku pakaikan dengan diapers pakai buang je. Senang sebab awal-awal tu baby cepat kencing berak semua kan. Lepas tu aku planning macam nak pakai lampin kain. Rupa-rupanya leceh gila sebab aku tak reti. Lepas tu aku pakai cloth diapers pulak. Quite okay lah. Tapi waktu nak keluar rumah, kiteorang pakai kan Aneeq dengan diaper pakai buang tu. Senang sikit.

3. Tengok Harga

Pampers mahal woiiii! Mahalllll! Kadang-kadang geram jugak aku tengok siapers pakai buang. Mahal yang amat. So, lepas je aku test semua brand sample yang aku dapat dulu, mana yang ok aku beli based on harga. Kalau mahal, memang out la. Kalau harga boleh tahan, aku beli. Dan bila waktu ada sale, lagi seronok aku membeli. Cloth diaper pun boleh tahan mahal dia. Menangis jugak aku tengok harganya. Nasib baik boleh pakai banyak kali. Kalau nak pakai lampin kain memang murah tapi leceh gila nak pakai.

Mamy Poko

Antara banyak-banyak diapers dalam pasaran, yang Zul paling suka Mamy Poko. Sebab waktu nak beli diapers tu, gigih dia buat research diapers mana yang okay. Aku pun rasa Mamy Poko paling best. Nak tau kenapa? Korang boleh tengok dekat sini -> 4 Video Tentang Diapers Pakai Buang Perlu Anda Tonton.

6 comments.. read them below or add one

Maria Firdz Maria Firdz 08 November, 2015
yang penting sesuai untuk kulit bayi kita...
Fadzi Razak Fadzi Razak 09 November, 2015
Setuju. saya hari tu tukar pampers ke jenama lain terus naik ruam. sedih jugak rasa