10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Suami

Sebenarnya hari lahir Zul lambat lagi. Bulan 6 nanti. Tapi aku terjumpa satu artikel pasal 10 hadiah yang lelaki nak dekat website ni 10 Coolest Gifts Every Guy Secretly Wants dan aku rasa laki aku je yang nak kalau senarai macam ni. Aku pun nak. Jom tengok 10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Suami ni.  

10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Suami


Hoverboard
Ini bukan setakat orang lelaki je yang nak. Aku pun nak kalau ada orang nak beli kan untuk aku. 
Drone
Ini pun satu lagi yang aku nak. Cool gila kot. Ambil gambar dari langit, ui cantik.
Lightsaber
Ini, meh aku tak berkenan sangat sebab aku tak follow pun cite ni. Tapi husband aku memang minat sungguh.
Virtual Reality Device
Ini pun macam cool jugak kalau TAK mahal. Huhuhu.
Curved End Smartphone
Sekarang ni macam-macam jenis phone ada. Ni ha dah ada curved end phone pulak.
Set Lego
Ini memang aku nak beli untuk Aneeq kalau dia dah besar nanti. Seronok gak main Lego ni asalkan dia tak sepahkan rumah lepas tu aku terpijak. meraung la mak
Portable Bluetooth Speaker
Sebenarnya ini Zul dah ada. So, buang je lah daripada list hadiah ni.
Slim Wallet
Ini pun Zul dah ada. Aku beri waktu buat hantaran nikah dulu. Aku pun tak faham macam mana orang lelaki boleh pakai wallet nipis-nipis. Cuba bagi orang perempuan wallet nipis. Harus lah koyak.
Backpack
Meh, bagpack jenis dalam gambar ni mungkin Zul tak minat. Dia nak yang lebih simple. Tapi tapi bagpack dia dah ada. Company dia bagi. So, buang dari list.
Smartwatch
Hari tu ada jugak Zul duk tanya-tanya aku nak smartwatch ke tak. Ceyh rupe-rupenye baru aku faham, dia yang nak sebenarnya. Tengah bagi hint la tu kot. Hahahha.


So, dah ada idea nak beli apa untuk suami, ayah, abang, adik, anak lelaki, anak saudara, boyfriend dan best friend lelaki korang? Selamat mencari hadiah :)

2 comments.. read them below or add one

titan titan 23 January, 2016
banyak lagi tu.

tapi tak sebanyak orang perempuan la. haha..
Fadzi Razak Fadzi Razak 24 January, 2016
Hahahha perempuan nak coklat dengan bunga je :p