10 Kedai Kek Lokal Yang Anda Perlu Follow Di Instagram

Aku kaki makan. Macam-macam jenis makanan yang aku boleh makan dari nasi beriyani ke spageti ke macaroon dan ke kek. Tapi ada satu yang aku rasa susah sangat nak makan. Kek yang dihias dengan begitu cantik sekali. Mesti rasa sayang kalau dah hias cantik-cantik tiba-tiba nak potong dan makan pulak kan? Nah, aku nak kongsi dengan korang 14 Kedai Kek Lokal Yang Anda Perlu Follow Di Instagram

Kedai kek sedap

14 Kedai Kek Lokal Yang Anda Perlu Follow Di Instagram 

Miss Shortcakes

1. Miss Shortcakes

Eiii, tak suka betul aku. Aku memang alergik kalau tengok kek yang cantik-cantik ni. Geram. Miss Shortcakes ni selalu buat kek untuk macam-macam event termasuk perkahwinan dan bertunang. Sesiapa yang nak bertunang ayau berkahwin, cepat-cepatlah tempah kek dengan Jessica Ting dari Miss Shortcakes ni.

Kookies & Krumbs

2. Kookies and Krumbs

Yang ini pulak home-based baker yang ambil tempahan bukan je untuk event-event party kecik tapi orang-orang korporat pun ambil tempahan dengan dia. Nampak sangat memang sedap dan cantik kek dia. So, kalau company korang nak buat event apa-apa dan nak kek, boleh hubungi Asmaniza dari Kookies & Krumbs ni.

Gula Home Bakery

3. Gula HOME Bakery

Okay lah, okay lah. Kek ni memang sinonim sangat kalau nak dikaitkan dengan kek kahwin atau kek bertunang kan?  Ini satu lagi kedai kek yang awesome dekat Shah Alam. Walaupun dia buat kek dekat rumah je, kadang-kadang dia akan buat kelas buat kek untuk kanak-kanak dan orang dewasa jugak. So kalau sesiapa berminat nak belajar buat kek, boleh hubungi Nani dari Gula Home Bakery.

4. Shawn & Ferdy Sugabyte

Bagi aku, kalau lelaki yang buat kek ni, agak rare sikit. Susah nak tengok orang lelaki yang rajin nak dekorate kek cantik-cantik dengan detail-detail yang halus mulus. Tapi Shwan & Ferdy ni dua orang lelaki yang rajin sangat buat kek yang cantik-cantik dan sedap. Kalau korang rasa nak cuba air tangan orang lelaki, boleh je nak try beli kek daripada Shawn & Ferdy ni.

5. Pearl Cake Couture & Event Styling

Wei, kedai kek ni tak beragak wei. Melampau sangat die punya decoration dekat kek. Detail habis. Dieorang ni hias kek ikut apa yang customer nak. Setiap kek tu memang rare daripada kek yang lain sebab design semua customer pilih. So, dia tak ada nak repeat design yang sama setiap kali. Kalau korang nak kek yang boleh customize sendiri, korang boleh hubungi Diana dari Pearl Cake Couture & Event Styling.

6. Lets.Eat.Cakes

Kebanyakan dessert yang Lets.Eat.Cakes buat ni adalah cupcakes, customized kek dan cookies untuk hari perayaan. Dalam Instagram dia, status dia "Good cakes like old friends are always welcome company". Hah, memang jiwa kek betul kan? Kalau korang berminat  untuk order biskut untuk hari-hari spesial korang, boleh hubungi Rosie dari Lets.Eat.Cakes ni. 

7. ohCantekSekali

Ini memang stok kek yang aku rasa sayang sekali nak makan. Nasib baik dia based dekat Terengganu. Kalau dekat Shah Alam, hari-hari aku dah order kek cantik-cantik dengan dieorang. Selain daripada kek dan cupcake, dieorang ada buat pie dan bun jugak. So, kalau orang-orang Terengganu yang berminat nak dapatkan dessert daripada ohCantekSekali, boleh hubungi dieorang!

8. Le Chouette Macaron

Siapa yang minat macaroon, ini must try! Korang tau tak owner die dapat latihan baking buat macaroon dari Paris? Kelas kau jah. Kalau korang nak order macam-macam jenis macaroon dengan macam-macam rasa, nah hubungi Wahdi Farhan.

9. ThatLastSlice

Yang ini pulak memang aku kagum gila. Asalnya dia ada basic dalam graphic design. So, dia combine kelebihan graphic design dia dengan minat baking, memang cantik lah dessert yang dia buat. Kalau korang berminat untuk dapatkan dessert dengan design-design yang cantik, boleh hubungi Aishah dari ThatLastSlice

10. Cake Jalan Tiung

Kedai kek ni aku pernah pergi. Terletak dekat Shah Alam tapi kedai dia agak tersorok jugak. Waktu aku nak pergi hari tu pun tercari-cari dekat mana lah kedai ni. Rupanya dekat tingkat atas. Nanti aku akan update review untuk kedai Cake Jalan Tiung ni.  Sementara tu kalau korang nak tengok apa yang dieorang ada, boleh tengok dekat website Cake Jalan Tiung.

Ha, puas dah tengok kek-kek cantik? Manis tak rasa hari ni :D

4 comments.. read them below or add one

LER Chan LER Chan 28 January, 2016
phew yoh nice write up
Miss Shortcakes Miss Shortcakes 01 March, 2016
Thank you for featuring me at number one!!! Xx Miss Shortcakes
Fadzi Razak Fadzi Razak 02 March, 2016
No problem. You deserve it :D