10 Wajah Artis Waktu Muda Dan Tua

Entry santai minggu ini. Aku ada baca satu artikel Then Vs Now: Which Celeb Transformation Is Most Shocking To You? Artikel ni pasal perbezaan wajah selebriti luar negara waktu dieorang mudah dan sekarang. Memang kelakar lah aku tengok. Ada 19 selebriti yang dieorang tunjuk tapi aku tunjuk 10 je yang aku rasa wow sangat. 

10 Wajah Artis Waktu Muda Dan Tua


Maafkan aku. Aku gelak beria time tengok gambar Robert Downey Jr Masa dia muda dan waktu sekarang. Yes, waktu sekarang lagi macho dari masa dia muda-muda dulu. 

The Rock. Ye ke dia macam ni muda-muda dulu? Hahahha. Adohai. Betul lah kot, laki makin tua makin handsome kot. Harap-harap laki aku nanti makin tua nanti, makin macho. 

Keanu Reeves, aku rasa dari dulu sampai sekarang macam tak ada beza muka dia. Awet muda sungguh. Pakai apa tak tau.

Wei, Leonardo DiCaprio handsome kot zaman-zaman Titanic dulu. Sekarang macam, hemmm.  

Siapa yang pernah tengok cerita 6th Sense mesti tau siapa ni. Haley Joel Osment yang berlakon budak boleh nampak roh tu. Dulu kecil comel. Sekarang dah besar, 'comel'.


Kalau korang rasa Shia LaBeouf ni macho dalam Transformers, cuba tengok masa dia kecil-kecil dulu. Dia berlakon dalam sitcom Even Steven kalau tak silap aku.

Macaulay Culkin. Comel kan masa kecil-kecil dulu. Tapi tu lah, bila dah besar tak jaga penampilan, dah jadi kurang elok.

Asyik laki je kan. Ni ha perempuan pulak. Scarlett Johansson yang menjadi igauan mimpi malam-malam orang lelaki. Ketahui lah korang semua, kalau waktu kecil-kecil perempuan nampak comot, bila besar cantik melecun weh.

Ni pulak Emma Watson. Kecil-kecil comel. Besar-besar lawa. Eh, jeles mak.

Kenal ke tak? Kristen Stewart. Pelakon dalam cerita Twilight tu. Kecil-kecil muka innocent habis. Dah besar muka blur. Hehehe. 

Dah cukup 10. Kalau nak tengok 9 lagi termasuk Channing Tatum, Jennifer Lawrence, Tom Hiddleston, Chris Evans dan Daniel Radcliffe, boleh baca dekat sini - Then Vs Now: Which Celeb Transformation Is Most Shocking To You?   



2 comments.. read them below or add one

husna zahidi husna zahidi 26 January, 2016
dasyat gak r perubahan nyaa.. huhuhu..
Fadzi Razak Fadzi Razak 26 January, 2016
Hahah tergelak je tengok kan?