Anugerah Juara Lagu 30 24 Januari 2016

January 24, 2016

Bersungguh aku tunggu pukul 8.30 malam depan TV3 dengan Livestreaming AJL 30. Tapi tak start-start jugak. Huuu. Geram jugak. Janji M****U betul Hahahha. Akhirnya pukul 9.00 malam baru ditayang dekat TV. So, hari ni aku buat live update sikit lah. Sekali dengan komen setiap persembahan dan lagu. Itu pun kalau anak aku tak kacau. :p

Anugerah Juara Lagu 30 24 Januari 2016

Pengacara Anugerah Juara Lagu 2016 kali ni AG dengan Farah Fauzana. Macam biasa kot. Maybe sebab dah selalu sangat dieorang jadi pengacara. Tak nampak kelainan dekat situ. 

Persembahan pembukaan AJL, ada 3 orang penyanyi otai yang menyanyi. Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah dengan Yasin. Dieorang nyanyi lagu Cindai, Mimpi Laila dan Ghazal Untuk Rabiah. Yang aku tak tahannya, Siti pakai benda pelik atas kepala dia. Pening aku nak fikir apa benda lah yang dia pakai tu. Lepas tu persembahan dancer diaorang macam berterabur. nasib baik suara dieorang power.
 

Bunkface - Malam Ini Kita Punya
Persembahan pertama daripada Bunkface dengan lagu Malam Ini Kita Punya. Overall okay lah persembahan diaorang. Tapi biasalah, lagu pop macam ni, tak boleh nak celen lah suara nya dengan lagu-lagu lain kan. Aku suka baju band dieorang. Pakai suit warna warni. Cantik. Dan dieorang nampak macam have fun betul dengan ada orang pakai kostum beruk naik atas pentas. Huhuhuh.

Noh - Angin Kencang
Persembahan kedua daripada Noh dengan lagu Angin Kencang. Starting persembahan jauh betul Noh berjalan dari bawah pentas sampai naik pentas. Lepas tu, sempat pulak on the way naik ke pentas tu die wefie dengan orang. Hahahha. Power power. Lagu dia aku suka sebab jenis mellow-mellow gitu. Tapi aku ada perasan starting lagu Angin Kencang ni macam ada lagu dari band Indon - Laluna. Persembahan Noh pun sempoi je. Dia sorang nyanyi sambil main gitar. Lagu die memang masuk lah dalam jiwa aku. Tapi persembahan terlalu sempoi.

Elizabeth Tan - Knock Knock
Elizabeth Tan dengan lagu Knock Knock pulak. Persembahan dia mula-mula dia nyanyi akustik unplugged la ala-ala. Waktu dia nyanyi akustik tu aku rasa macam tak berkenan sangat sebab tak feeling. Lepas tu, gelap kejap. Bila ada lampu balik, tengok-tengok Elizabeth Tan dah tukar baju yang bagi aku Ya Rabbi tak sesuai betul. Macam baju Uma Turman dalam filem Kill Bill. Isk isk isk. Pada aku, persembahan dia okay okay saja. 

Kaka - Bukan Hal Aku
Kaka dengan lagu Bukan Hal Aku. Awal-awal Kaka naik pentas, aku macam whattt. Macam Lady Gaga dah sebab dia pakai baju ala-ala masa depan lepas tu pakai spek besar entah pape. Tapi bila dia start nyanyi je, aku rasa, not bad lah konsep yang Kaka cuba bawak ni. Aku suka je dengan persembahan. Dalam persembahan dia aku rasa Kaka memang menonjol sebab dia pakai baju putih dan back up dancers dia pakai baju gelap. Lepas tu pentas macam gelap-gelap sikit. Overall aku suka persembahan Kaka.

Hazama - Samapi Mati
Lepas tu Hazama pulak buat persembahan dengan lagu Sampai Mati. Aku tak pasti dekat rumah je ke atau dekat stadium je yang ada problem. Sebab dekat TV awal-awal muzik untuk lagu Sampai Mati ni sumbang gila. Lama pulak tu. Persembahan Hazama pun sorang-sorang je. Tak ada gimik what so ever. Dia berdiri dan perform saja. Tapi suara dia ok lah walaupun tak tarik beria sangat. Ada satu waktu tu, ada angin keluar bawah tempat Hazama berdiri. Angin tu buat jaket yang Hazama pakai tu ternaik ke atas. Aku tengok dah macam Marilyn Monroe je. Hahaha.

Caliph Buskers dengan lagu Hanya NamaMu. Semua pakai baju putih kecuali Edry dan backup singers dan kompang. Team member Caliph Buskers je yang pakai putih, Maybe sebab nak tonjolkan dieorang kot. Tapi bagi aku, lagu ni biasa sangat. Tak ada wow factor. Suara pun biasa-biasa je. Persembahan pun biasa jugak. Tak sama macam tahun lepas punya yang die tarik habis-habis power bila dah last-last tu. Maybe sebab lagu yang dieorang bawak tahun ni memang jenis slow dan tak boleh nak tarik tinggi-tinggi. 

Faizal Tahir - Assalamualaikum
Faizal Tahir dengan lagu Asalamualaikum. Mula-mula persembahan, dekat skrin die tunjuk montaj banyak-banyak. Lepas tu, stop dan gelap. Lepas tu Faizal Tahir keluar dengan gitar dia. Simple. Starting lagu dia bawak slow je sambil main gitar. Sambil-sambil dekat skrin tunjuk lagi montaj pasal penindasan terhadap orang Islam. Sedih pulak tengok. Lepas satu waktu tu, Faizal Tahir lepaskan gitar dia, dan terus tarik sikit. Tapi maybe sebab lagu ni macam slow-slow sikit, dia tak tarik tinggi. Feeling owh persembahan dia tahun ni.   

*****
Persembahan selingan Jaclyn Victor dengan Hafiz. Lagu Awan Nano dengan Gemilang. Susah kalau orang suara-suara power bergabung ni. Berdiri bulu roma. Hahhaa.  
*****  

DramaBand - Biarkanlah
Drama Band pulak bawak lagu Biarkanlah. Tak silap aku ni lagu OST drama Melayu tapi tak ingat lah drama apa. Aku suka lagu-lagu Drama Band ni sebab lagu dia ala-ala lagu Indonesia yang sedap didengar. Serius. Tapi masa persembahan AJL tadi, die buat lagu ni jadi mellow gila. Aku jadi macam bosan sikit. Slow sangat. Aku pun penat nak tunggu. Hahahha. Boleh? Tapi ada sekali dia tarik tu, ok lah jugak. Ramai gak yang tepuk tangan waktu tu. Persembahan sempoi je sebab band kan. Tapi Zul cakap, kalau ada backup dancers buat drama waktu nyanyi tu, lagi power persembahan dieorang.

Stacy pulak bawak lagu Not For Sale. Masuk-masuk terus menari. Biasalah tu. Trademark Stacy kot. Tapi baju dia, memang aku tak berkenan sangat. Pelik-pelik. Berbulu-bulu. Altimet pulak aku nampak dah macam Pitt Bull pulak. Tapi aku memang terhibur dengan persembahan tarian Stacy ni. Cuma aku rasa lagu Not For Sale ni rentak dia macam ada lagu Jepun OST untuk anime Paradise Kiss. Cuma satu je lah, aku tak berapa jelas apa yang Stacy nyanyi. Maybe sebab die menari sambil pegang microfon. Aku rasa lebih sesuai kalau Stacy pakai microfon yang lekat dekat telinga tu. Tapi, effort Stacy menari sambil menyanyi tu memang aku respek. Susah kot nak manyanyi sambil menari.    

Black - Mana Mungkin
Persembahan Black dengan lagu Mana Mungkin ni steady je. Sempoi je. Tak ada gimik banyak pun. DIa dah cukup dengan tarik suara tinggi-tinggi memang orang tepuk tangan punya. Tapi, in case korang tak tau, Black baru je lepas kehilangan anak dia yang masih dalam kandungan. Starting lagu Black duduk tengah-tengah tinggi dekat atas. Pakai jacket macam orang zaman dulu-dulu. Lepas tu dia berjalan naik ke pentas. Tapi itu je la persembahan dia. 

Staring lagu Potret, Akim ada duduk dalam kandang as in macam dalam mahkamah tu lah. Bajet-bajet majistret. To be honest, persembahan Akim biasa-biasa je. Suara dia okay lah. Ada jugak sekali dua dia tarik suara. Persembahan tak banyak gimik. Band dia main alat muzik masing-masing. Akim just duduk dalam kandang tu sampai lah dia tarik suara tinggi, stop kejap, keluar dari kandang dan sambung nyanyi. Cliche der cliche!

Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah
Antara penyanyi yang aku suka gila suara dia, Dayang Nurfaizah bawak lagu Tak Pernah Menyerah. Starting lagu dia nyanyi sorang-sorang. Sampai tengah lagu, tiba-tiba ada musician naik pentas main trumpet ke ape entah. Lepas tu sempat lagi Dayang buat simbol love guna tangan tengah-tenagh lagu. Tapi itu je lah gimik dia. Orang-orang power suara ni macam tu eh. Tak payah pakai gimik apa-apa pun dah boleh jalan. Huuu, aku harap Dayang boleh menang lagi vokal terbaik. Heee.

*****
Persembahan tarian daripada geng Showdown dan Izara Aisyah. Alahai Izara Aisyah, keras jugak dia ni menari. Huhuhu. Tapi aku nampak effort dia. Penat kot nak menari macam tu. Mau patah tulang riuk.
***** 
 
 

*****
Persembahan daripada  Azlan dan Rahmat Mega. Nyanyi lagu-lagu yang pernah jadi juara Anugerah Juara Lagu sebelum-sebelum ni.

Orkestra pun power :D
*****

So, siapa yang menang? Aku akan update Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 24 Januari 2016 dekat SINI bila dah keluar keputusan nanti!

 

You Might Also Like

2 comments

  1. Wah cepat fadzi update...best2...sy pun tgh tgk ajl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhee sambil tengok sambil taip

      Delete

Like us on Facebook