Makan Besar Di Twenty & Co. Seksyen 14 Shah Alam

Sebelum ni aku ada cakap yang aku nak cuba makan dekat cafe Twenty & Co. tapi aku takut sebab nampak macam mewah sangat. Jadi, lepas simpan duit sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, aku pun gigih pergi makan dekat Twenty & Co. iaitu salah satu tempat makan di Shah Alam.


Twenty & Co.
Malas nak membebel lagi, meh la kita tengok apa yang aku dan Zul order untuk makan di Twenty & Co. Shah Alam ni.

Twenty Mantequilla Rice
Twenty Mantequilla Rice (RM20.00)
Nasi ni dihidangkan dengan nasi basmati, telur mata, pilihan ayam atau daging (aku pilih ayam) dengan homemade sos butter sekali dengan keropok nachos. Portion nasi ni sangat besar, Aku pun mengah gila nak habiskan. Terpaksa stop sekejap waktu makan tu. Sos butter tu sedap tapi bila dah makan lama sikit tu, jadi muak.


BBQ Beef Burger
BBQ Beef Burger (RM35.00)
Daging burger dengan sos BBQ ni boleh tahan. Sedap. Lembut juga daging dia dan roti die pun lembut. Dihidang dengan fries dan creamy guacamole. Cuma portion dia mungkin kecil sikit kot. Fries pun fries macam biasa je.


 
Bloody Sunrise (RM14.00)
Air ni adalah campuran tembikai, nenas, karot dan lemon. Rasanya agak masam-masam. Dan rasa dia lebih kepada air tembikai. Rasa tembikai tu kuat daripada buah-buahan yang lain.  


 
Purple Hazzy (RM14.00)
Yes, tak nampak purple pun. Sempat jugak Zul melawak dengan waitress tanya kenapa tak purple pun air ni. Hahahha. Air Purple Hazzy ni adalah campuran blackberry, pear, kiwi dan nenas. Rasa okay lah. Biasa-biasa saja.


Saja nak interprim laki sikit. Hahahah. Oh, bunga tu bunga hidup tau. Bunga tu memang cafe Twenty & Co. tu yang letak sebagai hiasan atas meja. 

Apa yang aku suka tentang Twenty & Co.

  • Dekorasi - Cantik, kemas nampak mewah sampai aku rasa kedai ni mahal sangat untuk pergi.
  • Staff - Alhamdullilah staff dieorang bagus. Walaupun tak cukup friendly tapi buat kerja okay. 
  • Portion makanan - Makanan dia ada portion yang besar memang tak larat nak makan dan ada juga portion yang kecil.

Apa yang aku tak suka tentang Twenty & Co.

  • Makanan tak cukup -  Waktu aku pergi ni, menu yang aku order ada yang dah habis. Lepas tu, ada customer lain pun datang bila order ada makanan yang tak ada. Padahal waktu tu baru tengah hari. 
  • Pilihan kek - Waktu aku pergi tu pun pilihan kek tak banyak. Ada red velvet je. Dan red velvet dieorang tak ada lah sedap mana pun. Okay okay saja lah.

Overall, Cafe Twenty & Co. ni okay. Makanan bagi aku agak mahal tapi portion dia okaylah dengan harga tu. Untuk korang lepak-lepak makan dengan keluarga okay sangat sebab cafe die luas dan selesa. 

Twenty & Co. Seksyen 14 Shah Alam

So, yes. Fadzi wuz 'ere. Salah satu lagi kedai makan dekat Shah Alam yang korang boleh cuba - Twenty & Co. di Seksyen 14 Shah Alam, Selangor.


 

{ 24 comments.. read them below or add one }

Maria Firdz Maria Firdz 10 February, 2016
Sedap tengok burger tuh.. Tapi harga.. Glupp..
Fadzi Razak Fadzi Razak 10 February, 2016
Hehehhe memang agak gulp jugak harga burger tu tapi untuk hari special kiteorang, spend lah sikit hehehe
FiSh. ohFISHiee FiSh. ohFISHiee 13 February, 2016
wow air campuran buah tue nampak best je :) fish nak try jugak
eLaNaKcL eLaNaKcL 13 February, 2016
Ohhh... burger nampak sedap. Harga tinggi sedikit but sekali sekala enjoy is alright la kan. Hehehe....
Sherry Sherry 13 February, 2016
nice place to try the food. Shall go there to try some day.
Miera Nadhirah Tan Miera Nadhirah Tan 14 February, 2016
Looks like a very nice place... ambience and food presentation lawa...
Ayue Idris Ayue Idris 14 February, 2016
Twenty Mantequilla Rice tu macam sedap..mmg suka kalau nasi butter ni..tp xleh byk kan sbb muak..huhu..dekat je ni..bole try nnt.
仙妮 仙妮 14 February, 2016
thanks for sharing your honest view on this cafe to us, at least we know what are the goods vs not so goods to expect from this cafe :) cheers, siennylovesdrawing
Ivy Kam Ivy Kam 16 February, 2016
I haven't tried this place yet, the BBQ Beef Burger looks so appetizing, drooling :)
Isaac Tan Isaac Tan 16 February, 2016
besar juga beef burger tu.. yum yum :D.

dekat je ngan rumah i, boleh la drop by .
Sunshine Kelly Sunshine Kelly 16 February, 2016
The place is quite near my office, might dropby when I am at that area. Thanks for the infor.
kakalina wak kakalina wak 16 February, 2016
Shah Alam is quite near to my place. Will try it out someday :)
theChency theChency 16 February, 2016
Yum yum yum! Look so delicous~ Next time nak pergi jugak la :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
Menu air dieorang depends pada hari tau fish. Different day different drinks
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
True that elena. Sekali sekala :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
Go have a try later sherry
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
The place looks luxurious too
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
Bagi saya muak sikit mantequilla rice tu
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
The burger is quite tasty. But the portion I don;t think its generous enough
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
Isaac, you're staying i Klang arent you?
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
Hey Kelly, where's your office?
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
Great! Go give it a try later :)
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 March, 2016
Go go try later chency :D