Kulit Makin Cerah Dan Berseri dengan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

Sejak aku start sambung belajar ni, aku rasa aku tak jaga pun muka aku. Sebabnya busy kemain. Tambah lagi dengan stress kejar dateline kerja, kejar dateline assignment dengan Aneeq yang makin hari makin lasak lepas dia dapat kaki. Sampai satu hari, aku tengok satu artikel dengan OhBulan! ni pasal perempuan cantik macam 3 orang artis. Lepas tu aku rasa jeles. Lepas tu aku tengok muka aku dekat cermin. Lepas tu aku duduk di bucu katil sambil kutil-kutil selimut. Sedih aku tengok perbezaan muka aku dengan muka perempuan tu.

Wanita viral cantik macam 3 orang artis Malaysia

Memang muka aku tak ada jerawat dan susah nak naik jerawat. Tapi lebam bawah mata, warna kulit kusam dan bintik hitam dekat hidung tu memang tak payah cakap lah. Sedih aku tengok. Insecure gila kan nak banding-banding muka kita dengan muka perempuan cantik ni. Haish. Menyesal aku baca artikel tu.  

Disebabkan rasa insecure yang menebal dalam diri ni, aku pun cubalah satu produk ni - Ephyra Skin Nano Advance Serum. Kenapa? Sebab aku ada pakai produk lain under brand Ephyra sebelum ni iaitu Ephyra Skin Bar. Aku memang suka dengan Ephyra Skin Bar tu so lepas diaorang start keluarkan serum pulak, memang aku nak terus pakai range produk daripada brand yang sama. 


Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

Cara Pemakaian Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum


  1. Mula-mula aku akan cuci muka aku guna Ephyra Skin Bar. Lepas tu lap bagi kering.
  2. Kemudian aku akan sapukan 2 ke 3 titis Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum rata-rata pada kulit muka.
  3. Lepas tu aku biarkan je serum tu meresap ke dalam kulit. Pastikan pakai secara konsisten kalau nak tengok efek yang berkesan.



Ephyra set
Set kombinasi Ephyra Skin Bar dengan Ephyra Skin Nano. Memang terbaik.

Sebenarnya sebelum ni aku pernah mintak sample percuma Ephyra Skin Nano Serum 5ml. Bila dapat, aku pakai, kulit muka makin elok pulak. Aku tak puas hati pakai 5ml je so aku dapatkan Ephyra Skin Nano Serum sebotol besar terus.


Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum
Ni tester Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum versi 5ml

Yang aku suka pasal serum ni dia bebas bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Lepas tu serum ni senang sangat meresap ke dalam kulit dan tak berminyak. Semakin lama kau pakai serum ni, semakin cerah dan berseri muka. Ecececeeh. 


Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum
Kalau korang nak tengok perbezaan muka aku sebelum dan selepas. Yang belah kiri tu sebelum aku pakai Ephyra Skin Nano. Nampak macam bleeerghh je kan. Tu yang makin lama aku rasa makin hilang confident. Lepas pakai serum ni pulak gambar yang belah kanan tu. Tu pun baru dalam seminggu lebih aku pakai. Nampak ceria sikit muka aku kan.


Kelebihan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

Ephyra Skin Nani Serum ni dah dipatenkan di Switzerland dan dah diuji secara klinikal. Dia punya kelebihan tu bukan main banyak lagi. Antara kelebihan serum Ephyra Skin Nano ni adalah:

Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum


Teknologi Nano

Ramai yang tanya apa dia teknologi nano tu kan? Ok meh aku explain sikit. Teknologi nano ni menjadikan partikel serum ni sangat kecil dan senang nak meresap masuk ke dalam lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang meresap tu akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikannya anjal dan tak berminyak. Pendek kata, teknologi nano ni:
  • Memulihkan 
    • Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda. 
  • Memperbaharui 
    • Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.
  • Melindungi 
    • Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit. 
Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

Harga Ephyra Skin Nano

Sekarang ni dieorang tengah buat promosi. Harga asal RM88 semenanjung dan RM92 Sabah Sarawak tapi sekarang dieorang tengah jual dengan harga promosi RM68 semenanjung dan RM72 Sabah Sarawak sebotol. Berbaloi sangat kalau korang nak cuba sekarang sementara ada harga promosi ni. 

Sebotol Ephyra Skin Nano ni kandungan dia 15ml. Aku biasa pakai 2 kali sehari pagi dan malam sebelum tidur. Sebotol ni boleh tahan sebulan atau sebulan lebih. Yang penting, serum ni memang sesuai untuk semua jenis kulit. So, kalau korang nak jimat sikit, korang share lah beli dengan kawan-kawan atau mak ke kakak ke.


Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum
Warna dia putih-putih. Tekstur dia lebih kurang macam losyen sikit tapi tak rasa berminyak pun bila korang pakai dekat muka nanti. 2 titik je dah cukup untuk sapu satu muka. Kalau aku pakai, aku suka sapu jugak sampai ke leher.

Aku dah dapatkan Ephyra Skin Nano aku dah puas hati dengan result dia. Korang pulak macam mana? Kalau korang nak dapatkan jugak Ephyra Skin Nano ni, korang boleh dapatkan maklumat lanjut pasal produk melalui pengedar-pengedar sah Ephyra termasuk di Brunei dan Singapura  atau secara online dekat:

{ 17 comments.. read them below or add one }

Jueliza Jamani Jueliza Jamani 31 March, 2016
kita pakai pun ok.. tp hormon pregnant kali ni naik jerawat teruk smpai bernanah.. huwaa kejap ok kejap tak ok jer muka ni..
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 06 April, 2016
Wah, makin cantik la fadzi lepas ni kan?
Fadzi Razak Fadzi Razak 06 April, 2016
Ala waktu pregnant kan biasa macam tu kan? Sabar k. lebih deliver nanti, ha cun cantik la nanti
Fadzi Razak Fadzi Razak 06 April, 2016
Allahuakbhba hahahah momma vouge malu lah hahaha
Sherry Sherry 13 April, 2016
glad to know of this here, it's new as I don't know this brand.
saw my friend using this too :D
cindyrina cindyrina 13 April, 2016
Baca banyak good review pasal product ni...Nak cuba la
renaelyng renaelyng 13 April, 2016
First time hearing this brand! Nak try jugak kalo ada chance hehe
FiSh. ohFISHiee FiSh. ohFISHiee 14 April, 2016
wow the price is amazingly affordable compared to its competitors' brands :D hope to try it someday soon
Joyce Rachel Lee-Bates Joyce Rachel Lee-Bates 14 April, 2016
I have read a few positive reviews about this product. And it's a local brand. Kudos! (h)
Shini Lola Shini Lola 14 April, 2016
Thanks for sharing! Seem a nice product to use =)
Miera Nadhirah Tan Miera Nadhirah Tan 14 April, 2016
heard a lot of good reviews of this product and want to try it out too.. the price is also pretty affordable..
Amelie Yap Amelie Yap 15 April, 2016
have never heard of this brand. but it looks good on your skin, so effective!
Pooja Kawatra Pooja Kawatra 15 April, 2016
I heard this brand for the first time but looks quite affordable.
Ortolana Clare Solibun Ortolana Clare Solibun 15 April, 2016
I might try this for my panda eyes haha
Isaac Tan Isaac Tan 15 April, 2016
ephyra.. trusted brand ni. I support!