Steamboat + Grill + Pembakar Arang D'Kayangan Steamboat & BBQ

Sebelum ni aku pernah pergi makan dekat D'Kayangan Steamboat & BBQ ni. Tapi tu dah lama. Sekarang ni D'Kayangan Steamboat ada buat konsep baru - pembakar arang. Aku pun gigih lah nak pergi cuba makan steamboat style baru di D'Kayangan Steambat & BBQ Shah Alam ni. 
Steamboat Shah Alam

Konsep terbaru yang cuba dibuat oleh D'Kayangan Steamboat  BBQ ni adalah konsep 3 in 1. Ada steamboat, ada grill dan yang terbaru ada pebakar arang. Dieorang baru je lagi buat konsep pembakar arang tu. Bulan Februari lepas dieorang start guna pembakar arang.

Apa yang bestnya pakai pembakar arang ni, korang tak perlu nak pakai minyak atau marjerin macam biasa yang kita pakai untuk grill tu. Bila bakar guna arang tu, daging-daging dan segala makanan yang dibakar akan rasa macam smokey taste sikit. Itu baru lah masyuk sikit bila makan. 

Steamboat Shah Alam

Steamboat Shah Alam

Selain daripada pembakar arang tu, dieorang ada tambah menu lagi. Dieorang ada tambah menu yang ada skewer (maksudnya ada batang macam sate tu). Banyak menu skewer yang dieorang tambah contohnya macam ayam skewer berempah, daging skewer kicap, sotong skewer pedas cilantro dan udang skewer cilantro pepper. Ada jugak menu macam otak-otak dan ikan pari assam nyonya. 

Steamboat Shah Alam

Steamboat Shah Alam

Steamboat Shah Alam

Antara banyak-banyak menu pencuci mulut dieorang, aku paling suka icy monster. Icy monster ni macam ais kepal dulu-dulu tu. Ada macam-macam perisa icy monster dieorang ni. Ada perisa keladi (paling best), tembikai susu, kiwi, asam boi dan laici. 

Steamboat Shah Alam


Harga (per head):

  • Dewasa - RM40.20 (termasuk GST)
  • Kanak-kanak (5-11 tahun) - RM20.05 (termasuk GST)

Apa yang aku suka tentang D'Kayangan Steamboat & BBQ ni:

  • Banyak pilihan makanan - Macam-macam pilihan makanan yang ada dekat sini termasuk ayam, daging, ikan, sotong, udang, ketam, nasi, mee, sup, buah, air, kek dan ais krim.
  • Ruang yang luas - Restoran ni ada 2 bahagian tempat makan, sau belah dalam satu lagi belah luar, dekat atas jalan tar.
Steamboat Shah Alam

Steamboat Shah Alam

Steamboat Shah Alam

Apa yang aku tak suka tentang D'Kayangan Steamboat & BBQ ni:

  • Parking penuh - Tiap kali aku datang (malam pukul 8), mesti parking penuh. So, terpaksa parking jauh-jauh. Parking yang jauh tu agak gelap sikit.
  • Bahagian dam restoran panas - Well, nak buat macam mana kan. Dah namanya restoran steambat. Memang agak panas lah keadaan dekat bahagian dalam restoran tu. Kalau belah luar aku tak pasti sebab tak pernah lagi aku makan dekat belah luar restoran.
Steamboat Shah Alam

Steamboat Shah Alam

Steamboat Shah Alam

Bagi aku, Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ ni adalah salah satu tempat makan di Shah Alam yang korang boleh cuba. Tak cuba mana nak tau kan sedap ke tidak, berbaloi ke tidak. Dah cuba sendiri baru tau. 

{ 8 comments.. read them below or add one }

Mar Mansor Mar Mansor 07 March, 2016
adoi sedapnye..memang takleh tengok gambo makanan tau
Aksara Biruu Aksara Biruu 07 March, 2016
sedapnyeee tengok!boleh cuba ni bila ke Shah Alam.
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 07 March, 2016
Nampak macam menarik nak try tu
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 March, 2016
Hahah bahaya ni mar tak boleh tgk gmbar makanan
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 March, 2016
Aksara biru duduk di mana sekarang?
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 March, 2016
Memang menarik nanti boleh cuba :)
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz 08 March, 2016
best kalau banyak pilihan mcm ni. baru berbaloi
Suriaamanda Suriaamanda 09 March, 2016
tak pernah makan kat sini lagi...maybe satu hari nanti...