Giveaway Free Mug Campaign by Printcious

April 14, 2016

Giveaway time! Siapa je yang tak suka giveaway kan? Boleh dapat hadiah best-best. Aku memang kaki join giveaway dan kontest ni. Sape yang friend dengan aku dekat Facebook mesti tau sebab aku selalu je share pasal giveaway dan kontest dekat wall aku. 

Kali ni aku nak share dengan korang satu giveaway daripada Printcious.com. Sebenarnya aku dah pernah cerita pasal Printcious ni dulu sebelum ni. Boleh baca dekat sini -> Printcious - One-Stop Online Center Untuk Hadiah DIY.


Giveaway Free Mug Campaign by Printcious

Kali ni dieorang tengah buat satu lagi giveway Free Mug Campaign (FMC) untuk customised mugs dieorang sempena beberapa special occasions yang akan berlangsung sepanjang bulan April hingga Julai 2016 ni. Giveaway ni akan berlangsung selama 4 bulan:


1 April 2016 - 31 Julai 2016


Ada 3 date yang special dalam tarikh atas ni iaitu Hari Ibu pada 8 Mei 2016, Hari Bapa pada 19 Jun 2016 dan Hari Guru 16 Mei 2016. Kalau korang nak bagi hadiah sempena hari-hari istimewa di atas ni, boleh lah korang join giveaway ni. Senang je cara nak join giveaway ni.

Cara Menyertai Giveaway Free Mug Campaign by Printcious 

  1. Like dan Share post Facebook Printcious tentang Free Mug Campaign (klik SINI) dan set kan menjadi PUBLIC.
  2. Register member account di website Printcious dan login
  3. Cari gambar FREE MUG (harga akan jdi RM0.00) 
  4. Klik butang CUSTOMISE untuk hias mug korang. Lepas siap, klik DONE dan ADD TO CART.
  5. Mug korang akan dihantar 3 hingga 5 hari bekerja. 

Giveaway Free Mug Campaign by Printcious
Ni yang step ke 3 tu. Cari gambar FREE MUG. Lepas tu customised ikut suka hati korang nak tambah gambar ke nak tambah tulisan ke nak tambah tulisan dan gambar ke. Tak kisah.

Senang je kan? Ha, tapi ada terma dan syarat dia tau.

Terma Dan Syarat Giveaway Free Mug Campaign by Printcious 

  • Satu email boleh dapat satu free customised mug sahaja
  • Cas penghantaran setiap mug RM10 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah & Sarawak)
  • Cas penghantaran PERCUMA jika beli RM60 ke atas
  • Hanya 10 000 biji mug yang ada sehingga tarikh 31 julai 2016

Jadi jangan lambat-lambat. Nanti tak dapat.

Aku dah ada. Aku design untuk Zul dan untuk diri sendiri. Hubby & Wifey. Gambar misai hitam dan bibir merah tu aku google je. Lepas tu aku save. Masa nak design tu, aku upload lah then customised je tambah tulisan Hubby dan Wifey. Senang je kan?

Customised mug

Cepat, cepat. kalau korang nak hadiahkan mug pada sesiapa pun, boleh start customised mug korang sekarang dekat PRINTCIOUS.com.




You Might Also Like

2 comments

  1. fadzi sayang hari guru 16 mei sayang.. heheh

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwah. Mug yang menarik.

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter