Sepetang Bersama Blogger 2016

Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016. Pada 16 April nanti iaitu hari Sabtu, sekali lagi team DenaiHati akan menganjurkan Sepetang Bersama Blogger untuk tahun 2016 ini. Katanya tahun yang terakhir, walaupun sebenarnya tahun lepas pun cakap yang terakhir. Tak apa lah. Blogger memang suka gathering-gathering macam ni. So, aku rasa teruskan saja lah aktiviti macam ni. Betul tak?


Sepetang Bersama Blogger 2016

Tempat dan Masa Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016

Pada tahun 2016 ini, SBB akan diadakan secara indoor. Tahun 2015 buat outdoor. Tahun ni lebih kepada indoor sebab dieorang panggil beberapa panel untuk buat forum. Sejujur nya, aku lebih suka indoor dan forum macam ni daripada outdoor. Aku lebih suka dapatkan ilmu yang mahal daripada blogger-blogger otai ni daripada buat aktiviti yang memeluhkan badan. Nampak sangat pemalas kan. Huhuuh.

Lokasi: Dewan Campbell, Kuala Lumpur
Tarikh: 16 April 2016
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Aturcara Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016

Berikut adalah aturcara ringkas majlis Sepetang Bersama Blogger 2016
08:30 – 09.45 – PENDAFTARAN
09:45 – 10:00 – KATA ALU-ALUAN
10:00 – 10:15  – UCAPAN PIHAK PENGANJUR
10:15 – 10:30  – UCAPAN SLOT PENAJA UTAMA
10:30 – 12.00 – SESI MINI FORUM 1
12:00 – 12:20 – SLOT PENAJA 1 (MDEC)
12:20 – 12:40 –  SLOT PENAJA 2 (AMNA HOME)
12:40 – 13:10  – SLOT PENAJA KHAS
13:10 – 14:30  – REHAT/MAKAN/SOLAT
14:30 – 16:00 – SESI MINI FORUM 2
16:00 – 17:00 – MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & SESI FOTOGRAFI
17:00                –  BERSURAI

*tertakluk kepada sebarang perubahan


Sepetang Bersama Blogger 2016

Dress code untuk majlis SBB ni pulak adalah smart casual. tak kisah nak pakai macam mana, asalkan sopan dan selesa. 


Senarai Penaja Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016

Tahun 2016 ni ramai betul penaja untuk SBB. Ada MDEC, AmnaHome, Richwork Academy, Ephyra, Jopana, Seeta, Les Copaque, KotakLensa, Aleeya's kitchen, AbangEnsem, Firdaus Azizi, CVS, Yeos, AHB, PenMerah dan Denaihati.


Sepetang Bersama Blogger 2016


Cabutan Bertuah Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016


Tahun ni banyak gila hadiah cabutan bertuah yang ada. Siap ieorang cakap lagi mungkin separuh daripada yang hadir akan dapat hadiah cabutan bertuah.
  • TV LED 32″
  • Smartphone
  • Tablet
  • Hampers
  • Jam tangan Tawaf Denaihati
dan beberapa hadiah misteri yang akan diumumkan kemudian
Sepetang Bersama Blogger 2016

Tahun ni memang all out team DenaiHati buat. Rugi kalau korang tak join kali ni. Mungkin ini kali terakhir dieorang akan anjurkan aktiviti macam ni. So, kalau sesiapa yang masih berminat nak join, boleh register dekat SINI - Daftar SBB 2016.

Kalau nak tengok senarai nama siapa yang pergi boleh tengok dekat SINI - Senarai Nama Peserta SBB 2016. Jumpa korang dekat sana nanti okay?


1 comment... add one now

Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 20 April, 2016
Memang rugi la tak boleh join, tapi dah kena jaga anak sebab suami kerja kan, takda la rezeki lagi nak join tahun ni