5 Cara Hilangkan Dagu Berlapis

Dulu aku selalu rasa insecure sebab bila ambil gambar, nampak je dagu berlapis. Bila ambil gambar ramai-ramai dengan kawan-kawan perempuan lain, yang lain muka habis cun tiba-tiba aku sorang je dagu berlemak. Geram betul. Aku pun gigih cari cara-cara nak hilangkan dagu berlapis ni dan aku jumpa ada beberapa cara. Alang-alang aku dah jumpa, aku share lah sekali dekat sini.

Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu


5 Cara Hilangkan Deagu Berlapis


1. Masker Putih Telur

Campurkan sebiji putih telur, sedikit jus lemon dan satu senduk makan minyak peppermint. Gaulkan sampai sebati untuk jadikan masker. Kemudian sapu pada dagu dan leher. 


2. Mengunyah Gula-Gula Getah

Kunyah gula-gula getah, sebab gerakan mengunyah gula-gula getah tu boleh membuat otot rahang dan dagu bekerja lebih keras. Tapi gula-gula getah pilih yang sugar free lah.

3. Senaman Muka

Duduk depan cermin dan sebut A-E-I-U-O dengan gerakan yang perlahan. Cuba tegangkan otot muka masa sebut tu. Lepas tu selang selikan dengan muka masam dan senyum beberapa saat. Ulang 3 hingga 5 kali setiap pagi.

4. Tepuk Bawah Dagu

Masa korang tengah duduk tak buat apa-apa, tegakkan badan dan muka. Guna bahagian depan tapak tangan korang dan tepuk bawah dagu korang. 

5. Guna Japanese Sleeping Hammock Face Mask/Neckline Slimmer 

Kalau malas nak buat benda-benda dekat atas ni, korang boleh dapatkan Japanese Sleeping Hammock Face Mask/Neckline Slimmer ni je. Produk ni bertujuan untuk menghilangkan double chin. 


Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu

Mula-mula aku tengok neckline slimmer dalam website ZenZen Dream ni aku ingatkan benda ni keras tau. Rupanya lembik je dia. Waktu nak keluarkan daripada plastik tu macam leceh sikit sebab dia melekat sikit pada plastik. Nak cabut laju-laju takut putus. Aku je yang beria takut. Sebenarnya tak dek lah nak putus pun.  


Material: Elastomer
Buatan: Jepun
Saiz: 20 cm X 9.5 cm X 2 cm

Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu

Cara pakai dia, letak satu lubang tu dekat telinga sebelah kanan, satu lagi lubang dekat sebelah kiri. Pastikan bahagian tengah tu ke depan sikit daripada dagu korang. Adjust lah bagi selesa sikit.

Bila pakai lama-lama Neck Slimmer ni, aku rasa macam berlengas sikit bawah dagu. Mungkin sebab material dia ala-ala getah so tak ada banyak sangat pengaliran udara dekat bahagian tu walaupun ade lubang-lubang tu kot. Sekarang ni pun aku tengah pakai dalam 15 minit macam tu. Tapi kejap-kejap cabut sebab tak biasa lagi.

Satu benda penting korang kena tahu kalau korang nak beli dan pakai benda ni. Jangan buang plastik packaging dia sebab nanti lepas pakai nak simpan balik. Disebabkan material dia ni, senang habuk nka lekat. Aku baru pakai sekejap, rambut dah melekat dekat neck slimmer ni. So, kena jaga elok-elok lah kalau tak nak cepat kotor.
Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu

Neck slimmer ni tekstur dia agak-agak macam bola slimy tu tapi tak lembik gila macam tu. Bila pakai aku rasa selesa je. Tak rasa ketat ke ap ke sebab memang elastik betul lah. Muka saiz macam mana pun aku rasa sesuai je kalau nak pakai ni. Yang kurus boleh pakai yang chubby pun boleh pakai. 

Instruction pada packaging dia, sori lah semua dalam bahasa Jepun. Kalau korang pandai baca bahasa Jepun, bagus lah. Kalau yang tak faham tu, buat-buat faham je lah ye. 

Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu

And kalau korang nak cuba hilangkan dagu berlapis atau lemak bawah dagu atau double chin ni, korang boleh cuba jugak Japanese Sleeping Hammock Face Mask/Neckline Slimmer. 






6 comments.. read them below or add one

Puan Wawa Puan Wawa 11 May, 2016
wahh, ada cara ehh..

fadzi, camne nak buat kalau gadget follower tak keluar? help me..

terima kasih dear.
Fadzi Razak Fadzi Razak 11 May, 2016
Wawa, tengok sini http://www.mistrecja.com/2014/05/how-to-fix-followers-widget-disappearing-from-blogger-blog.html

Same tak problem wawa dengan die?
aswaleyla aswaleyla 11 May, 2016
wahh. nak beli nk beli
Puan Wawa Puan Wawa 17 May, 2016
Fadzi, lebih kurang. tapi bila buat search "Sign In" tk kuar cod e macam dia.

yg ni kuar kat atas code html

Editing your template so that it mixes HTTP and HTTPS may affect the security and user experience of your blog when it is viewed over HTTPS. Learn more. Hide warning
Sin Yee Sin Yee 17 May, 2016
Thanks for the tips. Well, glad that I have no double chin right now.. Hope I don't need it at all.. /.\
Pen My Blog Pen My Blog 21 May, 2016
Thank you for sharing on the tips - the mask above certainly looks like it does the job in improve the face to a more angular V-Shape :)