Pertama Kali Pakai Masker Muka

Kalau korang nak tahu, dulu-dulu waktu zaman aku muda remaja, kawan-kawan aku ramai yang panggil aku abang misai. Satu sebab misai atas bibir aku tebal (sedih kan) dan keduanya sebab aku perangi macam jantan sikit. Itu satu ketika dulu lah. sekarang ni, ladies sangat rasanya. So, disebabkan aku dah jadi macam ladies sikit kan, aku pun teringin nak pakai masker dekat muka. Ni aku rasa macam first time aku pakai masker dekat muka tau.

Masker muka yang aku pakai ni adalah masker Rose & Crown Propolis Moistening Mask. Amboi, first time terus cari yang ada propolis kan. Kelas sangat aku rasa.

Masker madu


Rose & Crown Propolis Moistening Mask

Aku saja je test pakai masker ni sebab dia cakap produk ni guna madu lebah hitam yang jarang sangat orang guna dari Ouessant Island di Perancis. Propolis tu madu lah kan? Orang zaman-zaman dulu kan suka guna propolis atau madu ni sebagai salah satu bahan dalam perubatan dan kecantikan. 

Aku ada baca lagi dalam Rose & Crown Propolis Mask ni boleh mengembalikan fiber kolagen dalam kulit, mempercepatkan pemulihan kulit dan melembutkan serta menegangkan kulit. Gituuuu~ lepas ni mesti husband aku terkejut tengok mak aih, apesal bini aku bertambah muda hari ni. Bahahahha.

Cara Pakai Rose & Crown Propolis Moistening Mask

  1. Cuci muka
  2. Keluarkan masker dari pek dan buka lipatan mask perlahan-lahan (ini leceh sikit nak bukak dia sebab ada pelapik. Cabut pelapik tu dan buang)
  3. Tampal pada muka dari bawah ke atas lepas tu, lurutkan pada muka bagi melekat.
  4. Tunggu selama 15 hingga 20 minit lepas tu cabut masker
  5. Bila cabut masker tu nanti, akan ada lebihan lendir-lendir dekat muka. Jangan cuci dulu, urut-urut bagi segala mak nenek nutrisi yang ada tu meresap lebih baik ke dalam kulit wajah.
  6. Lepas tu boleh lah cuci dan tidur dengan muka yang bahagia.


Pengalaman Pertama Kali Pakai Rose & Crown Propolis Moistening Mask

Waktu aku menaip ni, aku tengah pakai masker ni lah. Sebab nak tunggu 15 hingga 20 minit tu kan. Alang-alang baik aku taip sekali. Kira live update lah ni. Hahahhaa. Okay, waktu mula-mula nak pakai ni, aku tengok instruction dekat belakang packaging kecil. Ada dalam bahasa English dan bahasa China. 

Masker madu


Sebenarnya aku tak pasti lepas cuci muka tu kena lap atau biarkan basah. So, aku lap kan saja bagi kering. Lepas tu baru pakai mask. 

Sebelum pakai nak pakai tu, kan aku cakap ada pelapik tu kan? Kira bila keluar dari packaging tu ada 2 lapis lah. Tu lagi satu aku tak pasti nak cabut pelapik baru pakai dekat muka. Atau pakai terus dekat muka sekali dengan pelapik tu. Al maklumlah first time nak pakai masker. So, aku pakai je sekali dengan pelapik tu. Punya lah leceh. Sampai setengah jalan, aku cabut pelapik tu. Lagi senang nak pakai. Kesimpulannya, cabut lah pelapik tu sebelum pakai dekat muka.

Sebenarnya nak tunggu 15 hingga 20 minit tu lama jugak tau. Sempat lah aku taip satu entry ni dan tangkap gambar dan edit gambar sikit-sikit. Aku hairan macam mana korang boleh bersabar pakai masker lama-lama. Huhuhu.

Apa aku rasa bila pakai masker ni. Aku rasa muka aku sejuk. Tapi bahagian atas bibir tu rasa macam tak selesa macam panas-panas sikit. Tak pasti kenapa. Bahagain lain pada muka aku rasa sejuk je. 

Masker madu

Lepas tu aku rasa macam takut nak senyum atau gerak mulut sebab takut masker tertanggal. Tapi tak tertanggal pun. Aku je takut lebih. 


*********************************************************************************

5 minit sebelum waktu aku nak cabut masker, tiba-tiba anak aku bangun tidur sambil menangis. Hahaha, adui lah anak. Dia tak suka tidur tak berteman. Mesti nak ada orang teman dekat sebelah. Malam-malam dia bangun mesti nak cari orang. Terpaksa lah aku pergi dodoi kejap. Terdelay 15 minit nak cabut masker. Ermm, patut tak ada masalah kan? Hahah.

Tu je la nak cerita hari ni. Gigih kan aku nak cerita pasal first time pakai masker. Oh ye, kalau ada yang bertanya dekat mana aku dapat Rose & Crown Propolis Moistening Mask tu, info dekat bawah ni.




{ 8 comments.. read them below or add one }

sayaiday sayaiday 11 May, 2016
Iday pon bukan gadis-gadis sangat, tapi suka pakai mask. Hehehehe lembut je kulit lepas tu. hehe

Apa jadi dengan kulit lepas pakai mask ni? hahaha terus dodoi anak tak sempat nak cerita kesan mask ni. hehehehe
~ Everest ~ ~ Everest ~ 11 May, 2016
Great deal for the masks!! Thanks for sharing this!

Much love,
Everest
www.everestsays.com
bbxemily Emily bbxemily Emily 12 May, 2016
it's always good to pamper our skin with masks every at least twice a week. not only girls, i think guys need them too
bbxemily Emily bbxemily Emily 12 May, 2016
its always good to pamper our skin with some masks at least twice a week. not only for girls, guys need them too
Wai Yee aka Rane Wai Yee aka Rane 12 May, 2016
nice one. the mask loooks good and affordable priced
Mumsand Babies Mumsand Babies 13 May, 2016
Awesome packaging! honey has so many benefits and on skin it does wonder.
Betty Liew siaw fan Betty Liew siaw fan 13 May, 2016
How is the texture? Does it give the moisturizing effect?
Sin Yee Sin Yee 17 May, 2016
Wow.. Thanks for sharing. I have a lot of masks now. Will probably finish it first before buying others.. haha