5 Online Scam Yang Anda Perlu Tahu Ada Di Malaysia

Aku ada terbaca newspaper online yang cakap Malaysia ni adalah negara yang paling teruk terdedah kepada scam Internet. Korang boleh baca dekat SINI kalau nak baca lebih lanjut pasal ni.   

Nak kata aku terkejut tak jugak sebab aku memang perasan banyak betul scam dekat Malaysia ni. Aku pun penah jugak dapat email-email scam yang macam-macam. Aku ingat email menang hadiah ribu-ribu ringgit tu je scam yang ada dekat Malaysia ni tapi rupa-rupanya banyak lagi scam lain. Ni aku nak kongsikan dengan korang sikit pasal jenis-jenis scam yang ada di Malaysia.

5 Online Scam Yang Anda Perlu Tahu Ada Di Malaysia


1. Scam Loteri

Aku rasa ramai yang pernah dapat email kononnya bagitau korang menang hadiah RM sekian sekian daripada company yang agak besar jugak jenamanya di Malaysia. Aku pun pernah jugak dapat. Kadang-kadang dari TNB, kadang-kadang dari Shell. Kadang-kadang tu dari oversea pun ada. Scammer ni nanti akan cuba untuk tipu korang sampai korang dedahkan maklumat peribadi korang. Bahaya tu!

Scam Malaysia
Sumber: Says.com

Penting untuk korang pastikan tak bagi apa-apa maklumat diri korang atau klik apa-apa link yang nampak pelik-pelik dalam email scam macam tu.

2. Scam Kebajikan

Penah tak korang tengok dalam Facebook orang selalu share pasal ada anak-anak kecil yang sakit dan memerlukan bantuan kewangan untuk buat pembedahan. Ada antaranya memang betul contohnya macam kisah Cahaya Amanda ni dulu. Tapi, di sebalik penderitaan orang lain tu, ada jugak yang cuba ambil kesempatan dengan tipu bank akaun. Rupa-rupanya akaun bank yang dikongsikan tu bukan akaun bank keluarga pesakit, sebaliknya orang-orang yang cuba ambil kesempatan tu. Teruk betul. 

Scam Malaysia
Sumber: MyNews Hub

Jadi, sebelum korang beri sumbangan berbentuk wang tu, pastikan akaun bank tu yang betul dan bukannya scammer penipu.  

3. Scam Kongsi Dan Menang  

Baru-baru ni kecoh pasal satu akaun Fanpage Facebook Dato Sri Vida nak hadiahkan handbag kalau like page dan share status dia kan. Sebenaranya aku pun salah seorang yang tertipu jugak pergi share status tu. Konon-konon kaki kontest hardcore. Mana tau boleh menang. Rupa-rupanya tipu je. Mungkin dia nak naikkan like fanpage dia, sebab tu die tipu macam tu sekali.  

Scam Malaysia
Sumber: The Skop

Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa tu, sebelum share apa-apa dekat media sosial, kena pastikan benda tu betul dulu.

4. Scam Sewa Rumah

Yang ni ada kawan blogger aku pernah kena. Baru-baru ni jugak je. Sebelum ni pun pernah je aku dengar orang-orang lain kena tipu jugak pasal sewa rumah. Modus operandi dia iklankan bilik atau rumah sewa dekat internet. Orang tanya nak sewa. Tuan rumah kata ada 2 3 orang lagi yang nak sewa so sape bagi deposit dulu, dia dapat. Penyewa pun semangat bank in kan deposit. Tengok-tengok rupanya kena tipu. Duit hilang, iklan hilang, bilik pun tak ada.

Scam Online Malaysia

Tang ni memang penting untuk penyewa tengok dulu rumah yang nak disewa tu. Betul ke ada dan elok ke tak keadaannya. Jangan hentam keromo je terus bayar deposit.

5. Scam Romantik

Aku pernah jugak dapat yang ini. Kebanyakan nya dalam FB. Mula-mula dulu aku approve je semua orang yang Add Friend FB aku tanpa tengok siapa diaorang. Ye lah, aku ingatkan kawan-kawan sekolah dan geng-geng blogger je. So, approve je lah. Tengok-tengok bila dah approve, ada yang PM untuk mengorat atau berkenalan atau bagi salam. Kebanyakannya memang bukan orang Malaysia. Yang aku pernah dapat orang berkulit gelap dan orang Cina. Sekarang ni kalau ada Friend Request dekat FB, memang aku tengok dulu. Kalau kenal dan ramai mutual friends baru aku approve. Kalau tak memang tak.

Online Scam
Yang pentingnya, kalau dapat PM daripada orang-orang yang tak kenal dan tak ada arah tujuan pun message dieorang tu, tak perlu reply. Nanti dieorang pun tak hantar message dah.


Penting untuk kita ambil berat pasal scam di Malaysia ni supaya kita tak jadi salah seorang mangsa scam. Banyak cara yang kita boleh ambil untuk elakkan diri daripada terkena scam dan salah satunya adalah dengan menggunakan satu perisian terbaru diperkenalkan di Malaysia iaitu Salam Browser.

Salam Browser - Pelayar Web Prihatin Anda

Untuk pengetahuan korang, Salam Browser ini adalah web browser atau pun dalam bahasa Melayu nye pelayar internet yang patuh syariah. Bila cakap patuh syariah, maksudnya perisian ini mampu untuk menyekat lebih daripada 1.4 juta laman web yang boleh bawak kemudaratan kepada sesiapa saja termasuk laman web lucah, scam, phishing dan sebagainya. 

Selain daripada itu, Salam Browser pun boleh buat kita acess internet dengan lebih cepat. Itu yang aku paling suka. :D Oh ada lagi! Kalau kita guna Salam Browser ni, ianya dapat menghalang iklan berbentuk pop up atau pop under. Ini memang aku suka sangat-sangat. Semak betul tengok website yang banyak sangat iklan pop up.

Salam Browser

Apa kata korang cuba download dan guna Salam browser ni. Lepas tu korang tengok lah berkesan atau tidak, berbaloi atau tidak untuk korang. Untuk download perisian ini, korang boleh klik link di bawah.

Salam Browser




{ 8 comments.. read them below or add one }

Aksara Biruu Aksara Biruu 08 June, 2016
membahayakan betul scammer mcm ni. siap nak ambil kesempatan atas kesusahan orang lain


CPUV Nuffnang Berderet

AinAthirah Anuar AinAthirah Anuar 08 June, 2016
Nice sharing ! Singgah click :) Selamat berpuasa
Sherry Sherry 09 June, 2016
thanks for sharing, I know got so many scams. But still get such emails and yeah about the bag I saw recent one FB too. It's all fake.
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 09 June, 2016
org curi gambar siap copy ayat sebijik seketul pun sama jugak kan fadzi.. hahahah tak leh blah sakitnya ku disini betul lah
Kylie wenn Kylie wenn 09 June, 2016
Tahu scam scam semua ni, baru boleh hindari kita daripada tertipu... Tq for sharing!
qaseh su qaseh su 11 June, 2016
Scams that some still are.ignorant abt. It should be an everyday lesso via tv station an everyday reminder
Sunshine Kelly Sunshine Kelly 11 June, 2016
Memang banyak scam nowadays usually i just delete those not relevant and also those I dont know.
Pen My Blog Pen My Blog 21 June, 2016
Thanks for sharing this - there are alot of online scams nowadays that people do not acknowledge. Cheers :)