Baby Day By TollyJoy Malaysia 2016

June 22, 2016

Tahun ni sekali lagi aku join event baby Day by Tollyjoy 2016. Tahun lepas pun aku dah join jugak event Baby Day 2015 tapi di tempat yang berbeza. Kali ni event dibuat di The School Jaya One, PJ. And bagi aku tempat tu memang sesuai untuk buat event budak-budak sebab memang tempat development kanak-kanak.

Baby Day By TollyJoy Malaysia 2016

Dalam event Baby Day 2016 ni, ada talk pendek pasal cara-cara untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Talk ni diberi oleh Sarah Haris Ong. Dia ni certified child sleep coach pertama di Malaysia.  

Sarah Haris Ong

Katanya, "Bayi perlu berasa terhubung dengan ibubapa, terjamin dan selamat untuk mendapat tidur malam nyenyak, yang penting bagi tumbesaran mereka. Sebagai ibubapa, kita bertanggungjawab bagi menyokong keharmonian emosi anak-anak dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk mereka tidur. Meluangkan sepuluh minit sehari bagi masa istimewa bersama anak anda mungkin kelihatan tidak penting, tetapi ia boleh memberikan kesan mendalam kepada bagaimana mereka tidur.”

Selain itu, ada juga demonstrasi interaktif aktiviti deria yang dipersembahkan oleh pakar perkembangan bayi, Baby Sensory.

Early learning for baby
Early learning demonstration daripada team Baby Sensory. Waktu ni dieorang tunjukkan salah satu cara untuk membantu budak-budak cepat bercakap atau cepat menggunakan bahasa badan untuk ekspresi kan apa yang dieorang nak menggunakan signing.  

Early learning for baby
Ini pulak antara aktiviti-aktiviti yang dieorang akan buat masa kelas dueorang kalau korang pergi bawak anak-anak korang masuk ke kelas Baby Sensory ni. Kata dieorang, budak-budak memang suka tengok puppet macam ni.

Early learning for baby
Tengok tu. Aneeq gigih tengok puppet show sambil makan buah. Eiii tak pose. Hahhahaa.

Gambar-gambar sekitar event Baby Day 2016.

Baby Day Malaysia
 Registration table. 

Baby Day Malaysia
Emcee untuk event Baby Day 2016 - Aisyah Sinclair. Tak menyempat nak ambik gambar dengan dia sebab penat jaga Aneeq. Huuu.

Baby Day Malaysia
Antara booth yang ada masa event tu. Banyak produk Tollyjoy yang ada ditunjukkan dekat isni termasuk pakaian, kasut, pampers, wet tissue, mandian dan sebaginya.

Early learning for baby
Aneeq tengah have fun main dekat Play Area. Sebab kiteorang datang agak awal hari tu, so Aneeq conquer tempat tu sorang-sorang. 

Early learning for baby
Aneeq memang suka main ball ni. Dekat rumah ada ball macam ni tapi saiz kecik sikit. memang mainan dia lah ni.

Early learning for baby
Muka happy Aneeq mian belon. Sepatutnya boleh je bawak balik belon tu tapi sebab aku balik naik teksi dan barang banyak sangat nak pegang, tak larat la nak angkut belon ni balik. Nasib baik Aneeq bukan jenis nak itu nak ini mengamuk-ngamuk.

Baby Day Malaysia
Akhirnya ada pun gambar aku dengan Aneeq. Ha, tengok baju kiteorang, same kan? Saje je nak pakai matching-matching

Sebenarnya bagus kalau kita yang dah ada anak ni pergi event-event macam ni. Banyak ilmu yang kita boleh dapat dalam nak mendidik dan membesarkan anak kita. InsyaAllah kalau ada lagi Baby Day macam ni tahun depan, memang aku nak pergi sangat.

Oh ya, event ni sebenarnya kerjasama antara Tollyjoy Malaysia dengan OrphanCARE Foundation. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kedua-dua nama ini, korang boleh tengok dekat sini.





  

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook