Beli Gas Memasak Baru Dengan GrabGas

Korang stress tak kalau gas memasak habis? Aku memang stress gila. Tengah seronok memasak, tiba-tiba tak ada gas. Selalu aku ingat dapur aku yang rosak. Rupa-rupanya tak ada gas. Haih, boleh jadi sakit jantung tau kalau habis gas memasak ni.

Beli Gas Memasak

Masalah besar yang aku paling tak suka bila gas habis, kena call orang jual gas memasak satu-satu. Kadang-kadang bila call orang jual gas A, diaorang kata tak masuk kawasan rumah aku. Bila aku call orang jual gas memasak B, dieorang kata banyak order dan paling awal boleh datang 5 6 jam kemudian. Padahal aku nak guna sekarang. Aku tak nak tunggu lama-lama sebab laki ngan anak lapar. Menyampah tau bila jadi macam ni. Dah lah aku paling tak suka nak buat call.

Kalau korang pun ada masalah tak suka buat call dan tak suka tunggu orang jual gas datang lambat, aku ada solution untuk korang. Baru-baru ni aku ada tau satu website untuk korang order gas memasak - GrabGas.com

Beli gas memasak

Kalau nak order gas memasak dengan GrabGas ni, cas dia dari lebih kurang RM28 hingga RM32 per tong termasuk cas penghantaran. Harga dia berbeza-beza bergantung pada kawasan rumah korang dan cas penghantaran penghantar.  

Buat masa sekarang ni, cuma boleh beli gas memasak refill untuk brand Petron dan Petronas je. Brand lain tak ada lagi. Saiz tong gas pulak sama ada 12 kg atau 14 kg saja. 

Beli gas memasak

Aku suka bila ada servis yang macam ni sebab tak payah susah-susah call orang gas. Tapi aku lagi suka kalau dieorang buat apps untuk phone. Kalau ikut kan dalam website dieorang, tak lama lagi dieorang akan buat apps untuk Android dan iOS pulak. Ini yang aku tunggu-tunggu kan. Ye lah, leceh kalau guna desktop ni. Lagi bagus kalau guna phone. 24 jam on je kan. 

So, yeah, kalau korang nak beli gas memasak dengan mudah, pergi je dekat website GrabGas ni. Jangan kate hakak tak payung! 


{ 8 comments.. read them below or add one }

Fadzi Razak Fadzi Razak 03 August, 2016
Sekarang dah tak payah susah2 nak tunggu lama dah
Fadzi Razak Fadzi Razak 03 August, 2016
Harap dapat membantu sape2 yang memerlukan hehee
Unknown Unknown 03 December, 2016
Area mne ni..Dan brape hrge skrg tuk tong baru
muhdevori muhdevori 04 December, 2016
Kalau dapat tau lokasi penghantaran yang website tu cover kan bagus
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 December, 2016
Kalau ikutkan website dieorang, sekarang dieorang cuma cover Petaling jaya, Sunway, Puchong and Suabng

Tapi dieorang akna expend jugak tempat lain nanti
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 December, 2016
Kalau ikutkan website dieorang, sekarang dieorang cuma cover Petaling jaya, Sunway, Puchong and Suabng

Tapi dieorang akna expend jugak tempat lain nanti