Berbuka Puasa Di Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista Hotel Bangi-Putrajaya

June 16, 2016

Setakat hari ini, antara banyak-banyak tempat berbuka puasa yang aku pernah pergi, Cafe Lavista yang terletak dekat Hotel bangi-Putrajaya ini adalah buffet Ramadan yang paling banyakkkkk pilihan makanan yang aku jumpa. Makanan dia bukan setakat dalam cafe dia yang besar tu, tapi sampai ke luar hotel. Banyak kan nampak?

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Bukan setakat makanan je yang banyak, cafe tu sendiri pun luas dan selesa tempat makan serta tempat ambil makanan. Aku memang suka tempat makan luas-luas ni. Senang nak bangun duduk ambil makanan banyak-banyak kali. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Tengok tu. Ini baru separuh daripada meja dan kerusi makan yang ada. Luas dan selesa. Jarak antara satu meja makan dengan meja makan yang lain pun sangat jauh. Nak bangun untuk ambil makanan tak ada masalah. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Masa kita berbuka puasa, akan ada live band yang akan menyanyikan lagu-lagu yang mengasyik kan gitu. Tapi kalau nak tengok TV pun don't worry. Ada je TV dalam Cafe Lavista tu. Mesti korang tak kan terlepas tengok dramam melayu TV3 tu. Hahhahaha. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Macam-macam pilihan buah-buahan yang ada dari tembikai, tembikai susu, nenas, jambu mawar, betik dan buah naga. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Ini pilihan air panas. Korang boleh pilih sama ada nak air teh panas atau kopi panas.  

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Ini pulak pilihan air sejuk. Ada macam-macam. Air straberry, soya dan ice lemon tea.

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Macam biasa lah kan. Kambing golek semestinya watak utama dalam sesuatu buffet Ramadan dekat Malaysia ni. Betul tak? Jadi Cafe Lavista pun tak ketinggalan untuk menyajikan kabing bakar.  

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Ada macam-macam jenis makan ringan dan berat dekat Buffet Ramadan Citarasa Ramadan Hotel Bangi-Putrajaya ni. Daripada makanan Melayu, ke Western ke makanan India pun ada. Sate daging, sate ayam, murtabak, roti canai, pizza, spageti dan lauk-pauk Melayu.  

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Ini memang favourite aku. Dim sum. Ohoi dimsum ni memang rasa dia macam dimsum biasa yang korang jumpa dekat luar. Tapi dah jadi makanan favourite aku nak buat macam mana kan. Dimsum ni sedap dimakan begitu saja atau makan dengan sos dia. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Ni antara jutaan dessert atau kuih muih Melayu tradisonal dan moden yang ada dalam Citarasa Ramadan Di Cafe Lavista tu. Memang banyak sangat sampai aku pun tak larat nak rasa semua. Perut pun dah penuh.

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Jeruk-jeruk yang bikin orang kecur air liur ni. Haih.

Sebenarnya banyak lagi makanan yang ada dekat Buffer Ramadan Citarasa Ramadan di Cafe Lavista Hotel Bangi-Putrajaya ni. Cuma aku tak larat nak edit gambar satu-satu dan letak watermark satu-satu lepas tu upload. Penat woo. Lagi penat daripada makan dekat sini. Hahahhaa. 

Kalau ikut rasa berbaloi, memang berbaloi harga yang dibayar dengan pilihan makanan yang ada dekat sini. Korang boleh stay dekat Cafe Lavista dari bukak puasa sampai tutup dan cuba segala menu yang ada dekat sini.

Buffet Dinner

6 - 9 June 2016 & 3 - 5 July 2016
*(Subject to change) 
RM 90.00 nett (A) / RM 45.00 nett (C)

10 June - 2 July 2016
*(Subject to change)
RM 100.00 nett (A) / RM 50.00 nett (C)

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Walaupun aku tak ada dalam gambar, kehadiran Aneeq dan Zul mampu menyatakan bahawa "Fadzi wus ere" at Hotel Bangi-Putrajaya.


#hotelbangiputrajaya #jomberbukapuasakatHBP #cafelavista #buffetramadan2016


You Might Also Like

6 comments

  1. Ya Allah, sedapnyaaa..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius dekat sini makanan dia sedap2. Banyak pilihan pulak tu

      Delete
  2. Replies
    1. Hehhehe sekali sekala pergi berbuka dekat luar. Mkanaan die memang banyak sangat pilihan nya

      Delete
  3. Awat dimsum comel2 tu buat kita tergoda ni.. padahal bukan pengemar dimsum.. hahaha.. aneeq cute sangat kecik molek mcm mama papa dia lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimsum tu favouriteeeee. Sedap

      Hahaaha, dua dua anak beranak kecik je

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter