Malas Masak Untuk Berbuka Puasa? Order Je Dekat Shogun2U!

Aku seboleh-bolehnya akan masak setiap hari untuk berbuka puasa bulan Ramadan 2016 ni kalau tak ada invitation berbuka puasa dekat mana-mana. Tapi biasa lah orang perempuan kan. Sampai satu tahap bila tiap-tiap hari masak, ada hari-hari tertentu mesti korang rasa muak nak makan masakan sendiri. Nak nak lagi bila berbuka puasa sorang-sorang, betul tak?
Shogun2U
2 hari lepas, aku malas + muak dengan masakan sendiri. Nak keluar berbuka puasa dekat luar memang susah lah kalau Zul tak ada. Zul kerja malam so weekdays memang aku selalu berbuka puasa sorang-sorang ditemani dengan Aneeq. Nak berbuka puasa dekat luar dengan Aneeq memang haru lah. Penat. Aneeq tak boleh duduk diam. So, aku prefer order dari Shogun2U je. Senang. Kita order dan terus dia hantar ke rumah.

Yang aku seronoknya, sekarang ni Shogun2U tengah buat promosi sempena dengan bulan Ramadan 2016. Buy 1 Free 1 untuk Mains dan Meal Sets diaorang. 

Promosi Ramadan 2016

Buka Puasa Promotion dari Shogun2U ni valid dari 21 Jun 2016 sampai 25 Jun 2016 je. So cepat-cepat, jangan terlambat. Tinggal sehari lagi! Delivery untuk promotion ni bermula pada pukul 3 petang sampai pukul 9 malam

Aku nasihatkan korang, kalau nak make sure makanan sampai sebelum berbuka puasa, baik order sejam setengah sebelum berbuka. Takut kalau korang lambat order, memang lambat lah sampai nanti. Sebabnya penghantaran akan bermula sejam selepas kita order. Kadang-kadang mungkin delay sikit sebab banyak order lain kan.

Untuk hari tu, aku order:

Gulai Ayam Nenas (RM24.90)
Pada aku portion nasi dia sikit berbanding dengan lauk. Bagi aku tak cukup. Mungkin sindrom mak-mak menyusukan anak yang selalu nak makan banyak je. Hahahha. Tapi lauk ayam dia, memang banyak. Lauk dia ayam masak lemak, memang berlemak. Tak pedas pun, Aneeq pun boleh makan. Ayam berketul-ketul dia bagi, puas hati makan. Tapi, since kebanyakan ketulan ayam tu semuanya bahagian isi, aku jadi muak sikit. Kalau yang suka bahagian isi, ini mungkin heaven bagi korang. Ada sekali sayur macam terung (kot) dalam lauk ayam tu. Acar dia pun not bad, sedap masam-masam gitu. Tapi ada satu bekas, acar dia dah termasuk lauk ayam masak lemak tu, rasa dia jadi kurang sedap.  

Chrysanthemum Tea (RM4.80)
Dalam air ni, ada jeli chrysanthemum tea. Sedap jugak minum macam ni. Sambil minum, sambil kunyah jeli dia. Aneeq suka gila jeli tu. Non stop mintak aku suap. Sabo je lah, mak nak bukak puasa pun tak senang. Huhuhuhu. Rasa air dia tak macam chrysanthemum yang biasa aku minum dekat luar. Rasa dia ada macam pelik sikit tapi boleh je aku telan. Kick dia dekat sini mungkin adanya jeli tu.

Sebenarnya aku terperanjat tau. Aku tau Shogun2U ada promotion Buy 1 Free 1 ni tapi aku ingatkan apa yang aku beli tu tak termasuk dalam promotion tu. Bila aku check order balik dekat website Shogun2U, rupanya memang aku dapat 2 set makanan. Aku memang niat beli satu je sebab aku berbuka sorang-sorang je pun. Tapi, dah rezeki dapat 2 set makanan, aku bedal je lah. Kenyang terbungkang aku hari tu. Aneeq pun seronok je dapat makan banyak. 

So, bagi korang yang rasa-rasa macam malas nak masak atau tak ada idea nak masak apa untuk berbuka puasa hari ni, order lah dekat Shogun2U sementara dieorang tengah buat promotion Buy 1 Free 1 ni. Jangan kabo akak tak payung!




0 comment... add one now