Menu Sahur Dan Buka Puasa Sebulan

Kalau hari-hari biasa, maksudnya bukan di bulan Ramadan, aku seboleh-bolehnya akan cuba untuk masak sama ada untuk breakfast, lunch dan dinner untuk aku, Zul dan Aneeq. Bendanya memang remeh tapi bila kita masak sendiri dan suami pun bawak bekal pergi kerja, rasa tu seronok sangat. Plus boleh jimat duit belanja makan suami dekat ofis jugak. 

Menu Sahur Dan Buka Puasa Sebulan

Bila dah nak masuk bulan puasa ni, aku pun tak nak pening-pening kepala nak fikir menu apa yang nak masak tiap-tiap hari. Serius pening kepala nak fikir nak masak apa tiap-tiap hari. Jadi aku pun dah sediakan menu sahur dan buka puasa untuk sebulan puasa ni. 

Kebanyakan menu-menu yang aku plan ni semua yang simple-simple je. Nak nak lagi menu untuk bersahur. Memang aku plan untuk masak menu bersahur yang paling mudah sekali. Kalau untuk sahur, aku lebih senang buat jenis sup dan goreng-goreng. Kalau untuk berbuka tu, aku lebih suka buat menu yang remeh-remeh sikit nak masak sebab ada banyak masa. Sahur tu kalau buat yang remeh-remeh karang, ada tak bersahur nanti.  

Menu Sahur Dan Buka Puasa Sebulan

Untuk weekend pulak, aku plan untuk masak masakan panas jenis goreng-goreng macam nasi goreng ke, nasi ayam ke, mee goreng ke. Itu aku letak je. Biasanya weekend kiteorang akan keluar untuk makan dekat luar jugak. So, in case tak keluar berbuka dekat luar, barulah aku masak. Kira menu tu buat standby je la kalau tak keluar  berbuka dekat kedai makan.

Selain daripada nak selamat kan otak kita pening dan stress nak fikir nak masak apa hari ni, bila kita buat plan menu macam ni, senang kita nak plan beli barang dapur apa kan. So, kita tahu lah ikan nak beli berapa, ayam nak beli berapa, sayur nak beli berapa. Jimat dan tak membazir.

Kalau ada yang nak download contoh menu sahur dan berbuka puasa yang aku buat ni, korang boleh download dekat link bawah ni. Korang boleh download lepas tu edit lah ikut menu korang sendiri.


Lepas ni dah tak perlu nak pening-pening kepala fikir apa nak masak hari ni kan? Woot woot!

3 comments.. read them below or add one

AinAthirah Anuar AinAthirah Anuar 04 June, 2016
Wahhh dah ada siap menu ye. Senang la mcm ni. Tak pyh pening fikir untuk sebulan nak makan apa.
blogger2u blogger2u 08 June, 2016
rajinya... siap dgn list lg tu...
atie hilmi atie hilmi 10 June, 2016
waa.. sempoi.. senang kan kalau dah plan awal2.. siap2 g beli barang dapo seme.. hee~