Stuck Dalam Jem Di KL? Jom Bukak Puasa Dekat Selera Ramadan Casa Ombak 2016

Aku ada satu cadangan untuk orang-orang KL yang selalu lambat balik kerja dan selalu stuck dalam jem pastu tak sempat nak berbuka dekat rumah. Apa kata daripada marah-marah stress stuck dalam jem tu, pergi je terus ke Casa Ombak yang terletak dekat Jalan Damai KL untuk berbuka puasa. Gerenti puas hati dengan makanan dia.

Casa Ombak 2016

Hari Sabtu lepas aku sempat curi-curi masa untuk berbuka puasa dekat Casa Ombak. First impression aku, tempat tu macam rumah. Rumah yang sangat besar. Bila masuk ke dalam pintu pagar, nampak ada ruangan makan yang luas. Lepas tu belah kiri ada kawasan siap ada pokok besar lagi. Ha, macam laman dekat rumah kita-kita je. 

Lepas tu bila tengok pilihan makanan memang lah tak banyak macam pilihan makanan yang ada dekat hotel-hotel besar. Tapi bagi aku itu pun dah cukup banyak tau. Macam-macam jenis makanan yang ada dari kambing bakar, ikan bakar, mee, kuey teow, nasi serta lauk pauk, kuih muih tradisional dan buah-buahan.

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016
Suasana dalam Casa Ombak. Ni pentas utama dia. Dekat situ ada diletakkan hiasan sempena nak menyambut ramadan ni.   

Casa Ombak 2016
Jeruk mangga! Dan jeruk kedondong. Oh my oh my. Dah lama tak makan jeruk-jeruk ni tau. last aku makan masa pregnant dulu hahahha. Aku taip ni sambil tengok gambar ni pun dah kecur balik air liur. 

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016
Antara kuih muih tradisional yang ada. banyak lagi sebenarnya. Ada kuih bakar, kuih lapis, kuih kacang, seri muka, kuih talam. Dan yang paling aku suka kek keju kot. ya Allah serius lembut sangat. gebu pulak tu. Bila masuk mulut rasa macam makan kapas lembut dia. Serius kuih muih dekat Casa Ombak ni so much better daripada hotel-hotel yang aku pernah pergi.  

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016
Kalau korang datang sini, aku rekemen sangat korang pergi makan mee kari dia. Kari dia memang kaw gila. Bagi aku mee kari ni makanan paling best dekat Casa Ombak ni.

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016
Antara lauk pauk yang ada. Ada rendang daging, kerabu mangga, ikan sweet sour, ayam masak merah, ikan keli, sayur. Aku paling suka ikan sweet sour dia. Sedap kena dengan tekak aku. Rendang daging dia lain daripada rendang biasa yang aku selalu makna. Die punya rempah mungkin kuat sikit tapi sedap. Ada satu lagi lauk yang warna kuning, aku tak pasti apa. Yang tu terlalu kuat sangat rempah nya. tak kena dengan tekak aku. Tapi overall yang lain, lauk memang okay. 

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016

Macam aku cakap tadi, kalau nak compare kan dengan pilihan makanan yang ada dekat hotel, memang kalah lah Casa Ombak ni. Tapi, kalau nak compare kan rasanya, makanan dekat Casa Ombak ni lebih sedap dan lebih boleh diterima tekak lagi. Ini jujur aku cakap dari hati. Hehhehe.

Tapi aku ada jugak nak complain. Casa Ombak ni tempatnya dah cukup besar tapi mungkin sebab customer makin banyak, susunan meja aku nampak terlalu rapat dan berterabur. Sampai nak jalan pun agak susah. Lagipun penggunaan kerusi yang agak fancy buat orang yang jalan-jalan antara meja dan kerusi kadang-kadang terlekat baju pada kerusi dan kerusi pun jatuh. Aku pun salah seorang yang dah terkena. 

Walaupun itu satu kelemahan yang aku jumpa, keseluruhan yang lain tu memang the best. So, in case korang nka cuba berbuka puasa dekat sini (which I recommend sangat-sangat), boleh contact nombor di bawah.    

Casa Ombak 2016



 Jangan kabo akak tak payung!


2 comments.. read them below or add one

Fadzi Razak Fadzi Razak 03 August, 2016
Tempat yang paling best untuk berbuka. Feeling die macam dekat rumah sendiri