Main Air Di Wet World Shah Alam

July 27, 2016

Aku ni dah lama duduk dekat Shah Alam. Eceyh, lama lah sangat. Adalah dalam 5 tahun gitu. Tapi dalam pada waktu tu, tak pernah aku jejak dalam Wet World Shah Alam ni. Sebabnya, Zul cakap air die rendah takat buku lali je. Hampeh, semua kata-kata Zul tu dusta. Sebenarnya, boleh tahan jugak tinggi air kolam dia. Tapi bahagian budak tu, memang rendah je.


Wet World Shah Alam

Last week hari Sabtu, sempat lah jugak aku pergi ke Wet World Shah Alam untuk kali pertamanya. Banyak benda yang aku kagum dekat sini. Sebabnya, aku dah letak lowest expectation bila Zul cakap air dia rendah. Tapiii, dekat sini serius best!!

Wet World Shah Alam

Wet World Shah Alam

Dekat Wet World Shah Alam ni ada beberapa ride attraction yang kena cuba. Dari bahagian untuk budak-budak yang air die cetek sampailah ke slide yang tak berapa ekstrem (which is sesuai untuk family punya style lah).

10 ride attraction di Wet World Shah Alam:


  • Super hurricane
  • Monsoon Buster
  • Thunder River
  • Kiddy Typoon Lagoon
  • Caribbean Rider
  • Whirlwind Escape
  • Bermuda Triangle
  • Island of Treasures
  • Pirate Cove
  • Pirate Challenge


Antara kemudahan yang ada dekat Wet World Shah Alam:


  • Function Square
  • Cabana
  • Food Kiosk
  • Surau
  • Toilet
  • Tempat letak kereta percuma
Wet World Shah Alam
 Function Square - tempat kalau-kalau korang nak buat majlis pape ke.

Wet World Shah Alam

Wet World Shah Alam
Cabana. Siap ada kelambu dan kipas. Untuk rasa lebih selesa dan nak barang selamat, aku rekemen korang booking lah cabana sebuah kalau datang dekat sini. Senang sikit nak letak barang atau baring-baring tidur lepas penat main air. Nasib baik kiteorang dapat cabana masa datang sini hari tu sebab lepas je naik main air, Aneeq nak menyusu dan terus tidur. Lama pulak tu dia tidur. Cabana tu korang boleh book dekat kaunter belah dalam.

Wet World Shah Alam
Kiosk makanan - Tips: makan siap-siap awal-awal sebelum datang sini. Sebab makanan dekat dalam ni mahal sikit. So, makan lah awal-awal dekat luar. Dekat dalam ni tak boleh bawak makanan dari luar tau.

Surau pun ada dekat sini tapi kecik je la. Toilet pun ada untuk membuang dan salin baju semua. Tapi Zul cakap, yang bilik salin baju lelaki macam open. Last-last kiteorang tukar baju Aneeq dekat cabana, dan kiteorang pulak tunggu baju kering baru balik masuk kereta tukar baju dekat rumah. Nasib baik rumah dekat hahaahah. 


Harga Tiket Wet World Shah Alam

Dewasa: 
RM25 (MyKad) | RM35 (Biasa)
Kanak-kanak: 
RM20 (MyKad) | RM30 (Biasa)
Infant (bawah 90cm): 
Percuma

Waktu Operasi Wet World Shah Alam

10.00 pagi hingga 6.00 petang
*Tutup setiap hari Rabu kecuali hari Rabu tu cuti sekolah dan public holiday




Jujur aku cakap, Wet World Shah Alam ni memang tempat yang best untuk bawak family main air sambil santai-santai. Next time aku nak bawak mak, bapak, kakak-kakak, abang, kakak ipar, adik ipar, mak mentua, bapak mentua, suami dan Aneeq datang sini lagi sekali repeat. Tak puas weh aku pergi hari tu. Memang tak puas sebab aku tak sempat nak explore habis-habisan Wet World Shah Alam ni. 

Rugi pulak rasanya tak ambil gambar banyak-banyak hari tu. Semuanya sebab kamera aku tak reti nak pakai kamera Xiao Mi yang aku bawak hari tu. Nak ambil gambar tapi ambil video. Nak ambil video tapi terambil gambar. Hadui lah. Nak guna kamera phone pun aku tak berani sebab penutup tempat charge tu dah tercabut so dah tak waterproof. Termasuk dalam air, mati la mak.

Nasihat aku, kalau tak nak pergi waktu ramai orang, datanglah weekdays waktu bukan cuti sekolah. Barulah tak sesak sangat dengan orang ramai. Waktu aku pergi hari tu, orang ramai tapi tak berapa ramai. Selesa jugak lah. 

Sape nak pergi Wet World Shah Alam? Jangan lupa ajak aku sekali tauuuu. :D :D


You Might Also Like

17 comments

  1. tak sangka wet world shah alam best..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagi lah tak sangka. Dah lah husband penah cakap air takat buku lali je hahahah. Serisu best dekat sini

      Delete
  2. Xpernah juga lg ke wet world

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom mamatisya pergi sini. Best sangat kalau pergi ramai2

      Delete
  3. Kawaiii..ni wet world shah alam y boleh nampak kalau lalu dr uitm naik bas nak g mkn abc kt seksyen 2 tu kan?
    Kenapa dlm entry ni macam best sgt ni..hahaha.dulu macam lain je expectation nya.winkkkkk~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak noni. Yang tu lah. Rugi je time belajar dulu kite tak pergi sini hahaha. Seronok

      Delete
  4. Tengok gambar saja pun dah seronok..
    Kene pegi ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaklong, pergi curi curi masa pergi sini nanti. Best tau

      Delete
  5. tak pernah pergi. kena cari satu hari pergi

    ReplyDelete
  6. wow seronoknya main air dekat Wet World Shah Alam

    ReplyDelete
  7. Wow the place look quite good also. Although I stay in Shah Alam but I have not visit this place yet.

    ReplyDelete
  8. never heard about this place! looks like you guys had so much fun there!

    ReplyDelete
  9. Never been here before. Seem so fun!

    ReplyDelete
  10. looks so fun, i will definitely bring the kids there one day

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..

    Nak tnya sewa cabana ngn tube bapa yea??

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    Maaf,ingin bertanya harga sewa cabana ngn tube brapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam sakura,

      Harga tube tu RM25 + RM25 (deposit)

      Harga cabana gold RM150 + RM100 (deposit)
      Harga cabana silver RM100 + RM50 (deposit)

      Deposit tu boleh claim balik waktu nak pulang tube dgn kunci cabana

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter