Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

July 30, 2016

Sekarang ni aku pakai kan Aneeq cloth diaper, tapi malam-malam aku still bagi Aneeq pakai disposable diapers. Kalau pakai cloth diaper tu siang-siang, setiap 3 4 jam sekali aku akan tukar. Tak kan malam-malam aku nak pergi kejutkan aneeq suruh tukar pampers kan? Kesian dia.


Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

Setakat ni, aku cuma pernah pakai kan Aneeq 4 brand pampers dan baru-baru ni aku ada cuba pampers Mamypoko. Orang kata brand Mamypoko ni memang terbaik so aku pun nak cuba lah tengok macam mana kan? Kita tak boleh dengar orang cakap je, kita pun kena lah cuba sendiri. 

Semenjak dua menjak aku jadi mak mak orang ni, ada jugak kawan-kawan yang asyik duk tanya-tanya tips pasal parenting dekat aku. Aku nak tergelak pun ada sebab aku baru anak sorang, rasa macam tak cukup lagi ilmu pasal parenting ni. Nak nak lagi bila ada kawan yang tanya pasal pampers mana yang terbaik untuk anak.



Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

Honestly, aku tak boleh nak bagi jawapan yang tepat bila orang tanya pasal apa pampers yang terbaik untuk anak dieorang. Sebabnya, setiap baby tu lain daripada yang lain. Nak tak nak mak bapak baby tu kena jugak buat trial and error, cuba mana pampers yang sesuai dengan baby dieorang. Aku cuma boleh bagi review dan suggestion je nak pakai apa.

Tapi dalam banyak-banyak pampers yang aku dah bagi Aneeq try, paling best adalah Mamypoko Pants Air Fit. Sebabnya banyak gile kelebihan pampers ni daripada pampers yang lain.


Kelebihan Mamypoko Pants Air Fit Boy


1. Nipis
Mula-mula aku tenogk packaging ni, aku pelik sangat. Apesal kecik sangat packaging dia. Kalau pampers lain, besar sangat. Aku kata, ni mesti sikit je dalam dia. Tapi, bila bukak, ada 44 keping pants yang sangat nipis. Bila Aneeq pakai pun, tak nampak gedebeh besar.


Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

2. Lembut
Bila aku pegang pampers  ni, rasa dia memang lembut. Dari dekat bahagian pinggang sampai ke alas punggung dia lembut. Rasa macam pegang karpet lembut pun ada.

3. Mudah Renggang
Ni first time aku pakaikan Aneeq dengan pants instead of pampers. Mula-mula risau jugak macam mana nak pakai kan ni. Tak terkoyak ke bila nak adjust pakai. Rupa-rupanya, kalau regangkan besar mana pun, memang tak terkoyak. Dia terkoyak bila kita koyakkan bahagian tepi waktu nak cabut pants ni je. Nak regangkan dia pun tak perlu bersusah payah.

Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

4. Serap Banyak Cecair 
Aneeq ni ade peel die sikit kalau tidur. Malam-malam mesti banyak kali terjaga. Aku syak sebab dia kencing then rasa basah dan tak selesa. Jadinya, aku dan Zul pun selalu terjaga malam juga yang membuatkan kiteorang rasa penat sangat sebab tak cukup tidur. Tapi bila aku pakai kan Aneeq Mamypoko ni, dah makin kurnag Aneeq jaga malam. Aku pun seronok sebab boleh tidur lena. Kalau ikutkan penerangan Mamypoko ni, dia boleh serap 12 kali budak kencing.  

5. Ada Wet Indicator
Ini benda yang aku paling suka pada Mamypoko Pants Air Fit ni. Ada wet indicator. Dengan adanya indicator ni, lagi senang nak tau bila kena tukarkan pampers budak. 


Mamypoko Pants Air Fit Boy Review
 Sebelum pakai, wet indicator ni line warna oren

Mamypoko Pants Air Fit Boy Review
Bila pampers dah penuh dengan air kencing budak, wet indicator ni jadi warna biru. So dah masa untuk tukar pampers.


Harga Mamypoko Pants Air Fit Boy

Kalau diikutkan, brand Mamypoko ni memang mahal. Tengok dekat market rata-rata harga satu paket dalam RM60 ke atas. Tapi kalau korang pergi ke website Lazada sekarang ni, dieorang tengah buat promotion barang-barang baby. Beli 4 pek Mamypoko ni, harga boleh jatuh sampai RM52 lebih sepaket. So, apa lagi? Boleh pergi beli Mamypoko dengan harga yang murah dekat Lazada.





Lazada Big Baby Fair bermula pada 27 hingga 31 Julai 2016. Jangan terlepas peluang ni weh!


Mamypoko Pants Air Fit Boy Sale

Aku ada voucher code Lazada untuk customer Lazada baru yang nak beli barang-barang lain selain barang-barang baby. Guna voucher code dekat bawah ni dan korang akan dapat 20% off untuk barang yang korang beli. 

Mamypoko Pants Air Fit Boy Sale

Jangan cakap mak Aneeq tak payung!



You Might Also Like

3 comments

  1. Wah, this is my first time seeing baby pant will give signal when it is full. Nice nice :P

    ReplyDelete
  2. cool.. mama aniq payung lebar lagi.. diskaun 20% off lagi. lai lai... hahahah...

    windu aniqlah..

    ReplyDelete
  3. pampers memang cerewet nak cari. murah sgt pampers pakai tak lama, mahal sgt bajet lari lak hahaha nasib ada yang reasonable

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter