Menu Indonesia, Thai dan Chinese Di Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Setiap hujung minggu, aku memang tak suka terperap dekat rumah. Ye lah, aku kan suri rumah. Weekdays memang asyik duduk dekat rumah je. Bila weekend ni seronok lah aku sebab boleh keluar jalan-jalan dengan suami dan anak. Biasa weekends kiteorang suka pergi cari tempat makan baru atau tempat-tempat menarik untuk dilawati. Minggu lepas, aku sempat pergi jalan-jalan cari makan dekat Campur Campur Kitchen Cyberjaya.



Campur-Campur Kitchen ni terletaknya dekat DPulze Shopping Centre. Sejujurnya aku tak pernah tahu pun tentang kewujudan DPulze Shopping Shopping Centre ni. Bila geng blogger Ida Baharum ajak lepas sini, baru aku tau ada.  

Menu Campur Campur Kitchen

Dekat Campur Campur Kitchen ni ada lebih kurang 80 jenis pilihan makanan dan minuman termasuk yang set punya. Konsep yang dieorang cuba ketengahkan adalah makanan Thai, Chinese dan Indonesia. That's why nama pun campur campur kan.


Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Presentation makanan dan minuman dieorang sangat menarik. Ada jenis minuman yang diletakkan dalam bekas air berbentuk mentol dan kole besar macam zaman-zaman dulu. 

Personally aku suka beberapa makanan yang disediakan dan ada juga makanan yang kurang menepati selera aku. Tapi, kalau korang pergi dekat sini, aku cadangkan korang order beberapa menu yang aku rasa memang berbaloi untuk dicuba.


Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Chicken Boxing (RM12.90)
Chicken boxing. Ini pertama kali aku makan chicken boxing. Ok lah rasanya. Tapi kalau nak makan banyak-banyak ketul, aku rasa kena cicah dengan sos baru mengancam rasa dia.


Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Chicken Wing with salt and chili (RM12.90)
Ini antara favourite aku. Kalau korang order yang ni, tak perlu makan guna sudu atau garfu. Guna je tangan. Baru sedap nak ratah. Rasa dia tak pedas sangat, ada rasa manis-manis sikit.


Campur Campur Kitchen Cyberjaya
French Toast with Honey (RM6.90)
Mula-mula aku ingat, menu ni taufu. Rupa-rupanya lepas makan baru rasa french toast. Tebalnya memang tebal dan terasa kemanisan masu nya. 


Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Curry Fish Ball (RM8.90)
Curry fish ball ni memang terasa karinya. Bagi aku menu ni pelik sebab aku tak pernah buat fish ball dimasak dengan kari. Boleh dicuba unutk korang rasa sedikit kelainan.

Antara makanan lain yang ada dekat Campur Campur Kitchen ini adalah:

Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Nasi Goreng

Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Mee Goreng

Harga Makanan Dan Minuman Campur Campur Kitchen 

Range harga makanan dan minuman dekat Campur Campur Kitchen ni antara RM4.90 hingga RM32.90. Yang Rm32.90 tu untuk combo platter so berbaloi lah kalau mahal macam tu pun. Yang lain-lain dalam belas-belas ringgit. Pada aku, affordable untuk dicuba.

Dekorasi Campur Campur Kitchen

Aku suka sangat tengok dekorasi dalam kedai ni. Ruang antara setiap meja memang luas, so tak ada lah masalah sempit atau terlanggar kerusi ke apa. Aku memang suka kedai-kedai makan yang ruangan dia luas. Lebih selesa. Lepas tu dekorasi dia memang simple je. Tak crowded. Dieorang cuma gantung hiasan dekat dinding guna talam, nyiru dan paip. Kemas sangat nampak. Dapur tempat dieorang memasak pun nampak menarik sebab dieorang letak dapur tu bahagian luar restoran. Dapur dieorang dibuat dengan kontena warna kuning. Memang menarik.   


Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Yang minat makanan Thai, Chinese dan Indonesia, apa lagi. Pergi terjah Campur Campur Kitchen ni. Mesti ada yang korang berkenan di hati.



Alamat : Campur-Campur Kitchen

Lot UG 18, Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya



5 comments.. read them below or add one

PinKy MoMMa PinKy MoMMa 28 July, 2016
paling suka air dia..sebab sedap kaw kan..nnt kita repeat eh..
Fadzi Razak Fadzi Razak 02 August, 2016
Jom kak diya, repeat. nanti nak join kene renjatan hahahha
Wai Yee aka Rane Wai Yee aka Rane 06 August, 2016
I am drooling! Must try it out one day
Miera Nadhirah Tan Miera Nadhirah Tan 08 August, 2016
You are making me salivate with all those pictures.... nanti ajak lah kita bersama.... ehem, ehem... hahaha :p