Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Agak-agak kalau aku update pasal sambutan Hari Raya, aci lagi tak? Hahahhahaha. Bertabahlah walaupun dah sebulan dah raya, aku baru nak up cerita pasal sambutan Hari Raya 2015 yang dianjurkan oleh HaiBlogger. Tahun lepas aku dah pernah join Sambutan Hari Raya anjuran Hai Blogger! jugak tapi dekat TuDia Char Kieu Teow.


Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Tahun ni sambutan Hari Raya dekat sikit dengan rumah aku. Sambutan kali ni dibuat di Central Kitchen, Seksyen 15 Shah Alam dengan hidangan makanan oleh Sajian d-Hidang Catering

Aku paling impress tengok khemah yang disediakan oleh Sajian d-Hidang Catering. Cantik gila macam khemah untuk orang kahwin. Huhuhuhu. Sebenarnya preparation untuk majlis ni agak last minit. Nasib baik semua sempat disiapkan sebelum majlis bermula. Dan makanan-makanan yang disediakan pun memang sedap-sedap terutamanya brownies dan sate!

SAJIAN D HIDANG (M) SDN BHD 
Sajian d-Hidang Catering 
33 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia 

Facebook : Sajian d-Hidang Catering 
No Pejabat: 03 – 5510 8776 / 9776 / 3773

Suasana Di Majlis Blogger Raya 2016

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Ini #teambajuhijau Tak bajet pulak nak pakai warna baju lebih kurang sama. Memang matching betul hari tu.


Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
First time aku join sambutan Hari Raya ada sediakan buah-buahan tempatan. Ada rambutan, tembikai, buah naga, belimbing dan manggis. Manggis kau! Manggis!! Mana nak dapat manggis dalam majlis-majlis macam ni?

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Antara kuih-muih yang ada. Yang aku paling suka tart buah dengan brownies coklat tu. Cinnamon roll tu pun best jugak. Tapi koci dia memang sedap. Eh eh pavlova tu pun sedap, manis-manis buah. Ni first time aku makan pavlova, terus jatuh cinta. senang caap, semua lah sedap. Nasib baik je hari tu aku busy jaga Aneeq sebab pergi berdua je. Kalau tak, memang banyak kali aku ulang alik nak ambil semua ni.

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Yang ni kira kudap-kudapan ringan tapi tak ringan sangat lah. Aku suka burito tu. Satu sebab memang sedap dimakan, ada dua jenis - ayam dan daging. Satu lagi sebab senang nak pegang. Hari tu pun siap ada kambing bakar!

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Ini pulak antara menu berat yang ada. Pada hari sambutan raya tu, kiteorang dihidangkan dengan sate, kuah kacang, lemang, ketupat, rendang daging, rendang ayam, lontong, kuah lodeh, roti jala, kuey teow goreng panas. 

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Cantikkan khemah yang dosponsor oleh Sajian d-Hidang ni. Kan aku dah cakap, macma khemah orang kahwin. Sape nak kwen, baik korang order dengan dieorang ni. Senang, cantik dan makanan complete siap.

Antara Sponsor Yang Menjayakan Majlis Blogger Raya 2016

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Terima kasih Sajian d-Hidang, blogdirect, Hai Blogger! dan CVS untuk sponsor kali ini. Dan terima kasih Halim sebab ajak saya ke sambutan Hari Raya bersama Hai Blogger ! pada tahun ini.

  
Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Antara blogger yang datang pada hari sambutan Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang hari tu. 

0 comment... add one now