Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam Konsep Western Food

August 05, 2016

Well hello hello. Dah lama aku tak buat review tempat makan dekat Shah Alam ni kan. Rindu woi nak share tempat-tempat makan dekat Shah Alam yang berlambak ni. Lama gila aku peram gambar-gambar yang aku ambik. So here it goes. Kali ni aku nak review Cafe 83 yang terletak dekat Seksyen 7 Shah Alam.  


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Konsep Cafe 83 ni lebih kepada western. Hidangan breakfast dia jenis-jenis orang putih lah yang ada toasted bread, scrambled eggs, dan sebagainya. Tapi ada jugak diselit sekali mee goreng mamak dan char koay tiaw serta nasi goreng. Dekat bawah ni apa yang kau order hari tu.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Antara menu yang ada di Cafe 83. 

Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Grilled Chicken Chop (RM23.00)
Untuk hidangan yang ini, korang akan dapat chicken chop grill, mashed potato, sedikit sayur-sayuran dan secawan sos cendawan. Portion normal, cukup lah untuk makan seorang. Rasa pun okay okay saja.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Fish & Chips (RM24.00)
Untuk hidangan fish and chip ni, korang akan fish and chips, sos tartar (mungkin) dan sedikit salad. Bagi aku portion okay lah tapi terlalu bamyak kentang je. Dan kentang nye rasa macam kentang biasa beli. Mungkin bukan kentang homemade.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Ice Mango Soda (RM9.00)
Ice mango soda. Rasa campuran soda dan mangga. Rasa dia not bad. Kalau datang sini mungkin korang boleh cuba yang ini.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Watermelon Juice (RM10.00)
Watermelon juice ni rasa typical watermelon. Mungkin tak perlu aku nak explain lelebih kot.

Apa yang aku suka pasal Cafe 83:

Dekorasi cantik - Dekorasi cafe dia bagi aku simple je dan tak over crowded. Jarak antara satu meja ke meja lain pun just nice, tak terlalu rapat. Dekat sini dinding dia banyak lukisan mural yang unik-unik. Meja dan kerusi pun selesa je. Ade yang jenis meja dan kerusi makan biasa dan ada jugak jenis sofa di bahagian luar. 
Servis okay - Servis dia, biasa-biasa saja. Tak terlalu bagus dan tak terlalu teruk. Ok lah selagi servis tak menyakitkan hati, aku ok je. Asal dapat makan. Hohohoho.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Apa yang aku tak suka pasal Cafe 83:

Harga mahal - Well, aku rasa semua orang pun tak suka kalau harga makanan mahal kan? Walaupun mahal, tapi bagi aku harga dia agak sesuai lah dengan rasa dan portion dia. So, salahkan je lah aku sebab aku tak suka makanan yang harganya mahal. Huaaaa.


Fadzi Razak
Okay lah, dah habis aku membebel hari ni. Meh sini aku nak tepek gambar bukti "fadzi wuz 'ere" di Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam. Hewhewhew. Kalau korang berminat nak datang sini, korang boleh cari Cafe 83 ni berdekatan dengan hispital baru Shah Alam tu, deret dengan Restoran Big Brothers

Nak tau tempat-tempat makan di Shah Alam yang lain? Boleh tengok dekat sini - Tempat Makan Di Shah Alam.

You Might Also Like

11 comments

  1. Makanan western memang mahal-mahal. Tapi memang sedap dan menjadi pilihan hati setiap kali nak order makanan. Huhu.

    ReplyDelete
  2. mahal sangat kot. watermellon juice sampai 10 hengget!

    ReplyDelete
  3. at first when i saw the food i was like mehh... biasa je... then tgk interior.. cantik jugak... haha..

    ReplyDelete
  4. Love the decor of the place!! So rustic, with modern influence.

    ReplyDelete
  5. Grilled Chicken Chop nampak sedap. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  6. Great photos ! Thanks for sharing this good place!

    ReplyDelete
  7. Looks like a great place to have a gathering with friends, but Shah Alam though... kind of too far for me hmm....

    ReplyDelete
  8. macam sedap je makan sini. kalau i singgah shah alam nk pergi la :)

    ReplyDelete
  9. pretty delicious looking dishes and great options for drinks too

    ReplyDelete
  10. Best juga their food, especially the Grilled Chicken Chop.

    ReplyDelete

Like us on Facebook