Dashing Edge 2.0 - Idea Hadiah Untuk Lelaki

August 30, 2016

Setiap kali ada sambutan yang kena beli hadiah untuk lelaki aku mesti pening nak beli apa. Birthday suami, birthday bapak, anniversary, Hari Bapa. Haih pening pening nak pilih hadiah untuk lelaki ni. Korang pun sama kan? So, hari ni aku nak share sikit idea hadiah untuk lelaki dengan korang.

Dashing Edge 2.0

Idea Hadiah Untuk Lelaki

Antara idea hadiah hari lahir untuk lelaki yang korang boleh berikan adalah set Dashing Edge 2.0. Kenapa? Sebab aku suka bau dia. Hahahha. Bau dia memang maskulin habis. Dalam set Dashing Edge 2.0 ini ada 3 rangkaian produk.

Set Dashing Edge 2.0

Dalam set Dashing Edge 2.0 ini ada minyak wangi (EDT), deodorant roll on dan Deo Semburan Badan (no gas). 

Dashing Edge 2.0

Dashing Edge 2.0 Eau De Toilette (EDT) (RM34.50)

Untuk EDT ni ada 2 saiz, satu 50ml dan satu lagi 100ml. Yang ni botol saiz 100ml. Cantikkan botol dia. Agak berat jugak ni. Penutup dia jenis bukak ke atas, bukan pulas. Bau dia memang kuat dan tahan lama. Zul pergi kerja sembur sikit, bila balik kerja still ada bau lagi. Pastikan bila simpan EDT ni, korang letak balik dalam kotak dia, dan simpan dekat tempat yang tak kena matahari. Barulah bau dia kekal lama.

Dashing Edge 2.0

Dashing Edge 2.0 Deodorant Roll-On (RM6.50)

Laki korang tu suka pakai deodorant jenis apa? Kalau jenis roll-on, belikan dia Dashing Edge 2.0 Deodorant Roll-on ni. Kelebihan yang ada pada deodorant ini adalah dia ada perlindungan 7 dalam 1 - wangian kekal, cegah bau, tiada kesan putih, kesegaran unggul, anti bakteria, cepat kering dan anti peluh. 

Dashing Edge 2.0

Dashing Edge 2.0 Deodorant Body Spray (RM18.90)

Ini kira macam teknologi baru lah kot. Sebab sebelum ni, semua jenis deodorant spray ni ada gas dalam botol. Yang Dashing Edge 2.0 ni pula yang pertama dalam Malaysia yang tak ada gas dalam botol spray. Maksudnya satu botol ni penuh dengan cecair deodorant semata-mata. So, bila pakai pun lambat habis. Satu botol ni boleh spray 750 kali dan boleh tahan sampai 2 bulan. Zul suka deodorant ni sebab cepat kering bila spray.

Kalau korang nak tambah lagi beberapa barang dalam koleksi barang penjagaan lelaki daripada Dashing ni, mungkin korang boleh tengok jenis-jenis pencuci muka di bawah jenama Dashing yang aku pernah tulis sebelum ni Dashing - Pembersih Muka Untuk Lelaki Aktif.

Suami aku dah approve idea hadiah untuk lelaki ni. Korang ada idea hadiah untuk lelaki yang lain? Komen sikit.




You Might Also Like

11 comments

  1. wangi kan fadzi.. bau jantannn jue ckp.. hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Good ideal. (for men present )

    ReplyDelete
  3. Their smell not bad leh I heard, perhaps should grab one for my bf also :D

    ReplyDelete
  4. no try this before. maybe get one for him

    ReplyDelete
  5. How does it smell? Sounds good!

    ReplyDelete
  6. interesting.. i have not tried it yet.

    ReplyDelete
  7. Great gifts for men. If it smells nice, will get for hubby.

    ReplyDelete
  8. good suggestion, usually i just get my guy friends condoms as a joke lol

    ReplyDelete
  9. My daddy used to like this brand.
    Will share to him about this.

    ReplyDelete
  10. memang suka bau dashing ni, bau mskulin, Islam pon ada pakai. hehehe

    ReplyDelete
  11. looking good product...my last time used dashing product when I was in secondary school.... will definitely akan cuba this product next time

    http://www.mytravellicious.com/2016/09/10-things-to-do-in-kuching-sarawak-in-6.html

    ReplyDelete

Like us on Facebook