Peluang Belajar Secara Percuma Sambil Bekerja Bagi Lepasan SPM Dan Diploma

August 28, 2016

Peluang Belajar Secara Percuma Sambil Bekerja Bagi Lepasan SPM Dan Diploma. Sekarang ni aku rasa dah banyak program kemahiran yang dianjurkan oleh beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk membantu belia untuk mendapatkan pelajaran dan sekaligus memberi peluang untuk mereka mendapatkan skill yang diperlukan serta pekerjaan tetap. Salah satu daripada badan bukan kerajaan yang terlibat dalam program seperti ini adalah Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC).

Belajar secara percuma sambil bekerja

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

SHRDC ni sebenarnya adalah pusat pembelajaran dan latihan industri yang ditubuhkan melalui kerjasama Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan industri. Tujuan penubuhan SHRDC adalah untuk memberi latihan untuk meningkatkan kualiti kemahiran individu demi menyiapkan mereka melangkah ke alam pekerjaan dan industri.

SHRDC ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam dan banyak syarikat yang telah bekerjasama dengan SHRDC ini sendiri antaranya termasuklah Western Digital, Motorola, FreeScale, Colgate Palmolive, Panasonic, Dell dan Standard Chartered.

Belajar secara percuma sambil bekerja

Program Perantis Kemahiran Belia SHRDC

Program Perantis Kemahiran Belia adalah satu program yang dijalankan oleh pihak SHRDC untuk belia-belia lepasan SPM, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan juga Diploma. Program kemahiran ini diadakan untuk memberi latihan kemahiran yang diperlukan oleh belia-belia demi memenuhi permintaan terhadap kemahiran teknikal bagi sektor perkilangan. 

Aku terpaksa mengaku. Dulu belajar di universiti, kebanyakannya belajar teori tapi tak ada pun buat secara praktikal. Padahal bila masuk ke industri, praktikal dan skill itu lah yang paling diperlukan. Skill-skill ini tak akan dapat dipelajari secara teori semata-mata dan disebabkan itulah SHRDC membangunkan beberapa jenis program kemahiran yang fokusnya untuk meningkatkan kemahiran individu supaya boleh menghadapi bila masuk ke dalam dunia pekerjaan nanti. Di bawah ni aku kongsikan dengan korang antara kursus-kursus yang ditawarkan oleh SHRDC.

Program Yang Ditawarkan Untuk Belia Lepasan SPM

  • Industrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi)
  • Solar Technology (Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar)
  • Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan SPM
  • Berumur 24 tahun dan ke bawah
  • Tidak bekerja sewaktu berlangsungnya program


Program Yang Ditawarkan Untuk Belia Lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma

  • Malaysia Meister in Mechatronic

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Calon memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 3 ataupu Diploma
  • Berumur 30 tahun dan ke bawah
  • Lulus ujian pemilihan dan temuduga dengan pihak syarikat penajaan
  • Tiada tunggakan bagi pinjaman pembelajaran (penangguhan pembayaran boleh dibuat) 


Belajar secara percuma sambil bekerja

Kelebihan Menyertai Program Kemahiran SHRDC

  1. Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh SHRDC melalui geran latihan kemahiran
  2. Elaun bulanan RM300 dan elaun tambahan minimum RM300 daripada syarikat semasa tempoh latihan (untuk lepasan SPM)
  3. Elaun/gaji semasa dalam tempoh latihan (RM1000-RM1500 sebulan untuk lepasan Diploma dan SKM tahap 3)
  4. Terus diserap bekerja ke dalam syarikat penaja 
  5. Jangka masa pangajian yang singkat 
  6. Pengajar/trainer yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam industri
  7. Sijil kemahiran yang diiktiraf






Antara training room yang ada dekat SHRDC. Dekat bangunan SHRDC ni ada banyak seminar room, kelas, bengkel dan makmal untuk digunakan semasa training. Dieorang pun open juga bilik-bilik ni untuk orang luar sewa dan buat kelas. 

Aku rasa ini peluang yang sangat-sangat menarik untuk diambil oleh pelajar lepasan SPM, SKM dan Diploma. Tak perlu risau pasal keputusan SPM atau Diploma korang, dieorang tak perlukan result yang power=power pun. Jika korang berminat untuk sambung belajar secara percuma sambil bekerja, korang boleh terus mendaftar dan memohon untuk mengikuti program-program yang telah disediakan melalui borang di bawah.




Taklimat berkenaan dengan Program Perantis Kemahiran Belia serta temuduga terbuka dengan syarikat-syarikat yang terlibat akan diadakan pada:

1 September 2016

10 pagi

SHRDC, Shah Alam



Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi:

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
1, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor

Tel: 03 5513 3560
Fax: 03 5513 3490
Email: info@shrdc.org.my
Website:www.shrdc.org.my


You Might Also Like

7 comments

  1. Memang terbaik peluang ni!! Education fees is killing me softly .... :(

    ReplyDelete
  2. Although I don't under Malay , but I believe in life long learning :)

    ReplyDelete
  3. yes, agak baik peluang bagi students exposed kpd environment yang sebenarnya sblm mereka jejak ke working society!

    ReplyDelete
  4. It's not easy to continue learning and improving oneself due to the roles and responsibilities esp when u are a parent. It is important nonetheless.

    ReplyDelete
  5. Wow~ there are so many good courses offered out there~ should share this information to those yoingsters!

    ReplyDelete
  6. this is great info for SPM leavers, it's always good to have option to study and work for families that can't afford to send to those expensive unis

    ReplyDelete

Like us on Facebook