Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Pilihan Semulajadi

September 02, 2016

Bahagian intim wanita adalah antara bahagian yang paling penting dijaga setiap masa. Al maklumlah kan tempat tu biasanya lembap dan bersuhu rendah dan mudah menjadi tempat pembiakan kuman-kuman yang tidak diingini kalau tak pandai jaga. Nak jaga bahagian intim wanita ni ada macam-macam cara sama ada pakai pakaian dalam jenis kapas yang mudah mengawal peluh, memakai pantyliner yang bersesuaian dan boleh juga menggunakan pembersih kewanitaan.

Bagi aku, kalau nak guna pembersih kewanitaan tu, kenalah cari yang kurang bahan kimia atau lebih bagus cari yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi macam rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Terdapat 3 lagi rangkaian wangian pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu ini iaitu Mawar, Floral dan Gambir. Korang boleh cuba sendiri mana satu bauan yang menjadi pilihan korang. Bagi aku, bau wangian Orkid tu memang pilihan utama.  


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Orkid

Antara kesemua pembersihan kewanitaan Sumber Ayu ni, aku paling suka bau Orkid ni. Bau dia lembut je. Dihasilkan daripada haruman bunga orkid yang memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari.  


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Musk

Bagi aku bau musk ni lebih sesuai untuk lelaki sebab bau dia macam masam-masam sikit. Hahhahaha. Musk ini sebenarnya lebih kepada bau kasturi yang ringan yang mana boleh memberikan kesegaran yang optimum agar kita boleh berasa segar sepanjang hari. 


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Fruity

Bagi aku, bau pembersih wanita bau Fruity ni bau mani syang agak kuat. Aroma manis bau buah-buahan tropika ini mampu memberikan rasa bersih dan segar yang berpanjangan. Mula-mula aku agak tak suka dengan bau Fruity ni tapi lepas pakai, lama-lama bau dia makin sedap pulak. 

Untuk bau Mawar pulak, ianya lebih memberi bau ala-ala romantis yang mana ia lebih menenangkan. Mungkin kalau pakai sebelum tidur lebih elok. Bau Floral pulak ada kombinasi macam-macam jenis bunga yang memang harum. Dan paling akhir, untuk bau Gambir ini lebih kepada bau herba. Bagi aku, kalau korang suka jenis-jenis bau klasik, mungkin bauan gambir ini sesuai untuk korang.


Kelebihan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Antara kelebihan yang ada pada koleksi Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini dapat mengawal pH bahagian intim wanita pada paras pH3.5 yang mana ia merupakan paras ideal untuk memastikan bahagian intim kita berada di dalam keadaan yang sihat dan selesa.

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini boleh didapati dalam 2 saiz iaitu 90ml (RM3.60) dan 200ml (RM5.80). Korang boleh beli rangkaian produk ini di mana-mana pasaraya utama dan farmasi.



You Might Also Like

12 comments

  1. waaa sama2 ika pun suka Orchid! bau bunga yang menyegarkan <3

    ReplyDelete
  2. Kak Nina suka Rose... tapi hubby suka kan Gambir. So pakai Gambir selalu
    Hehee

    ReplyDelete
  3. This is interesting :) Nice to support affordable local products too !

    ReplyDelete
  4. Nice blog..thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. first time hearing this brand. I love the simple packaging. will try it soon

    ReplyDelete
  6. This looks like a good product. Price is affordable.

    ReplyDelete
  7. i tried it!!Nice product!!! Love the rose favor!!

    ReplyDelete
  8. Local products need to be encouraged. This looks affordable as well.

    ReplyDelete
  9. The products looks pretty good. I am always a supporter of local products!

    ReplyDelete
  10. Learnt new stuff from your sharing here. Gonna check out this new brand series for my family usage. Thanks,
    Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter