Resepi Ikan Masak Kicap Mak Siti

September 04, 2016

Resepi Ikan Masak Kicap Mak Siti. Weekend ni aku full day keluar dari pagi sampai lewat petang. Hari ni je awal pagi pergi survey hood dapur, lepas tu ke food review, lepas tu pergi survey spek mata Zuk, lepas tu pergi tukar simkad aku. Bila dah sampai rumah, dah malas dan penat nak keluar dinner tapi lapar. Gigihlah mak masak Ikan Masak Kicap campak-campak guna rempah ratus Mak Siti. Cepat siap. Sedap makan, suami pun tertawan #eh hahahahha. Meh aku share sikit resepi ikan masak kicap Mak Siti.

Bahan-bahan Resepi Ikan Masak Kicap Mudah:


Resepi Ikan Masak Kicap Mudah

Bahan A:

250g ikan
1 pek 25g Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti (bancuh dengan air)
1 biji tomato (belah empat)
1 sudu kicap soya 
2 sudu besar minyak

Bahan B (ditumbuk dan dihiris):

2 ulas bawang merah
1.5cm halia


Bahan C (dihiris halus):

1 helai daun sup
1 helai daun bawang

Cara-cara Resepi Ikan Masak Kicap Mudah:


Langkah 1:

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dengan halia sampai warna kuning keemasan

Langkah 2:

Masukkan bancuhan Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti dan tumis dengan api perlahan sampai naik bau

Langkah 3:

Masukkan sedikit air dan kicap soya.

Langkah 4:

Masukkan ikan dan maska dengan api yang sederhana, kacau perlahan-lahan hingga empuk. Angkat dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.


Resepi Ikan Masak Kicap Mudah
Siap!

Kalau korang nak tukar ikan tu ke makanan laut lain macam udang ke sotong ke ketam ke, boleh je tak ada masalah. Cara masak still sama dan boleh pakai Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti ni jugak.

Nampak senang gila kan aku masak. Memang senang pun sebab aku pakai Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti ni. 1 pek Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti berat dia 25g memang ngam-ngam sesuai untuk sekali masak. Satu paket ni baru RM1.20.


Ada lagi rempah ratus lain yang Mak Siti ni keluarkan contohnya rempah ratus untuk sup, rempah ratus untuk rendang, rempah rempah unutk masak kurma dan rempah rempah untuk masak-masak biasa. Korang boleh dapatkan rempah ratus Mak Siti ni dekat Tesco, Jusco, Aeon Jusco, Aeon Big, Sogo, Hero, CS Brother, kedai-kedai runcit dan supermarket. Tapi kalau nak beli online pun boleh. Tengok je dekat FB, website, IG atau terus wasap no dekat bawah ni.

011 1602 6692 (Dhia)


You Might Also Like

5 comments

  1. thanks for the post. now i know how to cook delicious curry fish! :D

    ReplyDelete
  2. Macam sedap juga, nak cuba resipi ini hujung minggu.

    ReplyDelete
  3. looks so delicious, you are such a great cook! i want to try it too.

    ReplyDelete
  4. Nice recipe. Might try it when free.

    ReplyDelete
  5. Ha...ha...I don't really cook though...just not my passion to cook :P however I enjoy this post with the tips and very simple cooking. Will try it one day ya...cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter