Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Golden Pearl Hotel Murah Batu Pahat Johor | Masa road trip 14 hari keliling Semenanjung Malaysia hari tu, negeri pertama aku pergi adalah Johor. Dekat Johor, kiteorang stop dekat Batu Pahat untuk stay tidur satu malam. Untuk tidur tu,  kiteorang cuma cari hotel murah di Batu Pahat je iaitu Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor.


Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Parking Hotel
Parking banyak. Tak perlu pakai kupon atau bayar untuk parking dekat sini. Kereta yang parking dekat area depan hotel waktu aku waktu malam tak lah banyak sangat tapi kuantiti die masih boleh buat kiteorang rasa selamat untuk park kereta dekat situ.

Servis Kaunter Depan Hotel
Yang jadi receptionist dekat sini perempuan Melayu. Masa mula-mula nak pergi tanya bilik, Zul sempat pergi naik check bilik nak tengok selesa atau tidak. Receptionist pun tak ada masalah nak bagi tengok. Dia pun muka sentiasa senyum walaupun waktu tu dah malam. Masa nak check out, kiteorang dah bagi kunci pada housekeeping, so bila dah sampai depan kaunter aku just inform dia yang kiteorang dah berikan kunci. Dan dia pun kata okay dan senyum.

Harga Bilik
Bilik yang kiteorang ambil hari tu Bilik Standard je. Harga untuk satu malam RM70 tanpa deposit. Bagi aku, harga tu dah okay untuk bilik yang kiteorang duduk. Lantai bilik dan toilet boleh dikategorikan sebagai bersih tapi tidaklah aku nak beri 5 bintang untuk kebersihannya. Maybe sebab bangunan dah lama. 


Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor


Bilik Hotel
Dalam bilik tu ada satu katil queen. Cukuplah untuk tidur 2 orang dewasa dan seorang budak. Tapi, kalau nak duduk 3 dewasa atau ada tambahan 2 budak tu, mungkin tak selesa sebab bilik tu memang kecil. Ruang solat pun cukup-cukup je untuk seorang antara katil dan pintu toilet. Katil dia jenis katil lama. Alas cadar dan selimut pun lama. Cadar dia siap ada bahagian koyak macam kena cucuh dek api puntung rokok lagi. 


Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Antara perabot lain yang ada dalam bilik hotel ni adalah meja solek, kerusi untuk meja solek, tempat sangkut towel, air conditioner dan television. Tapi TV tu, cuma ada channel nTV7. So mereputlah tengok channel nTV7 sebelum tidur. Dalam bilik hotel ni ada 3 point plug so kalau korang nak charge gadget korang yang banyak tu, tak ada masalah. 


Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Tandas Hotel
Pintu toilet dia jenis kaca kabur tapi kalau dari dalam tu duduk dekat dengan pintu, mungkin orang luar boleh nampak bayang-bayang orang dalam. Toilet dia kecil, muat seorang je masuk pada satu-satu masa. Bila bukak pintu toilet, akan terkena pada sinki. So, faham-faham sendiri lah sempit dia macam mana ya. Dalam toilet ada hot shower, sinki, toilet bowl jenis duduk, dan rak sangkut towel. Golden Pearl Hotel ni pun ada sediakan towel dan sabun mandi. 

Lantai toilet agak licin dan kiteorang terpaksa berhati-hati masa nak mandikan Aneeq. Hot shower dieorang tak berfungsi mungkin sebab walaupun dah tunggu lama tapi still lagi tak panas. Nasib baik lah air dia bukan jenis air yang sejuk gila tapi kesian jugak dekat Aneeq kena mandi air sejuk. Sabun mandi tak sure brand apa tapi bau pun macam hmmm. Haahhaha, so kiteorang pakai sabun yang kiteorang bawak sendiri dari rumah.

Wifi Percuma
Kemudahan wifi free disediakan tapi aku tak pakai pun sebab lebih selesa pakai data sendiri. Rasa lebih selamat kot. 

Kemudahan Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor
- Free parking
- 2 helai towel
- 2 botol air mineral
- Sabun mandi
- Tong sampah
- Wifi percuma
- 3 plug point


Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Overall, Golden Pearl Hotel ini okay dan sesuai untuk bilangan individu yang sedikit dan yang tak kisah sangat pasal bilik hotel asalkan cukup untuk tidur malam untuk sehari pun dah ok. Harga ok agak murah dan servis kaunter depan okay. Walaupun ada kekurangan di sana sini, aku okay je lah duduk dekat situ satu malam. Kalau korang planning nak datang ke sini dan mencari hotel murah di Batu Pahat, aku sertakan sekali alamat dan direction guna Google Maps. 

Alamat & nombor telefon:
6, Jalan Kencana 1A/21, Taman Pura Kencana, 
Sri Gading, Batu Pahat, Batu Pahat, Johor
+60 7-455 6280

Google Maps:


Travel tips:
Bawak sabun mandi, shampoo dan berus gigi siap-siap masa travel sebab tak semua hotel/chalet/homestay ada sediakan toiletteries macam ni. Kalau ada pun, some of them sediakan sabun mandi yang bau nya kurang menyenangkan.

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Post a Comment

14 Comments

  1. waaahhhhhh!!!! luar macam setinggan dalam macam condo...
    kikiki

    ReplyDelete
  2. Wow! It's one of the good choice hotel on Batu Pahat
    Cause the price is acceptable and facilities is enough

    ReplyDelete
  3. Not bad at all, the hotel looks neat and it is affordable too.

    ReplyDelete
  4. Budget-friendly and that's cool! My friends will like this place :D

    ReplyDelete
  5. well, doesn't sound like it's going to be the best, luxurious kind of stay but it's decent and it's extremely pocket friendly too!

    ReplyDelete
  6. Your kid seem feel really comfort about this hotel, when reach directly sleep. XD

    ReplyDelete
  7. Thanks for this info sharing, saved your post d for my reference for hotel in my next travel trip to batu pahat :) cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  8. tak ajak? hehehe.. :) i'm always an advocate for budget hotels when traveling.

    ReplyDelete
  9. The room looks clean n tidy, worth for that price :) for a night stay ain't bad though haha

    ReplyDelete
  10. Clean and cozy! Looks like a comfortable place to stay. Will definitely come here if I go to Batu pahat!

    ReplyDelete
  11. Rooms looks clean and tidy, quite helpful when looking for a budget deals.

    ReplyDelete
  12. The hotel looks cosy and budget ! suitable for backpacker

    ReplyDelete
  13. Now i know where to stay during my next visit in Johor! The price seems affordable and cozy!

    ReplyDelete
  14. Looks really simple and comfortable for short stays, at least they have the basics covered

    ReplyDelete