Terowong Sungai Lembing Tai Pei Tong, Kuantan Pahang

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing Tai Pei Tong | Waktu planning nak buat 14 Hari Trip Keliling Semenanjung Malaysia ni, banyak tempat dekat Pahang yang aku nak pergi. Tapi, disebabkan kesuntukan masa, aku plan untuk pergi ke Sungai Lembing je. Dari Pekan aku bertolak ke Sungai Lembing dan sampai dalam pukul 1 lebih.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Masuk je dalam bandar Sungai Lembing, aku tengok kiri kanan dia banyak bangunan-bangunan lama. Jujur aku cakap, sebenarnya aku suka tempat yang macam ni, yang ada bangunan-bangunan lama. Nampak cantik dan klasik sangat. Yang buat bertambah klasik nya Sungai Lembing ni, dekat tengah-tengah jalan raya, ada beberapa batang pokok besar gedabak macam dalam gambar dekat atas ni. Kalau korang datang dan tengok sendiri dekat Sungai lembing, mesti lagi cantik. Pokok dia besar gilaaaa. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Disebabkan perut dah lapar, kiteorang singgah tempat rehat Sungai Lembing ni untuk makan. Dekat sini ada beberapa kedai makan yang bukak. Tapi Mak dah siap-siap tapaukan kiteorang dengan nasi putih, ayam masak merah dan daging bakar dari rumah. Hohohoho, jimat duit makan. Terima kasih mak. Mak mak memang macam tu kan? Asal balik je, mesti masak banyak-banyak siap suruh tapau lagi.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Bila dah kenyang, kiteorang pun duk tengok-tengok apa nak buat dekat Sungai Lembing nya. Planning asal nak pergi Air terjun Pelangi dekat Sungai Lembing tapi mengenangkan kena jalan jauh masuk hutan, panjat bukit dengan nak bawak Aneeq ni, hmmm. Nanti-nanti lah kot. Stamina aku pun tak berapa kuat nak buat benda-benda macam tu. Depan tempat rehat tu ada macam bangunan besar. Kiteorang nampak ada shuttle bus yang boleh bawak korang keliling satu bandar Sungai Lembing tu. So, kiteorang pun pergi lah masuk ke bangunan tu untuk tanya pasal shuttle bus tu. 

Akak tu duk explain-explain, dia kata shuttle bus tu akan bawak kiteorang keliling satu Sungai Lembing ni dengan harga RM23.85 untuk dewasa dan RM12.40 untuk kanak-kanak. Kiteorang duk compare compare harga, kalau pergi sendiri sebenarnya lagi murah. So, kiteorang prefer bawak kereta sendiri jelajah Sungai Lembing ni.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Tempat yang kiteorang pergi dekat Sungai lembing ni adalah Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing Tai Pei Tong.  Kalau korang duduk dekat bawah pintu gerbang ni, nanti korang akan dengar ada lagu nyanyi pasal Tai pei Tong ni.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Dekat atas ni aku share dengan korang harga tiket nak masuk ke dalam Sungai Lembing Mines ni. Bagi aku kalau harga ni dia kurangkan jadi RM10 lebih berbaloi kot. Hahahhaha bahasa kedekut punya orang kan aku ni.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini train yang akan bawak kiteorang masuk suku perjalanan ke dalam lombong bijih timah ni. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Tempat duduk dia muat lah 2 orang duduk dalam satu tong tu. Train ni sebenarnya train yang bawak pelombong-pelombong masuk ke dalam lombong untuk buat kerja.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini pintu masuk ke dalam lombong Sungai Lembing. Masa mula-mula train ni nak bergerak, bunyi agak bising. Aneeq pun macam terperanjat jugak. Tapi lama-lama dia okay je. Sekejap je naik train ni. Tak sampai suku perjalanan dalam lombong ni pun. Dia saja nak bagi pengalaman pada kita masuk lombong naik train ni. Lepas tu, kita kena jalan sendiri masuk dalam lombong. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini salah satu kawasan dalam lombong. Aku rasa ni kawasan lombong yang paling besar yang dieorang bagi kita masuk untuk tengok. Ada air menitik-nitik dari bumbung. Tempat ni berpagar mungkin tak nak bagi orang masuk sampai ke hujung belakang sana.

Ada satu lagi kawasan yang mana korang kena naik atas ikut tangga sebab train dia dah rosak. Dekat atas tu, kiteorang gilir-gilir naik sebab tak nak dukung Aneeq naik sebab rasa bahaya. Tangga dia terlalu kecil dan tinggi dan gelap. So, gilir-gilir naik. Waktu aku naik tu, aku sorang-sorang tak ada orang lain. Seram jugak rasa macam ada orang yang tengah perhatikan aku. Dekat kawasan tu pulak ada beberapa patung pelombong, lagi tambah lah seram aku. Aku duduk tak lama pun bahagian tu, terus turun bawah sebab rasa seram. 

Waktu berjalan dalam lombong tu, makin dalam rasa makin tertekan sebab udara makin kurang. Nafas pun rasa macam lebih laju. Selalu jugak aku kena check Aneeq takut dia rasa tak selesa atau tak dapat nak bernafas dengan elok. Tapi, aku tengok dia okay je. Aku panggil, dia pun sahut baik. So, tak ada lah aku risau sangat.

Kalau korang berjalan dalam lombong tu nanti, korang kena berhati-hati sikit dan better pakai kasut bertutup sebab jalan dia tak ada lah stabil sangat. Batu sana sini. Tapi, jangan risau sunyi ke apa sebab diaorang ada pasang radio sepanjang dalam lombong tu. Bumbung lombong ni ada yang rendah ada yang tinggi. So, bagi yang tinggi lampai tu berhati-hati sikit lah.

Sepanjang perjalanan dalam lombong tu ada beberapa booth interactive yang korang boleh cuba (walaupun semuanya rosak waktu aku pergi hari tu). Dan ada jugak beberapa patung pelombong yang ada dalam lombong. Jangan terkejut pulak.  

Dalam lombong ni, awal-awal masuk tu rasa sedap sangat. Angin sejuk bertiup. Kuat jugak angin dia. Tak tahu lah dari mana masuknya angin tu. Tapi semakin korang ke dalam, semakin kurang angin dan semakin panas korang rasa. Aku ni dah lah dukung Aneeq, berpeluh jugak lah rasanya. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini pulak pintu keluar lombong. Happynya dapat keluar ni bukan main sebab dah tak larat nak dukung Aneeq yang dah makin berat ni. Waktu nak keluar ni angin dia pun sedap je.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Selfie sikit dekat pintu keluar Lombong Bijih Timah Sungai Lembing ni. Bagi aku, Lombong Bijih Timah Sungai Lembing ni merupakan salah satu tempat menarik di Pahang yang korang kena cuba. Mungkin nampak tak menarik bagi korang, tapi belum pergi belum tahu betul tak. Macam aku jugak, masa awal-awal nak masuk tu rasa, what? Berbaloi ke pergi sini? Best ke? Serius tempat ni menarik sebenarnya. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Dekat bahagian luar lombong ada replika kereta api tangan ni. Boleh je bergerak kalau korang rajin nak kayuh guna tangan. Tapi aku tak larat kayuh sorang-sorang. Dia kena kayuh berdua.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ada satu tempat yang sangat cantik kalau korang nak ambil gambar dekat area lombong ni. Lepas keluar dari lombong ni, jalan ke depan sikit, korang akan nampak tangga naik ke atas bukit. Ha, dekat situ, korang boleh dapat gambar yang cantik macam dekat atas ni.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Bahagian luar lombong ni panas sangat kalau korang datang waktu-waktu petang. So, better korang bawak topi sekali. Overall, aku suka sangat tempat ni. Memang salah satu tempat menarik di Pahang korang patut pergi. Tapi aku lagi suka kalau harga tiket dia boleh kurangkan sikit. Baru betul-betul berbaloi dan dapat attract lebih ramai pengunjung.  

Sedikit tips sebelum korang datang sini:
1. Orang yang sakit tak boleh masuk untuk keselamatan
2. Perempuan yang hamil dan bayi tak digalakkan masuk
3. Simpan semua cermin mata atau barang yang senang hilang elok-elok
4. Tak boleh merokok, minum atau makan dalam lombong
5. Tak boleh bawak binatang peliharaan
6. Sila pakai kasut sukan atau kasut bertutup yang selesa
7. Tak boleh minum alkohol atau ambil dadah

Nah, kalau korang nak pergi jugak ke sini, aku ada sertakan sekali alamat dan direction dalam Google Maps. Have fun!

Alamat & nombor telefon: 
Lombong Bijih Timah Bawah Tanah sungai Lembing,
26200 Sungai Lembing, Pahang

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad
(9 pagi hingga 6 petang)

Google Map

Travel tips: 
Sebelum pergi sesuatu tempat nak korang nak lawati tu, check dulu maklumat berkenaan dengan tempat tu. Tengok maklumat pasal harga tiket, tengok pasal bila waktu operasi dia dan tengok mungkin ada age limit atau height limit supaya nanti bila dah sampai tempat tu, tak lah tiba-tiba tak boleh masuk sebab dah tutup ke apa ke.

Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Post a Comment

2 Comments

  1. hebatnya... orang yang dekat ni pun tak jejak lagi.. macam fad cakap la.. ada apa je kat sungai lembing tu..haha..

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk tips..
    boleh terjah nanti..

    ReplyDelete