3 Sebab Anda Perlu Layari Internet Dengan Salam Browser

3 Sebab Anda Perlu Layari Internet Dengan Salam Browser | Sekarang ni aku memang banyak habiskan masa dengan melayari internet untuk research pasal topik yang aku kena tulis. Dan selalu jugak, aku terklik link-link yang sebenarnya iklan-iklan tak elok sebab dieorang menggunakan tajuk-tajuk artikel yang lebih kepada click bait. Aku sure sangat mesti yang ramai tertipu dengan click bait macam ni kan?

Aku rasa kadang-kadang tak selamat nak online sebab takut klik link virus ke klik link yang maybe boleh buat orang collect segala maklumat pasal kita terutamanya maklumat peribadi dan maklumat kewangan. Untuk elak maklumat-maklumat macam ni terlepas ke tangan yang tak sepatutnya, aku akan pakai Salam Browser - Browser Halal Pertama Di Dunia.

Salam Browser

Salam Browser ni adalah pelayar web patuh syariah yang dikatakan mampu menyekat lebih 1.4 juta laman web yang mengandungi content-content yang berunsurkan maksiat, perjudian dan lain-lain kandungan yang boleh bawak mudarat pada kita semua. Salam Browser ni ada banyak kelebihan daripada browser yang sedia ada contohnya:


3 Sebab Anda Perlu Layari Internet Dengan Salam Browser  


1. Sekat Iklan Dan Kandungan Yang Tidak Sesuai

Aku memang pantang sangat bila tengah-tengah online untuk buat research, sekali keluar macam-macam jenis iklan yang annoying. Salam Browser ni boleh block mana-mana iklan-iklan yang menggunakan click bait atau spam. 

Kalau korang guna Facebook, korang siap boleh baca summary untuk artikel sesuatu link tu untuk pastikan artikel tu bukannya spam. Biasalah kan ada blog yang guna tajuk-tajuk gempak sebagai click bait. So, korang boleh klik butang Summary dan baca ringkasan artikel atau boleh tengok video yang ada.

Salam Browser

2. Tingkatkan Privasi Dalam Talian

Salam Browser ni datang sekali dengan VPN supaya IP dan lokasi korang tak terdedah kepada mana-mana website. So, mana-mana website pun susah nak trace korang masa online. Kalau nak shopping online pun rasa selamat je.

Salam Browser pun ada "Igcognito" mode yang membolehkan setiap aktiviti online korang tak akan direkodkan dalam history browser. So, lepas ni tak payah dah nak clear history bagai. Data-data korang semua akan selamat walaupun share komputer dengan orang lain.
Salam Browser


3. Layari Internet Dengan Lebih Laju

Siapa yang tak nak online dengan laju kan? Mesti korang tak suka tengah-tengah online tengok video dekat Youtube tiba-tiba tersekat. Aduh sakit jiwa. Tapi kan, dengan Salam Browser ni, korang boleh tengok video dengan lebih laju. In case korang tengah online guna line internet yang slow, korang boleh pilih untuk paparkan video pada kandungan HD saja atau download kandungan audio melalui butang download yang disediakan.
Salam Browser

Tapi Salam Browser sekarang ni boleh di download dan digunakan oleh pengguna Windows saja. Yang pakai phone Android piun, korang boleh download dan install didDengar phone masing-masing. Dengar kata iOS coming soon. So, buat masa sekarang, pengguna-pengguna Windows dan Android boleh download Salam Browser dekat SINI.


Post a Comment

4 Comments

  1. Ok.. nanti kita nak download juga..

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dengar term 'click bait'.

    ReplyDelete
  3. kalau dulu bila bw tu memang banyak la popup keluar..siksa betul.ada yang terinstall sendiri pun ada..sekarang dah pakai salam browser rasa tak payah fikir2 pasal benda2 tu lagi..

    ReplyDelete