5 Tempat Menarik Sempena Cuti Sekolah Dengan Traveloka Year End Holiday Promotion

5 Tempat Menarik Sempena Cuti Sekolah Dengan Traveloka Year End Holiday Promotion | Hujung bulan ni mesti mak ayah dah siap-siap ambil cuti sempena dengan cuti sekolah kan? Biasalah bila dah hujung-hujung tahun ni mestilah nak berjalan-jalan dengan family betul tak? Alang-alang sempena dengan cuti sekolah tak lama lagi ni, aku nak kongsikan dengan korang 5 tempat menarik yang korang boleh bawak anak-anak korang pergi bercuti sempena dengan school holiday ni.


5 Tempat Menarik Sempena Cuti Sekolah 


Legoland

1. Johor – Legoland

Aku rasa Legoland Malaysia ni tak perlu diperkenalkan lagi kot. Semua orang dah tau. Legoland ni besarrrrr sangat. Jadi, kalau korang planning nak bawak family ke sini, memang kena datang awal-awal pagi atau tidur satu malam supaya korang boleh main kesemua permainan dekat sini. Legoland ni ada dua main attraction selain daripada hotelnya yang mengikut tema. Attraction lain itu adalah Theme Park dan Water Parknya. 

Lost World of Tambun

2. Perak – Lost World of Tambun

Sunway Lost World of Tambun ni aku rasa bukan budak-budak je yang suka, mak bapak pun mesti suka sebab ada spa best. Dekat sini selain daripada hotel dan hotsprings & spa, ada jugak theme park dan night park. Attraction dekat theme park dia adalah Water Park, Amusement Park, Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley dan Adventure Park. Night Park pulak ada performance Flaming Percussions dan Tales of the Tribe. 

Petrosains

3. Kuala Lumpur – Petrosains

To be honest, aku pernah kerja dekat Petrosains jadi volunteer dekat sana dan aku dengan penuh confident nya boleh cakap, anak-anak korang akan enjoy bila datang sini sebab boleh belajar macam-macam pasal ilmu Sains dalam keadaan yang menyeronokkan dan tak formal. Dekat sini ada beberapa exhibit yang menarik iaitu Dark Ride, Space, Geotime Diorama, Sparks, Oil Platform, Speed, Molecule Nano World, 3D Theatre, Music Art Science dan Exit Ride. 

Bukit Gambang Resort City

4. Pahang – Bukit Gambang Resort City

Dekat Bukit Gambang Resort City ni, selain daripada 3 jenis penginapan yang selesa, ada dua main attraction dia iaitu Water Park dan Safari Park. Water Park Bukit Gambang ni memang sesuai untuk budak-budak sebab tak ekstreme sangat. Safari Park Bukit Gambang pulak merupakan Zoo Safari terbesar di Malaysia. Safari Park ni ada 2 zon iaitu Zon Berjalan dan Zon Tram Drive-through. Yang lebih menarik, dekat sini ada day dan night park district. 

The Shore Oceanarium

5. Melaka – The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium ni terletaknya dekat Tingkat 2 The Shore Shopping Gallery di tengah-tengah bandar bersejarah Melaka. Dekat sini ada 12 main attraction yang korang boleh layan iaitu Interactive Touch Pool, Sea Shells Museum, Magic Aquarium, River Story, Jungle Quest, Dangerous Marine Species, Ocean Journey, Living Fossil, Ocean Theatre, Fun Freakish, Shark Quest dan Kampung Penyu. Setiap attraction ni berbeza antara satu sama lain dan korang tak akan rasa bosan sebab korang boleh pegang dengan tangan beberapa hidupan laut contohnya gamat, landak laut dan tapak sulaiman.

Bila dah pergi tempat-tempat macam ni, mesti korang tercari-cari mana hotel nak duduk kan. Aku biasanya tak kisah sangat kalau duduk hotel-hotel murah tapi sejak ada anak ni, kena fikir kan jugak lah keselesaan anak kan. Tak kan nak bagi anak duduk hotel yang cikai-cikai kan. Tapi nak cari hotel yang selesa tu mesti harga dia pun agak mahal, betul tak?

Kat sini lah yang kita kena pandai. Dah hujung-hujung tahun ni, biasanya Traveloka ada buat Year End Holiday Promotion tau. Aku dah tengok website diaorang. Memang banyak hotel-hotel yang tengah bagi diskaun kaw kaw sekarang. Korang boleh tengok dekat sini https://www.traveloka.com/en-my/promotion.


Traveloka Malaysia

Dalam website Traveloka ni, bukan hotel-hotel dekat Malaysia je yang tengah ada diskaun. Hotel di Indonesia dan Singapura pun boleh tahan diskaun dia. Kalau yang tengah planning nak pergi Indonesia atau Singapura, boleh lah pergi book hotel di https://www.traveloka.com/en-my/. Dekat website Traveloka ni terdapat lebih kurang 100 buah hotel di Malaysia, Singapura dan Indonesia boleh dipilih sebagai destinasi korang.

Kalau nak senang, korang download je apps dieorang. Dieorang pun dah ada apps sekarang so senang lah korang nak book hotel masa tengah berjalan. Tak payah nak bawak laptop ke nak singgah cyber café untuk book hotel . Guna apps pun dah boleh book hotel murah. So, yeah. Selamat bercuti sakan semua orang!

  

Post a Comment

4 Comments