Apa Akan Jadi Bila Donald Trumps Menang Jawatan Presiden US?

Apa Akan Jadi Bila Donald Trumps Menang Jawatan Presiden US? | Dari semalam aku berdebar menunggu keputusan orang US mengundi Presiden baru diaorang. Nak tau jugak siapa yang dieorang pilih, Hillary Clinton ke Donlad Trump. Walaupun kedua-duanya bagi aku memang bukan pilihan untuk jadi Presiden pun, tapi paling koman pun aku tak nak Trump yang menang sebab sentimen anti-Islam dia tu terserlah sangat.

Donald Trumps Menang Jawatan Presiden US

Tapi hari ni, yes. Secara officialnya Donald Trump dah menang dan dah pun jadi Presiden US yang ke 45. Apa Akan Jadi Bila Donald Trumps Menang Jawatan Presiden US? 


"Kemenangan calon presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan Donald Trump pada pilihan raya presiden November ini mungkin menyebabkan sehingga 10.2 juta orang termasuk rakyat Malaysia dihalang memasuki negara itu, menurut perkiraan CNN."

Yang bakal dilarang masuk ke US ni disebabkan kita ni dikatakan berasal dari bahagian dunia yang 'terbukti ada sejarah keganasan dalam menentang Amerika Syarikat, Eropah dan negara bersekutu'. Senang cakap, itu kata-kata kiasan untuk kita yang beragama Islam. Antara negara yang disenaraikan dalam senarai larangan masuk Amerika Syarikat tu adalah Malaysia, Somalia, Libya, Mali, Iraq, Lubnan, Filipina, Indonesia. Afganistan, Pakistan dan Yaman.

Orang-orang kita memang banyak dekat US ni. Bukan setakat student malah yang buat bisnes-bisnes besar jugak. Aku harap dieorang yang ada dan masih kekal duduk di sana akn selamat sentiasa terutamanya student lah. 

"NEW YORK: Calon parti Republik, Donald Trump, berjanji pada Ahad dalam sebuah pertemuan bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel tanpa dikongsi dengan sesiapapun, sekiranya beliau terpilih menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS)."

Donald Trump memang secara terang-terangan anti-Islam. Dan Israel pulak dah memang jadi sekutu AS. Era kewujudan negara Palestin memang dah pasti akan berakhir. Dalam kempen dia sebelum menang jadi presiden AS, Trump ada cakap yang dia akan iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pada aku kalau dah diiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, rakyat Palestin dah tak ada tempat untuk tinggal. Semuanya sikit-sikit akan jadi pendatang. Perang pun tak akan berhenti sampai sini je. 

Apa lagi yang korang rasa akan berubah selepas Donald Trump ni ambil alih tampuk pemerintahan Amerika Syarikat bermula Januari tahun depan?




1 comment... add one now

TunSha Ayunie TunSha Ayunie 10 November, 2016
Dengar kata nanti nilai matawang makin jatuh, silap2 kita kembali ke era 30an. Gitu-gitu la yang aku ada baca.