Box of Joy By Lazada – Online Revolution 2016

November 18, 2016

Box of Joy By Lazada – Online Revolution 2016Ingat tak dekat entry yang ini aku ada kongsi dengan korang pasal Box of Joy dari Lazada sempena dengan Lazada Online Revolution tu? Aku ada tunjuk Box of Joy dengan korang kan tapi aku tak bagi tau apa exactly yang ada dalam box tu kan. Ha, dalam entri kali ni, aku nak tunjuk dekat korang sebijik sebijik apa yang ada dalam kotak Box of Joy tu. 

Box of Joy Lazada Online Revolution 2016

Ini dia Box of Joy daripada Lazada tu. Boleh tahan banyak barang dalam dia. Kotak dia pun besar. Barang dia pun banyak sampai tak muat dalam kotak tau. Seronok betul bila aku dapat Box of Joy ni. Rasa macam dapat hadiah hari lahir.
Antara barang yang ada dalam Box of Joy by Lazada ni:

Box of Joy By Lazada Online Revolution 2016
Logitech Bluetooth Speaker ni portable dan senang nak guna. Cuma perlu tekan satu butang untuk sambungkan speaker dengan smartphone atau pun tablet.

Box of Joy By Lazada Online Revolution 2016
Siapa lah yang dalam Malaysia ni tak pernah makan Maggi kan. Ni first time aku makan Maggi Royale White Tom Yam. Rasa dia boleh tahan sedap. 

Box of Joy By Lazada Online Revolution 2016
Mamypoko Gentle Baby Wipes ni akan diberikan secara PERCUMA kalau korang beli lampin bayi jenama Mamypoko yang terpilih.  

Box of Joy By Lazada Online Revolution 2016
Beg Ola Bola Milo ni juga akan diberikan secara PERCUMA kalau korang beli Milo yang terpilih. Beg ni sederhana besar. Boleh buat bawak balik kampung atau bawak barang pergi bersukan.

Box of Joy By Lazada Online Revolution 2016
Nescafe White Coffee rasa pandan. Ini pertama kali aku jumpa dan pertama kali aku rasa. Sedap memang sedap. Bila minum aku rasa macam makan kuih muih Melayu pulak.

Box of Joy By Lazada Online Revolution 2016
Mythic Oil dari Loreal ni sesuai untuk semua jenis rambut. Minyak ni dihasilkan daripada gabungan minyak avocado dan minyak biji anggur.

Box of Joy By Lazada Online Revolution 2016
SanDisk Ultra Dual Drive ni gunanya unyuk backup segala data dalam korang punya gadget Android. Dia ada 2 point – satu micro USB untuk cucuk ke gadget Android dan satu lagi untuk cucuk ke komputer.

Box of Joy By Lazada Online Revolution 2016
Tefal Hand Manual ni memang best. Boleh potong segala benda nak masak dalam masa yang singkat dan tanpa menggunakan elektrik. Saiz pun kecil senang nak simpan dan bawa keluar.

Semua barang yang aku dapat dalam Box of Joy ni memang best-best. Patut lah namanya pun Box of Joy. Kalau korang nak dapatkan jugak barang-barang yang aku kongsikan dengan korang dekat atas tadi ni, korang boleh dapatkan dekat Lazada dengan harga yang jimat sempena dengan diaorang punya Lazada Online Revolution yang bermula pada 11.11.2016 hingga 14.12.2016.

Lazada Online Revolution 2016

You Might Also Like

4 comments

Like us on Facebook