Day 5: Pantai Penarik, Kampung Kraftangan Kelantan, Restoran Nasi Ulam Cikgu, Pasar Siti Khadijah dan Qas Hotel

Day 5 (Kelantan): Pantai Penarik, Kampung Kraftangan Kelantan, Restoran Nasi Ulam Cikgu, Pasar Siti Khadijah dan Qas Hotel  | Dah lama tak updat epasal Traveloq 14 Hari Keliling Malaysia. Dah dua bulan berlalu, susah jugak nak update pasal travel ni rupanya.


Tempat Menarik Di Kelantan

Pagi hari kelima trip kiteorang, kiteorang bangun dan bersiap-siap terus untuk breakfast. Kitoerang breakfast dekat Pasar Payang. Hari sebelumnya planning nak pergi Pasar Payang tapi sebab ralik ambil gambar dekat Street Art Kuala Terengganu, sampai pukul 6 petang lebih baru kiteorang pergi ke Pasar Payang. Rupanya Pasar Payang tutup pukul 6 petang. Jadi pagi esoknya, kiteorang jejakkan kaki ke Pasar Payang jugak untuk breakfast roti canai dan jalan-jalan dalam Pasar Payang beli fridge magnet.

Lepas tu kiteorang mulakan perjalanan ke Kota Bharu Kelantan. Perjalan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu ambil masa dekat 3 jam jugak. Jadi kiteorang singgah sekejap dekat Pantai Penarik untuk rehatkan badan dan aku nak cari toilet. Sakit perut. Pantai Penarik ni cantiknya pasir dia. Tapi pantai dia nampak macam dalam je. Tak berani nak mandi.

Lepas rehat regangkan badan, ambil gambar dan pergi ke toilet, kitoernag teruskan perjalanan ke Kota Bharu. Tempat pertama yang kiteorang tuju adalah Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terletak dekat Kampung Kraftangan Kelantan. Makanan dia MasyaAllah sedap sangat walaupun hanya ikan keli goreng. Murah pun murah sangat, rasa nak menangis aku sebab murah tau. Sampai waktu nak bayar pun aku masih tanya adik yang kira tu, air dah kira ke? Ikan dah kira ke?Aku ada buat review sikit pasal Restoran Nasi Ulam Cikgu dekat sini


Lepas kenyang makan, kiteorang jalan-jalan sekejap dekat Kampung Kraftangan Kelantan ni. Dekat sini bangunan dia memang buat daripada kayu dan masih kuat lagi. Dekat sini jugak kiteorang cari fridge magnet untuk kenang-kenangan. Entry pasal Kampung Kraftangan boleh baca dekat sini. 



Lepas puas berjalan dekat Kampung Kraftangan Kelantan, kiteorang pergi ke Pasar Siti Khadijah. Waktu kiteorang sampai ni pun dah pukul 4 petang lebih. Dekat sini kiteorang jalan-jalan sambil tengok apa yang ada dekat Pasar Siti Khadijah nak buat makan-makan dalam kereta. Ada lah sikit-sikit aku beli makanan macma dodol, keropok dan gula-gula.
   

Waktu dekat sini aku ada jumpa kawan masa belajar Degree, Ain. Saja je lah jumpa sebab lama dah tak borak-borak. Tak lama pun borak, kejap je. Lepas beli barang dekat Pasar Siti Khadijah, kiteorang berjalan ke bangunan sebelah (aku tak ingat bangunan apa). Sebabnya aku nak beli pampers Aneeq, dah nak habis. Dalam pukul 8 malam macam tu, kiteorang gerak pergi ke Jeli untuk tidur satu malam di Qas Hotel. Mesti korang rasa, mak aih jauh gila dari Kota Bharu pastu tidur dekat Jeli pulak. Sebenarnya kiteorang nak gerak dari Kelantan ke Pulau Pinang melalui Grik. Dengar cerita Grik tu agak bahaya sebab ada gajah selalu melintas dan jalan pulak jauh. So, kiteorang planning nak gerak siang supaya tak terserempak dengan benda-benda bahaya dekat Lebuhraya Grik tu.    

Inilah dia Hotel Qas tu. Walaupun jauh terceruk tapi servis dan tempat nya boleh tahan jugaklah walaupun kiteorang terlepas tempat ni. Kiteorang terpaksa patah balik, baru jumpa. kalau nak baca entry pasal Hotel Qas, boleh baca dekat sini 

Dekat bawah ni trip yang kiteorang ambik masa gerak dari Kuala Terengganu ke Jeli Kelantan. Dari Kuala Terengganu memang kiteorang lalu ikut tepi pantai tapi bila dah masuk Kota Bharu, dah masuk ke dalam lah. Trip kali ni lebih banyak dekat atas jalan berbanding berjalan-jalan sebab jauh perjalanannya. 

Total expenses hari keempat: RM202.52
- Lunch (RM13.80)
- Beli barang dekat Pasar Siti Khadijah (RM15.00)
- Minyak (Rm48.72)
- Hotel (RM105)
- Dinner (RM20.00)  

Travel tip:
Kalau travel dalam Malaysia, cuba korang lalu jalan tepi pantai dan tak lalu jalan highway. Banyak gila tempat jalan yang korang akan jumpa.

Nak baca pasal next trip? Ada 6 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).

Post a Comment

5 Comments

  1. bestnya leh jln2 n shopping di kelate, kan?

    ReplyDelete
  2. Makanan kat Nasi Ulam kg kraftgn tu mmg fresh dan murah...setiap kali blik kg & pi KB akk tak miss mkn kt situ. Tepi Pantai Penarik tu kalau pekena keropok lekor panas2..perhhh..tambah berpingga-pinggan..keropoknya byk ikan n sos pun sdp..hihi

    ReplyDelete
  3. Murah mkn kt nasi ulam cikgu tu.. Fav ikan keli tu

    ReplyDelete