Fadzi Razak Dalam FB Live Dear Nestle

November 24, 2016

Fadzi Razak Dalam FB Live Dear Nestle | Awal bulan November ni, 2 hari bulan November 2016 to be exact, rumah aku dikunjungi oleh team Dear Nestle dengan Chef Muluk dan Jojo Struys sebab diaorang nak buat cooking demo dan nak ajar aku cara-cara bersenam yang betul. Aku excited gila sebab selebriti datang rumah huhuhu.


Fadzi Razak di media

Ni waktu team Dear Nestle datang ke rumah aku untuk prepare barang-barang untuk masa dan setting tempat. Dieorang setup dua tempat. Satu tempat untuk aku dan Jojo berborak. 

Fadzi Razak di media

Dan satu lagi setup untuk tempat Chef Muluk buat demo memasak. Demo memasak kali ni simple je, Chicken Sandwich dengan Corn Flakes.

Fadzi Razak di media

Tada! Ini lah hasilnya Chicken Sandwich Corn Flakes. Sedap. Roti dan ayam tu lembut, ditambah dengan manis-manis sayur-sayuran macam lobak, brokoli dan jagung. Lepas tu, Chef Muluk tabur corn flake atas roti. Bila dah tambah corn flakes tu atas roti, dia tambah tekstur yang berbeza pada Chicken Sandwich ni. So ada tekstur lembut dan ada tekstur ranggup.  

Fadzi Razak di media

Dengan Jojo. Cantiknya dia ni. Cakap pun sweet sangat. Lembut. Walaupun sekejap je dengan Jojo, aku rasa selesa sangat dengan dia. Jojo pun jenis yang banyak cakap. Banyak yang dia ajar aku pasal cara bersenam yang betul. Dan jujur aku cakap, Jojo ni positif sangat orangnya. Masa berborak dengan Jojo, dia bercerita pasal benda-benda yang sedap didengar je.  

Fadzi Razak di media

Ini pulak Chef Muluk. Chef Muluk ni peramah sangat orangnya. Aku yang jenis pemalu pun jadi tak kekok nak berborak dengan dia. Kalau berborak dengan Chef Muluk, memang banyak je ceritanya.  

Fadzi Razak di media

Ni lepas habis shooting. Shooting demo memasak dan demo exercise dengan Chef Muluk dan Jojo memang seronok. Pengalaman baru aku dapat sepanjang 2 tahun jadi blogger ni. Serius seronok sebab dapat jumpa ramai orang yang positif. Dan lagi seronok bila dapat beraksi depan kamera walaupun hanya untuk Facebook Live Dear Nestle.

Aku teringat lagi impian aku masa muda-muda dulu nak ada rancangan TV sendiri. Nak jadi host pergi jalan-jalan travel dalam malaysia dan cuba macam-macam jenis makanan Malaysia. Kuat berangan kan? Hahahahha.  

Fadzi Razak di media

Zul, Aneeq, Chef Muluk, aku dan Jojo. Aneeq muka monyok sebab baru penat baru lepas main dekat playground bawah rumah. Masa shooting Aneeq tak boleh ada sebab nanti dia bising. Hahahha.

Oh ye, kalau korang nak tengok cooking demo dari Chef Muluk dan rutin exercise yang Jojo ajar pada aku, korang boleh tengok dekat video di bawah.

Dalam banyak-banyak produk Nestle, aku suka susu kotak dia sebab murah dan sedap. Satu lagi yang buat aku suka susu kotak dia sebab packaging dia simple tapi menarik. Sebenarnya baru aku tau, Nestle ni banyak produk bawah satu jenama. Korang boleh jumpa susu kotak, makanan bijiran, susu kanak-kanak, Milo, kopi, Nestum, instant noodle, perasa masakan, kicap, sos dan banyak lagi.

Alang-alang sekarang ni Nestle dah boleh dibeli secara online dekat Lazada dan Lazada pun tengah buat Lazada Online Revolution - sale besar-besaran, apa kata korang beli je barang-barang Nestle dekat situ. Jimat duit dan jimat masa!



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook