Fenomena Supermoon 14 November 2016

November 14, 2016

Fenomena Supermoon 14 November 2016 | Kecoh jugak beberapa hari ni dengan fenomena Supermoon yang akan berlaku pada malam ini. Aku sebenarnya pun baru tahu pasal fenomena ni nak berlaku. Nampak sangat tak kisah hal dunia kan. Hahaha, tapi kan, alang-alang dha tahu, aku pun nak bersama-sama jugak tengok fenomena yang dikatakan gempak ini.

Fenomena Supermoon 14 November 2016

Fenomena Supermoon 14 November 2016

Apa yang dimaksudkan dengan fenomena Supermoon ni? Fenomena Supermoon ni sebenarnya adalah satu fenomena astronomi yang mana bulan akan berada dalam kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee). Fenomena ni akan mula kelihatan pada pukul 7.24 malam dan akan berada dalam fasa penuh pada pukul 9.54 malam.

Keadaan perigee ketika fasa bulan penuh/purnama ni akan menyebabkan bulan nampak lebih besar dari biasa. Tapi sebenarnya saiz bulan tak pernah berubah. Sebelum ni, fenomena ni pernah berlaku pada 6 Mei, 23 Jun, 10 ogos dan 28 September. Tapi pada 14 November ni kecoh sebab ni merupakan supermoon yang paling dekat dengan BUmi sejak 68 tahun yang lepas. Next seupermoon yang terdekat dengan bumi akan terjadi dalam masa 18 tahun lagi.   

Fenomena Supermoon 14 November 2016

Tarikh Dan Masa Supermoon

Korang boleh get ready besok untuk tengok sendiri dengan mat akepala korang fenomena yang menarik ini. Tarikh dan masa adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 November 2016
Masa: Bermula 7.24 malam hingga fasa penuh 9.54 malam
Tempat: Di mana-mana 

kalau korang nak tahu update pasal fenomena Supermoon 14 November 2016 ni, korang boleh tengok website, Facebook dan Twitter Angkasa.


Doa-doalah malam ni tak hujan supaya kita boeh tengok fenomena Supermoon 14 November 2016 ni dengan jelas dan terang. 



You Might Also Like

2 comments

  1. singgah pagi isnin
    semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  2. Aku nak tengok ni tak sabar

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter