Harga Minyak Masak Dan Petrol Naik November 2016

November 02, 2016

Harga Minyak Masak Dan Petrol Naik November 2016 | November 2016 ni memang bulan yang agak gila kot. Semua benda nak naik harga. Minyak masak. Minyak petrol. Dan akan datang dengar dengarnya tol pun nak naik harga jugak. Dan dengar kata lagi, insurance dan kad kesihatan pun nak naik jugak.

Harga Minyak Dan Petrol November 2016

Semua harga minyak petrol RON97, RON95 dan diesel naik harga sebagai 15 sen. Kalau lihat pada berita, harga minyak dunia turun tapi harga minyak Malaysia makin naik pulak. 
RON97: RM2.30
RON95: 1.95
Diesel: 1.90 

Harga minyak petrol November 2016


Harga Minyak Masak November 2016

Pasal harga minyak petrol satu hal. Satu hal lagi pasal harga minyak masak. Pun naik harga. Siap ada notis kenaikan harga dah tersebar dekat Whatsapp. Ada yang kata palsu.  

Harga minyak masak November 2016

Tapi dah ada bukti pulak dari beberapa orang yang tunjuk gambar harga minyak masak dah naik.

Harga minyak masak November 2016

Mesti ramai sekarang yang agak rasa tertekan dengan kenaikan harga minyak petrol dan harga minyak masak yang melambung-lambung ni. Apa lagi yang kita boleh buat? Aku harap sangat semua orang mampu bertahan.

Aku cuma makin takut sekarang sebab dalam tekanan hidup ni, makin banyak aku dengar kes-kes ragut dan sebagainya. Aku rasa salah satu faktornya adalah kos sara hidup yang sangat tinggi di Malaysia sekarang. Aku doa sangat keluarga aku hidup dalam keadaan yang baik-baik je sampai bila-bila. 

    


You Might Also Like

1 comments

  1. Naik ke turun ke 2 bahan nie, kita tetap akan guna juga..
    Nak jimat kat mana, jika bahan keperluan bukan kehendak semata-mata..

    Apa terjadi sekali pun kita kena hadap juga hari2..Mungkin hari ini je bising2 esok2 hidup cam biasa juga..huhuhu

    Posting terbaru AM
    Serangan Jantung : Langkah Yang Mampu Menyelamatkan Nyawa


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter