Pelikan Art Camp Dan 30% Back To School Sale Pelikan Malaysia

Pelikan Art Camp Dan 30 % Back To School Sale Pelikan Malaysia | Sekarang ni dah masuk pun cuti sekolah. Ada yang pening fikir nak bagi anak-anak buat apa tak? Aku nak kongsi dengan korang ni pasal salah satu aktiviti cuti sekolah yang anak-anak korang boleh join. Sabtu lepas Aneeq ada join Pelikan Art Class dekat The Gardens Mall KL.

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan Art Camp The Gardens KL

Pelikan ni sebenarnya jenama barang-barang alat tulis yang aku suka sangat masa kecil-kecil dulu. Kalau dapat satu stationery jenama Pelikan ni, rasa macam orang kaya dah waktu tu sebabnya brand ni macam brand eksklusif. Macam-macam jenis barang alat tulis yang ada bawah jenama Pelikan ni. Ada watercolor dan cat untuk budak-budak, fountain pen eksklusif untuk orang dewasa, beg sekolah dan barang-barang untuk buat party pun ada. Kalau masuk sini mesti korang jadi rambang mata nak beli apa.

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan Art Camp ni salah satu inisiatif Pelikan Store untuk bagi kanak-kanak bawah 12 tahun belajar seni. Kelas seni ni dibuat dalam Pelikan Store tu sendiri. Diaorang ada satu ruang dalam kedai yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk buat aktiviti-aktiviti seni. Dan dalam setiap kelas tu, akan ada seorang cikgu seni datang untuk ajar anak-anak korang buat hasil seni. 

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online
Aneeq tengah kusyuk buat master piece dia. Bila dah habis kelas, bertitik-titik jugak baju dia dengan cat. Huhuhuh.

Jadual Pelikan Art Camp

Pelikan Art Camp ni diaorang buat hujung minggu je hari Sabtu dan Ahad. Setiap hari Sabtu dan Ahad tu ada 2 sesi - 3.00 petang dan 4.00 petang Setiap sesi berjalan selama sejam. Aktiviti yang akan dibuat pasa setiap minggu berbeza-beza dan guna material yang berbeza jugak. So, tak lah bosan anak-anak korang kalau dieorang selalu nak datang sini.

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online
Ni dieorang tengah get ready nak start kelas. Kelas kali ni kelas mewarna guna cat air dan kayu lidi.  

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Harga untuk setiap satu sesi RM15 untuk member dan RM20 untuk non member. Aku cadangkan korang book awal-awal kalau nak masukkan anak-anak kornag dekat Pelikan Art Camp ni sebab satu sesi diaorang tak ambil ramai. Dalam 10 orang je macam tu. Korang boleh book slot untuk anak korang dengan call nombor ni 03 2202 0801.

Pelikan Membership

Kalau korang nak murah, aku rasa better korang jadi membership. Bukan setakat boleh dapat harga Pelikan Art Camp murah. Kalau korang beli barang dekat Pelikan ni pun boleh dapat diskaun. 

Untuk dapatkan membership ni korang sama ada boleh beli barang Pelikan berharga RM100 hingga ke atas dan terus boleh dapat free membership. Kalau korang beli barang tak sampai RM100 pun tak apa. Korang boleh bayar RM10 dan dapat membership selama setahun.

Tapi sekarang ni Pelikan tengah buat promosi. Kalau korang nak free membership Pelikan, korang boleh pergi ke kaunter diaorang dan tunjukkan yang korang dah like Facebook Pelikan atau follow Instagram Pelikan. Nanti korang boleh dapat free membership selama setahun dan free gift! Tapi promosi ni sampai 2 Januari 2017 je tau.   

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Back To School Campaign

Biasalah kalau nak masuk sekolah tahun depan, mesti semua nak barang baru kan? Dari bulan November ni sampai Januari 2017, Pelikan Store akan buat sale besar-besaran. Korang boleh dapat sampai 30% diskaun dan untuk member pulak korang akan dapat additional 10% diskaun. Untuk Members Day pulak hanya dari 27 hingga 31 November 2016 saja. Dan yang paling best, dengan setiap pembelian, anak-anak korang boleh join kontest mewarna. Korang boleh baca pasal kontest mewarna untuk kanak-kanak tu dekat sini- Pelikan Best Friend Coloring Contest

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online

Pelikan Online Store

Kalau korang duduk jauh dari Kuala Lumpur, jangan risau. Sekarang ni korang dah boleh beli barang-barangan Pelikan secara online. Untuk online shop pun sekarang dieorang tengah ada promosi. Kalau korang beli barang berharga RM100 (Semenanjung) dan RM200 (Sabah Sarawak) ke atas, korang akan dapat free shipping. Promosi ni valid sampai 2 Januari 2017 je. 

Pelikan kedai alat tulis KL, kedai alat tulis online
Hasil tangkapan dari Pelikan Sabtu lepas. Aneeq dengan Art Camp nya. Aku dengan Pelikan stationerynya. Apa yang aku dapat dekat sini:



Untuk maklumat lanjut lagi pasal aktiviti Kelas Seni Untuk Kanak-Kanak Pelikan dan sales yang dieorang tengah buat ni, korang boleh tengok website, Facebook dan Instagram diaorang. 

Korang boleh guna voucher code untuk dapatkan RM20 diskaun kalau beli secara online dekat website diaorang. 


Voucher Code: BTS2016



Post a Comment

2 Comments