Separuh Akhir Muzik Muzik 11 November 2016

Separuh Akhir Muzik Muzik 11 November  2016 | Hari ni aku layan Separuh Akhir Muzik Muzik kedua pulak. Minggu lepas dah tengok yang pertama.
Separuh Akhir Muzik Muzik

Senarai Lagu Dan Penyanyi Separuh Akhir Muzik Muzik 11 November 2016
1. Hazama dan Penglipur Lara - Diamaran Mama
2. Hafiz Suip dan Misha Omar - Terimaku Seadanya
3. Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
4. Black - Anugerah Terindah
5. KRU - Hingga Ke Jannah
6. Syamsul Yusof dan Mawi - Kalah Dalam Menang
7. Sakura Band - Polaroid
8. Stacy - Romeo
9. Ayda Jebat - Pencuri Hati
10. Aiman Tino - Kurela Dibenci
11. Shila Amzah dan Aliff Satar - Selamanya Cinta
12. Akim & The Majistret - Obses

Persembahan pertama dari Hazama. Lagu Hazama ni kiut sangat. Lagu Hafiz dengan Misha Omar pulak aku rasa macam bosan sikit.

Baju Jaclyn Victor masa dia nyanyi cantik. Aku saja puji pasal baju dia sebab suara dia memang dah power, tak payah puji dah hehehe. Masa Black nyanyi awal-awal, suara dia pelik. Korang perasan tak?

Lagu yang sepatutnya KRU bawa diganti dengan Caliph Buskers. Syamsul Yusof menyanyi? Fuyoh sangat aku rasa walaupun dia hanya rap je. Dan Mawi pun dah lama tak dengar dia menyanyi. Kali ni Mawi kolaborasi dengan Syamsul Yusof pulak.

Sakura Band ni aku pernah tengok dieorang perform depan-depan. Sempoi jek. Lagu yang diaorang bawak dalam Muzik Muzik ni pun jenis yang enjoy enjoy tapi aku tak rasa pun diaorang boleh masuk Anugerah Juara Lagu. Stacy kali ni digantik dengan Miim Fly. Kalau tak silap aku, Stacy tengah sarat mengandung kot. Sebab tu ganti.

Ayda Jebat punya persembahan nampak fun sebab lagu dia memang rancak. Memang layan. Aku rasa Aiman Tino ni penyanyi paling muda kot dekat dalam pertandingan Muzik Muzik ni. Dan semestinya yang ramai minat dia budak-sekolah. Betul tak?

Lagu yang Shila Amzah bawak dengan Aliff Satar bagi aku rasa macam bosan sikit. Lagu Akim & The Majistret, Akim nyanyi kurang jelas la sebutan dia. Tak dengar butir apa dia nyanyi.

Patutnya ada satu lagi lagu dari Syamel tapi dia tarik diri. So, total lagu hari ni ada 12 je.

Mesti semua tak sabar nak tahu lagu mana yang masuk Anugerah Juara Lagu kan. Korang boleh tengok senarai lagu dan penyanyi yang masuk Anugerah Juara Lagu 31 di sini.

0 comment... add one now