Separuh Akhir Muzik Muzik 31 4 November 2016

Separuh Akhir Muzik Muzik 31 4 November 2016 | Hari ni baru aku tau ada Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Dah lama tak tengok Muzik Muzik tapi alang- alang tengah layan Aneeq makan, aku pun tengok je lah.
Separuh Akhir Muzik Muzik 31 4 November 2016

Senarai Lagu Dan Penyanyi Separuh Akhir Muzik Muzik 31 4 November 2016

1. Hang Pi Mana - Khalifah
2. Berat - Mark Adam
3. Terakhir - Sufian Suhaimi
4. Demi Cinta - Ezad Lazim
5. Takkan Pergi - Hyperact
6. Ragu-ragu - Tasha Manshahar feature Syed Syamim
7. Katakan - Harris Baba
8. Hancur Aku - Estranged feature Fazura
9. Mencinta - Azhael
10. Seperti Novel Cinta - Shiha Zikir
11. Mungkin Saja - Janna Nick
12. Kekal Bahagia - Ippo Hafiz
13. Cinta Sukar Ditafsir - Mal Imran
14. Setia - Elizabeth Tan feature Faizal Tahir
15. Ada Saja - Amyra Rosli feature Juzzthin dan Waris
16. Sudahku Tahu - Projector Band
17. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaezah

Persembahan pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 31 ni dimulakan oleh Khalifah sebab dieorang kan orang Kedah. Kedah kan menang bola hari tu hahahha. Pastu persembahan dari Mark Adam pulak. Perghh Mak Adam punya persembahan, siap botakkan kepala lagi. Baru separuh akhir dah all out. Boleh tahan.

Lepas tu Sufian Suhaimi pulak buat persembahan. Sebenarnya aku tak pernah kenal siapa dia ni tapi bila dengar lagu dia ni memang sesuai lah untuk orang- orang yang tengah putus cinta. Ezad Lazim pulak macam biasa lah bawak lagu sempoi je.

Lagu yang Hyperact ni selalu jugak aku dengar. Lagu untuk drama kot. Suara dia boleh tahan sedap. Untuk lagu Ragu-ragu pulak, disebabkan Tasha Manshashar tak dapat datang, Ernie Zakri ganti dan feature kan Syed Syamim. Sedap jugak Ernie nyanyi lagu ni. Ramai betul artis-artis baru yang aku tak kenal ni. Harris Baba ni baru jugak ke? Aku tak kenal tapi muka macam mix je. Tak pernah nampak sebelum ni. Lagu dia biasa-biasa je. Tak rasa boleh mara. Huhuhu.

Tak sangka lagu Estranged featuring Fazura masuk jugak. Aku duk tertunggu-tunggu jugak Fazura nyanyi live. Tapi awal-awal suara Rich macam terlalu mencuba. Dengar tak berapa sedap lah bagi aku. Fazura nyanyi okay je. Biasa-biasa je. Azhael pulak bawak lagu agak slow hari ni. Shiha Zikir suara dia ada ala-ala Dato CT pulak. Tak ke?

Sekali Janna Nick pun dah start nyanyi sekarang. Boleh tahan suara dia dan maybe sebab lagu dia agak catchy, senang sikit nak bawak. Next, Ippo Hafiz pulak nyanyi. Suara dia macam suara penyanyi Indonesia kan. Tapi suara dia sesuai lah dengan lagu yang dia bawak. Mal Imran pun salah seorang artis baru yang aku tak kenal. Suara dan lagu dia bagi aku biasa-biasa je.

Elizabeth Tan punya suara memang rare. Tak pernah lagi aku dengar suara macam dia dalam Malaysia ni. Faizal Tahir tak ada so ganti dengan Awie Rafael. Suara Awie memang sedap pun 😆😊 Ramai jugak yang tak dapat datang nyanyi hari ni. Amyra Rosli pun tak dapat nyanyi ganti dengan Aisyah Bujang. Suara pun lebih kurang je dengan Amyra Rosli.

Projector Band punya lagu pulak macam lagu-lagu rock zaman 90-an. Kalau Zul dengar lagu ni mesti die feeling. Nak nak lagi tang tarik dia tu. Dan persembahan last sekali dari Dayang. Ni memang persembahan yang aku tunggu-tunggu sebab aku suka Dayang nyanyi. Macam biasa lah, suara dia memang power.

Dah habis pun Separuh Akhir Muzik Muzik 31 untuk 4 November. Siapa yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 13? Korang boleh tengok senarai lagu dan penyanyi yang terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu 31 di sini.

0 comment... add one now