UrbanStay Guest House - Homestay Murah Gombak

UrbanStay Guest House - Homestay Murah Gombak | Sabtu lepas aku ada kena attend 2 event dekat Wangsa Maju dan Gombak. Disebabkan dari rumah ke area tempat event tu agak jauh, makan masa dekat sejam jugak nak sampai jadi aku cadang untuk cari dan tidur satu malam di homestay murah dekat Gombak. Last-last aku buat keputusan untuk stay dekat UrbanStay Guest House Sri Gombak.


Homestay Murah Gombak

Bila sampai je dekat UrbanStay Guest House ni, aku rasa macam masuk rumah mewah. Dia punya dekorasi dalam rumah cantiknya. UrbanStay Guest House ni letaknya dekat Urban 360 Condominium Taman Sri Gombak. Bahagian bawah condo ni ada Dominos, kedai mak dan anak kalau tak silap dan satu lagi tak tau kedai apa. Tak pergi tengok pulak.

Parking UrbanStay Guest House
Dekat sini dieorang buat konsep open parking. Korang boleh parking sama ada bahagian depan atau bahagian belakang bangunan. Dan parking free je, tak perlu bayar.  

Harga Satu Malam UrbanStay Guest House 
Masa aku stay dekat sini, harga untuk satu malam aku dapat RM160 sebab waktu tu ada promosi. Harga biasa satu malam RM180. 


Homestay Murah Gombak
Lif untuk ke homstay ni. Safety dia memang cukup terjaga. Lagipun condo ni bukan high density punya environment. Jadi, area sini memang tak busy dan tak bising sangat. Tunggu lif pun cepat je. 

Homestay Murah Gombak

UrbanStay Guest House - Homestay Murah Gombak
Bila korang langkah masuk dalam UrbanStay Guest House Gombak ni, mesti korang kagum. Aku suka tengok macam mana dieorang deko homestay ni bagi nampak mewah. Masuk pintu utama je, belah kiri korang akan ada satu panel room divider dan satu shelf untuk letak barang. Sekali aku tengok room divider dieorang tu, memang aku berminat betul dengan konsep homestay ni. 

Homestay Murah Gombak

Ini bahagian living room. Sebenarnya rumah ni studio tapi dieorang tambah buat bilik tidur satu. 

Homestay Murah Gombak

Cantik tak? Dinding tu dibuat full cermin. Aku terus jatuh cinta dekat area living room homestay ni. 

Homestay Murah Gombak

Yang bestnya, sofa ni. Sofa ni sebenarnya sofa bed. Korang boleh extend untuk jadi katil. Jadi, boleh lah ramai sikit duduk sini. 2 orang boleh tidur dalam bilik dan 2 atau 3 orang boleh tidur dekat luar.

Homestay Murah Gombak

Ni keadaan sofa bila dah di extend untuk jadi katil. Kalau budak-budak kecil, muat lah dalam 4 orang. Kalau dewasa tu, dalam 2 orang muat kot. Kalau 3 orang kena sempit-sempit sikit.

Homestay Murah Gombak

Sofa ni pun didatangkan sekali dengan bantal dan selimut. Dekat living room ni sejuk tau. Hari tu aku tidur dengan Aneeq dekat luar ni, pasang air cond. Sampai separuh malam tak tahan gigil. Terus tutup air cond.

Homestay Murah Gombak

Walaupun homestay ni agak kecil, tapi selesa. Dekat living room ni ada siap sofa dan ada TV dengan siaran enJoi.  

Homestay Murah Gombak

Ini pandangan bahagian pintu utama dan ruang makan. Aku berminat betul dengan kabinet dapur dia. Bersih putih. 

Homestay Murah Gombak

Meja makan. Nampak santai sangat meja makan homestay ni. Rasa macam makan dekat restoran pun ada.

Homestay Murah Gombak

Ini bahagian dapur. Zul jeles tengok kabinet full sampai ke atas. Asalnya dekat rumah kiteorang, Zul nak buat macam ni lah tapi sebab developer dah siap-siap pasang kabinet tak full, Zul pasrah je lah malas nak ubah. 

Homestay Murah Gombak

Dekat homestay ni disediakan jugak microwave so korang boleh panaskan makanan yang korang beli atau bawa. 

Homestay Murah Gombak

Aku suka sinki dalam ni. Dan pili air yang boleh ubah-ubah macam ni. Senang nak buat kerja dekat dapur.

Homestay Murah Gombak

Kalau rasa-rasa nak minum air panas, korang boleh masak air guna kettle yang disediakan dan ada 3 in 1 dieorang sediakan.

Homestay Murah Gombak

Nak makan tak ada pinggan pulak? Tak pe, homestay ni dah siap-siap sediakan pinggan, piring, mug, jug dan gelas. 

Homestay Murah Gombak

Toilet homestay ni aku paling suka tang lantai dia. Lantai jenis tak licin, menggerutu. Sesuai sangat kalau budak-budak kecik nak mandi. Budak-budak kalau mandi nak melompat lah apa lah. Lantai jenis kesat macam ni boleh elak licin dan terjatuh.

Homestay Murah Gombak

Bilik tidur. Bilik tidur ni pun salah satu benda yang Zul suka sangat. Tapi dia suka bahagian pintu. Pintu bilik tidur ni jenis slide macam pintu orang Jepun. Jimat space sangat. Dulu Zul pun nak buat dekat rumah tapi mahal sangat terus tak jadi nak buat. 

Homestay Murah Gombak

Katil dalam bilik tidur ni agak tinggi. Aneeq pun tak sampai nak panjat. Dalam bilik ni tak ada air cond, cuma kipas dan lampu. Nampak tak cermin tu? Tu almari dengan cermin full. Perempuan mana yang tak suka kan? 

Homestay Murah Gombak

UrbanStay Guest House Gombak ni ada jugak sediakan 2 helai tuala. Senang hidup. Tak payah usung tuala dari rumah.

Homestay Murah Gombak

Dan ada jugak seterika kalau korang nak seterika baju korang. Disediakan sekali cloth startch spray. 

Homestay Murah Gombak

Ini bahagian yang kiteorang paling suka - beranda. Ini first time aku pergi hotel atau homestay yang buat beranda macam ni. Menarik sangat. Tak terlalu crowded cuma ada kerusi untuk lepak, meja tepi dengan hiasan dan penyidai.

Homestay Murah Gombak

Dieorang letak karpet hijau lagilah tambah kecantikan dekat luar ni. Bila duduk dekat luar ni kan, angin pun sedap tiup.  


Homestay Murah Gombak

Tengok ni, pagi-pagi tak mandi lagi dah keluar nak bersantai dekat bahagian beranda ni. Dua hari stay dekat homestay ni, dua dua hari lepas dekat beranda je. 

Homestay Murah Gombak

Kalau korang tengok belah luar beranda ni, korang boleh nampak pool dekat bawah. Dekat sini biasalah bising sikit sebab orang main air dekat pool kan. Tapi kalau tutup sliding door, memang senyap je.

Homestay Murah Gombak

Kalau rasa-rasa macam nak pergi gym, dekat UrbanStay Guest House ni pun korang boleh pergi. Korang turun ke Tingkat 6, cari guard dan minta tolong dia bukak kan pintu gym kalau tak ada orang dekat dalam.

Homestay Murah Gombak

Banyak jugak barang exercise dalam gym ni. Dia punya dinding pun full cermin. Sambil exercise memang boleh nampak view cantik nak nak lagi gym ni sebelah pool je. Kehkehkeh. 

Homestay Murah Gombak

Dekat Tingkat 6 ni jugak ada playground untuk budak-budak. Playground ni tak besar dan tak berapa banyak mainan pun tapi boleh je lah kalau nak bagi anak-anak korang main dekat sini. 

Homestay Murah Gombak

Tu dia kolam renang dia. Kalau tengok dari atas, pool dia macam jenis infinity pool yang belah hujung sana tu.  

Homestay Murah Gombak

Dan dekat belah tepi pool ada cermin. Style habis lah dieorang buat pool design macam ni.

Homestay Murah Gombak

Ini pool untuk kanak-kanak. Aneeq tak sempat main pun sebab aku duduk dekat homestay Gombak ni sekejap je. Most of the time, kiteorang keluar pergi event. 

Homestay Murah Gombak

Kalau korang pergi Tingkat 17 pulak, mesti korang teruja habis. Dekat Tingkat 17 ada bahagian bbq pit. Bila aku naik tengok dekat sini kan, rasa macam cantik gila. Boleh buat wedding on roof top dekat sini.

Homestay Murah Gombak

Serius cantik dekat sini. Tempat dia dah lah fully putih, lepas tu ada tambah-tambah warna hijau dari pokok semulajadi. Kalau korang nak buat wedding on roof top, korang book lah tempat ni. Ermm, itu pun kalau boleh lah hahaha.

Homestay Murah Gombak

Dekat sini ada 4 bbq pit yang korang boleh. Dan ada 4 jugak pili air beserta sinki bersebelahan dengan bbq pit. Korang dah tak payah bawak besi untuk grill tu sebab dieorang memang dah sediakan siap-siap.

Homestay Murah Gombak

Aku suka gila tempat BBQ diaorang. Putih, bersih, luas, tinggi, boleh nampak view KLCC. Serius kalau boleh buat roof top wedding dekat sini, memang cantik.

Kalau korang nak cari homestay murah di Gombak, try lah UrbanStay Guest House ni. Homestay ni selesa dan nampak mewah. Berbaloi dengan harga yang korang bayar. Kalau korang nak book homestay ni, korang boleh book melalui Facebook, airbnb atau terus contact nombor orang yang handle homestay ni.

airbnb | Azzad  0 14-262 3000



2 comments.. read them below or add one

mama tisya mama tisya 23 November, 2016
kt kampung akak ni hehe..ada tgk...mmg mewah walaupun kecik