4 Sebab Friso Gold 3 Dengan Teknologi LocNutri Pilihan Mak Dan Aneeq

December 11, 2016

4 Sebab Friso Gold 3 Dengan Teknologi LocNutri Pilihan Mak Dan Aneeq | Sekarang ni Aneeq dah mula minum susu formula. Sebenarnya campur, pagi minum susu badan. Waktu snack dan malam pulak minum susu Friso Gold 3. Kenapa aku pilih Susu Formula Friso Gold 3 untuk Aneeq?

 Friso Gold 3 Dengan Teknologi LocNutri

4 Sebab Friso Gold 3 Dengan Teknologi LocNutri Pilihan Mak Dan Aneeq


1. Bekalkan Nutrien Yang Penting

Aku tahu Friso Gold 3 ni memang terbaik sebab ianya membekalkan pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh Aneeq seperti Vitamin d, Vitamin B5 dan C, Selenium, GOD, zat besi dan DHA yang membantu tumbesaran dan menyokong daya ketahana semulajadi Aneeq. 

 Friso Gold 3 Dengan Teknologi LocNutri

2.Protection Lid

Hanya Friso Gold satu-satunya produk susu formula yang ada Protection Lid ni. Bagi aku Protection Lid memang berguna sangat untuk memastikan kebersihan serta sukatan yang tepat untuk susu Aneeq. Dalam Protection Lid ni ada beberapa benda yang betul-betul menyenangkan serta mampu memelihara kebersihan susu Aneeq iaitu:

Penutup Ketat

Penutupnya yang ketat boleh melindungi susu tepung dalam tin dalam jangka masa yang lama. Tak ada lagi susu masuk angin atau semut masuk dalam tin susu formula. lagi satu, aku tak suka kalau pakai penutup tin besi tu, sebab susah nak bukak. Kalau penutup Friso Gold ni, senang untuk dibukak tapi masih ketat untuk elakkan benda lain yang masuk

Pemegang Sudu Bersih

Ini yang aku paling suka. Tempat pemegang sudu. Dengan adanya tempat pemegang sudu ni, aku tak lagi hilang sudu susu tepung Aneeq, Biasanya kita campak je sudu yang disediakan dalam tin kan. Lepas tu, bila nak cari, mula lah terkuis-kuis tepung. Tak bersih lah jadinya susu tu sebab kita dah sentuh. Bila ad pemegang sudu tu, kebersihan susu anak kita akan lebih terpelihara. 

Sukatan Tepat

Setiap susu formula dah disukat secara tepat untuk memenuhi nutrien anak kita. Biasanya kalau kita ceduk susu, mesti membukit. Betul tak? Ha, Friso Gold terbaru ni ada tempat untuk korang kurangkan lebihan susu dengan mudah jadi nutrien untuk anak korang mengcukupi dna tidak membazir.

 Friso Gold 3 Dengan Teknologi LocNutri

3.Teknologi LocNutri

Sekarang ni, susu formula Friso Gold dihasilkan melalui teknologi LocNutri. Teknologi LocNutri ni maksudnya mereka menggunakan haba yang sederhana untuk memastikan nutrien dalam susu terpelihara semasa pemprosesan susu. Friso Gold dengan teknologi LocNutri memelihara nutrien dalam bentuk asalnya supaya lebih mudah dihadam agar Aneeq lebih kuat dari dalam.

4. Rasa Sedap Dan Bau Yang Harum

Aku sendiri bau dan rasa dulu susu formula Friso Gold ni sebelum beri kepada Aneeq. Aku suka bau susu Friso Gold yang harum tu. Ada bau sedikit seperti vanila. Rasanya pun boleh tahan. Aneeq pun suka. Sebelum ni pernah cuba susu formula lain tapi Aneeq tolak. Setakat ni memang susu formula Friso Gold yang Aneeq boleh terima.

Oh Aneeq

Aneeq tengah menikmati susu Friso Gold dia. Jangan kacau tau :D Friso Gold dengan LocNutri ni membantu kesihatan penghadaman Aneeq. Korang tahu kan kalau anak kita ada sistem penghadaman yang baik, daya ketahanan diaorang pun akan bertambah baik. Bila daya ketahanan diaorang bertambah baik, mereka akan kuat dari dalam. Bila mereka dah kuat dan sihat dari dalam, mereka akan lebih gembira dan sedia untuk explore banyak perkara dalam hidup mereka.

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Friso Gold terbaru ni, korang boleh tengok di bawah.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook