Bawa Kucing Ke Klinik Veterinar Untuk Check-up Percuma MyCat2Vet

December 06, 2016

Bawa Kucing Ke Klinik Veterinar Untuk Check-up Percuma | Baru-baru ni aku ada bawak Simba ke klinik haiwan. Ni kali kedua aku bawak kucing ke klinik veterinar. Last dulu pernah jugak bawak kucing lain waktu aku mula-mula ambil dia dari kedai makan.

Check-up Percuma MyCat2Vet

Kali ni aku bawah Simba pulak. Nasib baik Simba ni jenis tak meragam. Elok je duduk dalam kereta. Tidur pulak tu. Cuma bila keluar kereta masuk dalam klinik haiwan, aku nampak dia agak menggeletar sikit. Aku bawak Simba kali ni dapat check up percuma sebab aku join kempen MyCat2Vet.

MyCat2Vet Check up Kucing Percuma

Kempen MyCat2Vet 2016

Kempen MyCat2Vet ni sebenarnya salah satu inisiatif daripada jenama Royal Canin Malaysia untuk bagi kesedaran kepada pemilik-pemilik kucing untuk bawak kucing peliharaan korang ke klinik haiwan. 

Kalau ikut kajian, 2 dalam 5 orang pemilik kucing di Malaysia ni tak pernah bawak kucing diaorang jumpa doktor haiwan. Sebabnya diaorang fikir kucing boleh jaga diri sendiri, kucing tak pernah ada masalah kesihatan dan risau kos yang tinggi. Disebabkan itu, Royal Canin buat kempen MyCat2Vet ini dengan menawarkan check up percuma kepada pemilik-pemilik kucing di Malaysia.  


Check-up Percuma MyCat2Vet

Pemeriksaan Fizikal Percuma MyCat2Vet

Ada 200 klinik veterinar di seluruh Malaysia terlibat dalam kempen ini. Dan korang boleh pilih mana-mana klinik yang tersenarai. Tak ada yuran yang dikenakan untuk check up kucing korang. Cuma kalau ada ubat atau rawatan susulan, yang tu korang kena bayar sendiri. Royal Canin cuma offer free check up saja. 


Check-up Percuma MyCat2Vet
Tengok resit ni. Consultation dengan Examination tak payah bayar pape pun. Yang kena bayar tu sebab beli makanan kucing Royal Canin. 

Check-up Percuma MyCat2Vet
Beg MyCat2Vet yang aku pegang ni korang akan dapat kalau korang join kempen MyCat2Vet ni. Semua ni percuma je. 

Cara Untuk Dapatkan Pemeriksaan Fizikal Percuma MyCat2Vet

Cara untuk dapatkan check up percuma untuk kucing korang ni senang je. Korang pergi website MyCat2Vet dan ikut langkah-langkah di bawah.
MyCat2Vet Check up Kucing Percuma

Kempen MyCat2Vet ni akan berjalan selama sebulan dari 1 Disember hingga 31 Disember 2016. Untuk pendaftaran korang kena melalui website MyCat2Vet tu. Korang boleh bawak maksimum 9 kucing satu orang. 

Bila lagi nak dapatkan check up untuk kucing korang secara percuma kan? Inilah masa nya. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal kempen MyCat2Vet ni, korang boleh tengok website dan Facebook diaorang.




You Might Also Like

4 comments

  1. Tak pernah agik bawak kucem ke klinik.. hehe.. Pasni mungkin..

    ReplyDelete
  2. salam...check up dari segi apa ye, boleh dapatkan info? Tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bitt, checkup dia nanti veterinar tgk sama ada ada kutu, check suhu masuk termometer ikut punggung, check badan, telinga semua.

      Lepas tu baru dia akan bagi suggestion akan buat rawatan apa sama ada nak bagi ubat kutu, ambik vaksin atau bagi ubat/rawatan susulan lain.

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter