Charmaine Dress, Bonita Suit Dan Operator Pomade - Year End Sale Anabelle Boutique

Charmaine Dress, Bonita Suit Dan Operator Pomade - Year End Sale Anabelle Boutique | Sabtu lepas aku ada pergi satu Majlis Pelancaran Produk dan Jualan Akhir Tahun (YES) dekat Anabelle Boutique dekat Puncak Alam. Majlis tu meriah betul. Dan ada Tasha Manshahar datang perform siap. Majlis tu diaorang nak lancarkan tiga produk eksklusif Anabelle Boutique yang baru.

Tasha Manshahar Anabelle Boutique
Tasha Manshahar perform dua lagu hari tu. Lembut je orangnya. Sweet dan pandai layan orang atas pentas. 

Anabelle Boutique ni sebenarnya vendor boutique tapi baru-baru ni dieorang ada keluarkan tiga produk eksklusif daripada brand diaorang sendiri. Tiga produk eksklusif korang boleh beli dekat sini adalah:

Bonita Suit Anabelle Boutique

Bonita Suit

Bonita Suit ni aku tak pernah nampak clothing line lain buat. Serius ini pertama kali aku nampak. Nampak sopan je sebab pattern dia jenis loose. Pada aku Bonita Suit ni sesuai untuk dibawa pergi kerja atau ke dalam majlis. Nampak elegen. Dan yang paling sesuai kalau pasangkan dengan plain shawl. Baju ni jenis sejuk so tak ada masalah kalau nak pakai waktu keluar di bawah terik matahari. 

Charmaine Dress Anabelle Boutique

Charmaine Dress

Charmaine Dress ni memang eksklusif sangat sebab design dia satu je dalam Malaysia ni. Design dan pattern ni diaorang buat unik dan tak ada tempat ain yang ada design yang sama dengan design ni. Yang bestnya, dress ni wuduk friendly dan breastfeed friendly. Sekarang dah tak ada alasan untuk mak-mak menyusu untuk bergaya, betul tak? 

Exclusive Operator Pomade  Anabelle Boutique

Exclusive Operator Pomade 

Operator Pomade ni boleh buat rambut korang nampak macam basah-basah so tak ada lah nampak kering sangat kan. Kalau korang bangun pagi tak mandi  dan dah lambat nak kelas atau kerja, tak payah mandi pun. Sapu je Operator Pomade ni dan terus nampak kemas. Operator Pomade ni ada 4 series iaitu Iron, Copper, Gold dan Platinum. Satu bekas 150g dan rambut boleh tahan lama. Tambah lagi Operator Pomade ni water based dan tak ada lemak haiwan serta paraben free.

Sekarang ni diaorang tengah buat jualan akhir tahun (Year End Sale). So, banyak barang-barang vendor butik daripada macam-macam jenis jenama yang korang boleh beli dengan harga yang berpatutan dekat sini. Antara barang yang korang boleh beli adalah barang kosmetik, baju kurung, kasut, shawl dan baju kanak-kanak. Waktu ni lah waktu terbaik untuk dapatkan barang-barang yang korang nak dengan harga yang murah.    

Year End Sale Anabelle Boutique

Year End Sale Anabelle Boutique

Year End Sale Anabelle Boutique

Year End Sale Anabelle Boutique:
17 Disember 2016-17 Januari 2017
Masa Operasi: 
11 pagi - 8 malam (Selasa-Khamis)
11 pagi - 10 malam (Jumaat-Ahad)
Alamat:
No 2A, Jalan Astana A13/E, Pusat Niaga Astana Alam, 
42300 Puncak Alam, Selangor.

Year End Sale Anabelle Boutique

Kalau korang rasa macam Puncak Alam tu jauh untuk korang pergi tapi nak sangat beli Charmaine Dress, Bonita Suit dan Pomade Operator tu, tak de hal lah. korang boleh pergi ke website, Facebook atau Instagram diaorang untuk beli. Aku sempat rembat Pomade Operator untuk Zul hehehe.



Post a Comment

3 Comments