#GooseySelfie Contest By MyTOWN Shopping Center

#GooseySelfie Contest By MyTOWN Shopping Center | Siapa yang kenal aku atau jadi friend dekat Facebook aku mesti tau yang aku ni geng #kakikontest. Setiap hari mesti ada je kontest yang aku nak join. Ha, hari ni aku nak share dengan korang semua satu kontest gempak yang dianjurkan oleh MyTOWN Shopping Center.

MyTOWN Shopping Center

Sebenarnya ni first time aku dengar pasal MyTOWN Shopping Center. MyTOWN Shopping Center ni adalah mall terbaru di Kuala Lumpur. Shopping Center ni bersambung dengan IKEA Cheras. Tapi dia tak bukak lagi tau. Awal tahun 2017 nanti baru open untuk public. Tempat baru kan mesti lah best. Aku memang suka explore tempat-tempat baru ni.

Ha, berbalik kepada kontest yang aku cakap tadi. Kontest ni adalah bersempena dengna nak memperkenalkan orang ramai dengan MyTOWN Shopping Center ni. Macam mana nak join kontest ni? 
  
#GooseySelfie Contest By MyTOWN Shopping Center

Kontest #GooseySelfie ni senang je nak join.

1. Pergi ke website Gooseyselfie
2. Jawab 1 soalan
3. Upload gambar selfie
4. Cantikkan gambar dengan icon-icon menarik
5. Share dekat Facebook!

Senang kan? Dan of course lah yang jadi mangsa aku, Aneeq. Hahahha. Comel tak? 

#GooseySelfie Contest By MyTOWN Shopping Center
Nak tau Goose Squad apa yang diberi kepada gambar selfie Aneeq ni? GOOSEYNISTA. Sabo aje lah aku.

Hadiah #GooseySelfie Contest 

Kalau hadiah tak masyuk, aku tak ada lah nak siap buat blog post untuk kontest yang aku join kan. Kalau korang join kontest #GooseySelfie ni, korang berpeluang untuk menang hadiah bernilai hingga RM10 000. Banyak tu!

So, ape lagi? Jangan buang masa. Join kontest ni cepat dan korang mungkin ada peluang untuk menang hadiah. Jangan lupa jugak pergi jengah MyTOWN Shopping Center yang akan open pada 16 Fenruari 2017 tahun depan.



2 comments.. read them below or add one

Inani Hazwani Inani Hazwani 25 December, 2016
Wahhh memang untung siapa yang menang ni. Goodluck ;)