Kaunter Zakat Van Bergerak - Cara Mudah Bayar Zakat

Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP - Cara Mudah Bayar Zakat | Dah hujung-hujung tahun ni, mesti korang rasa busy kan? Macam-macam nak kena buat bila sampai waktu macam ni. Tapi dalam kesibukan korang tu, jangan lupa untuk tunaikan kewajipan kita iaitu membayar zakat. Korang dah bayar zakat?

Kaunter Zakat Van Bergerak

Aku faham kalau ada di antara korang yang masih belum bayar zakat. Ye betul aku faham. Biasalah manusia kan. Kadang-kadang asyik jem je jalan, malas nak pergi ke pusat-pusat pungutan zakat. Tak pun kadang-kadang sibuk sangat dengan kerja di pejabat sampai terlupa nak bayar zakat. Atau pun  korang tak ada masa nak pergi bayar zakat. Nak pergi waktu pejabat karang, bos marah. Kalau nak pergi waktu habis kerja pulak, kaunter zakat dah tutup. Dah tu, macam mana nak bayar zakat kan? Tapi kan, sekarang ni sebenarnya dah banyak cara mudah untuk korang bayar zakat dan salah satu daripadanya adalah dengan bayar zakat melalui Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.

Kaunter Zakat Van Bergerak

Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Kaunter zakat van bergerak ni memang salah satu cara yang paling efisyen untuk korang bayar zakat. Kalau korang ni bos-bos dekat company korang kerja, korang boleh mintak kaunter zakat van bergerak ni datang ke ofis korang supaya pekerja-pekerja boleh bayar terus dan tak perlu keluar waktu pejabat. Dah korang dapat pahala sebab menyenangkan pekerja korang. Atau kalau korang ni pekerja dekat ofis, boleh lah cadangkan pada bos untuk panggil kaunter zakat bergerak untuk datang ke tempat kerja korang.  

Kaunter Zakat Van Bergerak


Cara Hubungi Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Kalau korang berminat untuk mintak kaunter zakat van bergerak datang ke pejabat, korang boleh hubungi nombor 1-300-88-5757. Diaorang bersedia untuk datang ke pejabat, syarikat, premis, program, majlis, kaunter info dan mana-mana lokasi di sekitar Wilayah Persekutuan.

Antara kemudahan yang disediakan oleh kaunter zakat bergerak ni termasuklah taksiran zakat, pertanyaan zakat, skim potongan gaji zakat (skim Thohir), dan pembayaran zakat secara tunai atau cek, kad kredit dan kad debit. Untuk orang persendirian yang nak bayar zakat RM10 000 ke atas pun Kaunter Zakat Bergerak ni boleh datang direct kepada korang dan resit pun akan diberikan. Kan dah senang. Tengok betapa PPZ-MAIWP berusaha buat yang terbaik supaya memudahkan korang untuk bayar zakat.

Kaunter Zakat Van Bergerak

Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP)

PPZ-MAIWP ni sebenarnya agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertindak sebagai amil untuk kutip semua jenis zakat harta di Wilayah Persekutuan. Korang kena ambil tahu ni. PPZ-MAIWP ni kerjanya cuma kutip semua jenis zakat harta saja dan di 3 kawasan saja iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Yang mengagihkan hasil kutipan zakat tu pulak Baitulmal-MAIWP. 

Dah banyak cara PPZ-MAIWP cuba buat untuk bagi kesedaran pada orang ramai supaya keluar bayar zakat. Dari program turun padang di pasaraya-pasaraya, masjid dan pejabat-pejabat sampai lah dengan penggunaan medium masa kini contohnya iklan dalam media cetak dan media sosial online. Ni pulak sekarang dah ada kaunter zakat van bergerak

So, apa lagi yang korang tunggu? Jom bayar zakat sekarang. Ingat, bayar zakat itu WAJIB kepada mereka yang berkelayakan. Tak tau korang wajib bayar atau tak? Rujuk dan semak dengan PPZ-MAIWP. Pastikan korang bayar pada institusi yang dilantik supaya zakat korang tu disalurkan pada individu yang layak. Jangan lah risau pasal bayar zakat sebab korang boleh dapat pelepasan cukai tau. Kalau korang bayar tahun ni, korang boleh dapat pelepasan cukai untuk tahun yang sama jugak. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok website MAIWP http://www.maiwp.gov.my ini.  


Pusat Pungutan Zakat




Post a Comment

0 Comments