MAHA 2016 Malaysia Catat Rekod 3.7 Pengunjung

December 17, 2016

MAHA 2016 Malaysia Catat Rekod 3.7 Pengunjung | Siapa yang sempat pergi MAHA 2016 hari tu? Aku baru baca paper online kate MAHA 2016 hari tu ramai gila orang datang. 3.7 juta rekod pengunjung MAHA 2016 dan salah seorang daripada pengunjung tu termasuklah aku hahahha. Korang boleh baca pengalaman aku pergi ke MAHA 2016 dekat sini.

MAHA 2016 Malaysia

MAHA 2016 Malaysia Catat Rekod 3.7 Pengunjung

Aku pun tak sangka Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 ni boleh attract orang ramai sampai macam tu sekali. Gila kan? Aku ada jumpe beberapa video dekat Youtube pasal MAHA ni. Dieorang buat video time lapse untuk tunjukkan betapa ramainya orang datang. Aku ada jugak duk cari-cari muka aku, tapi tak jumpe. 😅😅😅😅 

Video dekat atas ni dekat Food Empire. Tempat paling banyak orang dan tempat paling banyak makanan. Biasalah kan orang Malaysia. Mana ada makanan di situ ada kita, kan? Tapi hari tu masa aku pergi MAHA, aku tak sempat pun pergi ke Food Empire ni sebab dah penat.


Video dekat atas ni area kawasan Castle of Fruits. Tempat ni pun aku tak sempat pergi pun hari tu sebab dah penah. Kalau next year MAHA ni ada lagi, aku sarankan korang pergi 2 3 hari, baru berbaloi nak pergi semua tempat. 


Aku paling suka video yang ni sebab diaorang guna drone nak ambil video dari atas. Baru nampak betapa gilanya MAHA 2016 ni. Korang tengok lah kereta sampai parking dekat luar area parking.

Overall aku rasa MAHA 2016 Malaysia yang aku pergi sehari tu memang best gila. Walaupun tak habis pusing satu MAHA tu tapi aku rasa memang berbaloi kalau pergi. Harga barang yang dieorang jual dekat situ murah dan siap ada harga promosi lagi. Ada barang yang rare dan tak pernah jumpa pun ada dekat situ. InsyaAllah next year kalau ada lagi aku nak pergi lagi.

Korang ada pergi ke MAHA 2016 ke tak?



You Might Also Like

1 comments

  1. Pergghhh.. ramai giler yang datang maha 2016.. terbaikkk

    ReplyDelete

Like us on Facebook