Seharian Di MAHA 2016

Seharian Di MAHA 2016 | Akhirnya sampai jugak aku ke MAHA 2016. Tak sangka pulak aku akan jejakkan kaki dekat sini sebab aku sebenarnya bukanlah seorang yang suka bersesak-sesak ni. Tapi sebab tengok ramai yang cakap MAHA 2016 ni best, nak jugak aku merasa keseronokannya.

MAHA 2016

MAHA 2016 

MAHA ni sebenarnya satu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan yang terbesar di Malaysia. Dari tahun-tahun lepas lagi aku pernah dengar pasal MAHA tapi tak pernah lagi pergi. Tahun ni, aku sempat lah jugak jejak kaki di sini dan aku rasa macam menyesal jugak sebelum-sebelum ni tak pergi. MAHA ni best woih!

Ekspo MAHA 2016 ni berlangsung selama 11 hari dari 1 hingga 11 Disember 2016. Aku pulak 10 Disember baru nak terhegeh-hegeh pergi. Besok dah hari last. Korang dah pergi ke?

MAHA 2016
1 -11 Disember 2016
10.00 am - 10.00 pm


#MAHA2016


Nak habiskan semua tempat dekat MAHA ni memang tak sempat satu hari. Kena pergi dalam 2 3 hari, baru boleh explore semua. Hari ni yang aku cuma sempat pergi - Pineapple, Fishery, Herbs & Vegetables, Livestock, Machinery dan Paddy. State Pavilions, Floriculture dengan Main Exhibition tak sempat. 

Cara Untuk Pergi Ke MAHA 2016

  • Kereta/Kenderaan Sendiri - Kalau korang bawak kereta sendiri, korang boleh Waze atau Google Maps "MAEPS Gate 2 Park".
  • Public Transport - Kalau korang guna public transport pulak, korang boleh sama ada guna Uber/Grab atau naik je KTM. Dari KTM station yang terdekat dengan korang, korang stop dekat KTM Stesyen Serdang. Dekat KTM Serdang tu nanti ada shuttle bus yang korang boleh naik untuk ke MAHA2016.


Apa Yang Best Di MAHA 2016

Serius aku cakap MAHA ni besar sangat. Dan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain agak jauh tapi korang tak payah risau sebab ada tramp yang disediakan untuk korang bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. 

Nafas Cube

#MAHA2016
Mula-mula sekali apa yang aku buat dekat MAHA ni, mestilah cari makanan dulu. Lapar weih. Aku pergi ke pusat penginapan Nafas Cube untuk breakfast. Nafas Cube ni dia gabungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah. Cantik betul semua jenis penginapan ni. 


#MAHA2016
Hotel Nafas Cube versi Kontena. Yang ni saiz dia lebih besar. Ada katil saiz queen, pantry, attached toilet, air conditioner dan kerusi sofa lagi. Sesuai untuk suami isteri yang nak lebih keselesaan. View yang tingkat atas pun cantik menghadap tasik. 

#MAHA2016
Yang ini pulak jenis culvret atau tube. kalau rasa-rasa nak kelainan sikit, book yang ni. Tapi toilet tak ada sekali tau. Dalam ni ada dua katil single dan air cond. 

#MAHA2016
Yang ini pulak jenis khemah atau sekarang lebih terkenal dengan term glamping. Dalam setiap khemah ada 2 katil single, kipas, meja dan kerusi.  

#MAHA2016
Dekat sini pun ada cafe untuk korang makan-makan. Tak payah risau nak cari makan dekat mana kalau korang stay dekat Nafas Cube @ MARDI ni.

#MAHA2016
Set breakfast yang aku order. Nasi Lemak dan Milo Ais. Nasi lemak dia memang berlemak, sedap makan. Milo Ais dia pun sedap. 

#MAHA2016
Kalau korang nak hipster sikit, korang boleh cuba Air Mentol diaorang. Ada banyak perisa. Boleh cuba semua. Kalau korang nak tau pasal Nafas Cube ni lebih lanjut, korang boleh tengok dekat Facebook Nafas Cube.

Laman Perikanan

#MAHA2016
Yang ni pulak aku dekat Laman Perikanan. Dekat sini mostly korang akan tau banyak pasal perikanan lah. Dan jangan lupa try segala tester yang ada tau. 

#MAHA2016
Obor-obor comel bertukar warna. Nampak ke tak obor-obornya Dekat area muka aku tu kan ada benda menari-nari macam berlampu kan? Ha, itulah obor-obornya. 

#MAHA2016
Ni dekat Pameran House of Tuna. Dekat sini ada macam-macam jenis produk tuna diaorang tunjuk. dari ikan tuna yang real besar, ke ikan tuna yang dah dipotong-potong dan ke ikan tuna yang dah diproses dalam tin. 

#MAHA2016
Aku sempat merasa roti floss ikan tuna dengan sate ikan tuna. Sate ikan tuna dia best. Rasa manis-manis. 

#MAHA2016
Bila masuk ke Laman Perikanan ni, korang akan nampak sebesar-besarnya Kingdom of Shark. Nampak macam cerita Jaws pun ada hhohohhoo.

#MAHA2016
Dalam Kingdom of Shark. Dalam ni korang boleh tengok real life punya penyu, ikan jerung, tukun tiruan dan beberapa replika tumbuh-tumbuhan dan hidupan laut. 

Laman Padi

#MAHA2016
Next aku pergi ke Laman Padi pulak. Dekat sini ada diaorang buat sawah padi. Real punya tapi of course lah diaorang tanam padi untuk hiasan. Dekat sebelah sawah padi ni ada bendang kosong yang diaorang guna untuk main bola dalam bendang kosong.  

#MAHA2016
Dekat sini pun ada bilik pameran. Korang boleh tengok diaorang gantung banyak barang-barang dan peralatan yang digunakan untuk tanam padi dan proses padi secara tradisional. 

#MAHA2016
Dari segala cangkul-cangkul dan alatan tangan sampai lah ke mesin-mesin yang besar. Semua ada dekat bilik pameran ni.

#MAHA2016
Ini yang aku rasa paling kelakar dekat bilik pameran ni. Bahasa kerbau. Next time kalau ada orang buat tak faham bahasa dengan korang semua, korang cakap je dengan diaoran gbahasa kerbau ni. Hahahahha.

#MAHA2016
Dekat bilik pameran ni pun ada diaorang tunjukkan jenis-jenis beras yang ada di pasaran Malaysia. Dari beras paling mahal hingga ke beras yang paling murah. 

#MAHA2016
Kalau teringin nak belajar buat bedak sejuk macam Mok Cun, korang boleh lah datang dekat sini. nanti dia tunjukkan macam mana nak buat air beras tu dan macam mana teknik yang betul untuk titikkan air beras tu untuk membentuk bedak sejuk yang kecil-kecil tu. Korang nak buat sendiri dekat rumah pun boleh.

Laman Nanas

Next stop, Laman Nanas. Sampai je dekat sini, korang akan nampak satu kawasan luar yang penuh dengan replika nanas berwarna warni. 

Bila masuk dalam bilik pameran, ada beberapa photobooth dengan backfrop dan props yang berkaitan dengna pertanian korang boleh guna untuk ambil gambar.   

Bila korang pergi ke luar, ada banyak sangat booth-booth yang menjual hasil-hasil daripada nanas ni. Yang aku sempat cuba, Jus Bob Nanas. Sedap, manis, tak kelat lidah. Dalam jus ni siap ada cebisan nanas. Memang terbaik. 

Yang ni pulak aku cuba ais krim nanas. Ya Allah sedap bila makan waktu panas ni. Dekat bawah ada dua scoop shaven ice nanas lepas tu dia letak air krim nanas sebagai topping dekat atas. Sedaaapppp.

Laman Armada Jentera

Ni pulak dekat Laman Armada Jentera. Nampak macam bosan-bosan je kan sebab semua macam mesin-mesin je. Tapi kan, diaorang ada maskot tau. Maskot dia Optimus Prime Transformers tu. Kalau nak ambil gambar dengan Optimus Prime, datang sini. Aku tak sempat ambil gambar sebab Optimus Prime dah pergi ke Hall A masa aku sampai dekat sini. 

Kalau korang masuk sini, mesti korang teruja sangat tengok segala mesin dan jentera yang ada dekat sini. Macam-macam mesin yang tak terfikir dek akal korang yang korang boleh tengok.

Ni salah satu bad boy yan gada dekat Laman Armada Jentera ni. Banyak lagi yang lain. Korang kena pergi tengok sendiri. Tak larat aku nak ambik gambar tau.

Laman Ternakan

Kau ingat manusia je ada yang sado? Ha, meh aku tunjuk pulak lembu sado. Mak aih, memang sado habis semua lembu dekat sini. Daging dia lebih banyak dari lemak tau.

Abam Sado. kalau ikutkan apa yang diaorang cakap, lembu-lembu sado ni lebih femes dekat Pantai Timur. Dan lembu-lembu sado ni diternak untuk dagingnya. Daging yang lembu sado ni produce lebih banyak dari daging lembu biasa.

Lembu Sado lagi. Aku ada tanya diaorang, lembu sado ni, keluar-keluar dari perut mak diaorang terus sado ke? Seram je dengar kan. Sebenarnya tak. Masa keluar tu elok je kecil molek. Tapi dalam 2 bulan macam tu, dieorang dah mula develop otot-otot berlebihan untuk jadi sado.  

Siapa ingat lagi susu legend yang dekat hujung tu? Aku teringat lagi susu susu legend yang aku selalau beli masa sekolah dulu. Sekarang susah nak dapat sebab rasa lain dari dulu. Kalau korang nak rasa susu legend yang sama dengan susu masa sekolah dulu, korang boleh dapat dekat MAHA 2016 ni. 

Dekat Laman Ternakan ni pun ada permainan Rodeo. kalau berani, korang cuba lah. 

Laman Pertanian

Lepas tu aku pergi pulak ke Green Lane ni. Dekat sini mostly pasal pertanian. Korang boleh jumpa banyak hasil pertanian hibrid dekat sini. Nak beli benih pun boleh.  

Nak masuk sini kena lalu dekat bawah sayur-sayuran ni. Biasa orang lalu terowong penuh dengan bunga kan. Ha, amik kau. Aku lalu terowong penuh dengan sayur-sayuran.  

Ada labu UFO dekat sini. Bnayak jugak pokok-pokok sayuran yang diaorang pamerkan dekat  sini. Benih-benih sayur-sayuran pun ada. 

Dekat sini jugak korang boleh pergi ke Ladang Mini Kelulut. Dekat sini ada banyak rumah-rumah kelulut. Dia lebih kurang macam sarang lebah tapi lebih kecil. Ada satu tu, kelulut Islam sebab rumah dia rumah macam rumah orang Melayu siap ada tulis kalimah Allah lagi. Ok, ini lawak je.  

Kalau korang nak try minum madu kelulut ni pun boleh. Tapi mintak tunjuk ajar keeper dekat situ supaya tak kena kerumun dek kelulut dan straw korang tu cucuk tempat yang betul. Bagi aku, rasa madu kelulut ni macam masam-masam masin sikit.

Ryhthm of Farmers

Dekat area Rhythm of the Farmers ni sebenarnya tempat hiburan. Tiap-tiap malam akan ada konsert untuk korang yang datang sini.

Tapi yang aku paling suka dekat sini ada Light Sensation ni. Waktu malam, dekat area ni yang bahagian-bahagian korang nampak putih tu nanti akan bernyala lampu. Siang memang tak berapa cantik. Tapi kalau malam, memang cantik. 

Dekat sini ada beberapa replika tanda sayang yang korang boleh ambil gambar sama-sama dengan orang yang korang sayang. 

Disebabkan aku lone ranger hari ni, terpaksa lah aku ambil gambar sengsorang. Hukhuk.

Fuh, ni semua tempat yang aku sempat pergi. Yang lian tak sempat sebab aku dah tak larat. Next time aku rasa nak repeat pergi sini sebab best sangat.

Tips Pergi Ke MAHA 2016

Aku ada beberapa tips untuk pergi ke MAHA ni.

1. Bawa Air Secukupnya

Dalam MAHA ni korang kene berjalan banyak. So, bawak siap-siap air masak dalam botol untuk minum waktu haus. Nak beli air dekat booth-booth minuman pun boleh tapi aku cadangkan bawak lah air sendiri.

2. Bawa Payung

Hujung-hujung tahun ni, memang selalu hujan. Biasalah musim tengkujuh kan. Make sure korang bawak payung. Bukan takat nak hadang air hujan, tapi kalau waktu cahaya mataari terlampau terik pun, berguna jugak.

3. Pakai Kasut Sukan/Sesuai

Tak payah lah nak pakai selipar ke high heel ke wedges ke. Sakit kaki weh kalau jalan jauh-jauh pakai benda-benda tu semua. Better pakai kasut sukan atau kasut bertutup yang sesuai dan selesa.

4. Bawa Telekung Sendiri

Kalau yang perempuan nak senang, bawa telekung korang sendiri. Dalam keadaan orang ramai macam dekat MAHA ni, memang lambat kalau korang nak bergantung pada telekung yang disediakan dekat surau.

5. Pakai Baju Sesuai

Aku baru jalan dalam sejam, badan dah berpeluh. kalau budak-budak tu, bagi je pakai baju singlet atau lengan pendek. Just make sure baju warna cerah suoaya tak panas sangat dan baju serap peluh.

6. Bawa Anak/Budak Kecil/Warga Emas

Aku tak adalah nak larang korang bawak anak kecil atau warga emas. Boleh tak ada hal. Tapi untuk yang anak kecil tu, aku cadangkan korang bawa carrier. Senang tak bersesak-sesak dengan orang lain. Dan untuk warga emas tu, korang kena teman diaorang jalan slow-slow tau.

7. Cuba Semua Tester

Hahahha, selalu memang kaki cuba tester, aku sarankan sangat korang pergi cuba segala tester yang penjual sediakan. Serius, dekat sana nanti korang akan jumpa macam-macam makanan dan minuman yang pelik-pelik. Try je semua. 

8. Datang Awal Pagi

Aku datang ke MAHA ni, pukul 7.30 dah tercongak dekat area parking. Waktu memang tak ramai lagi yang datang. Tapi start dalam pukul 8.30 - 9.00 pagi tu dah ramai yang datang. Parking pun dah nak dekat penuh. 

Ha, panjang betul entry aku kali ni. nak tunjukkan kat korang betapa bestnya MAHA 2016 kali ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal MAHA ni korang boleh tengok Website dan Facebook diaorang, 


Weh, hari ni hari last, rugi kalau tak pergi!

2 comments.. read them below or add one

Hanny Abdullah Hanny Abdullah 11 December, 2016
Best kan ke sana..tapi ralat sikit coz tak dapat ke tempat Upin Ipin n Mok Cun..ummm rasa nak repeat je lagi..:D
Inani Hazwani Inani Hazwani 14 December, 2016
Bestnyaaaa. Nani tak berkesempatan nak pegi tahun ni.